|

CINTA & KASIH KEPADA ORANG KAFIR

CINTA & KASIH KEPADA ORANG KAFIR

Ramai yang keliru dan tidak tahu tentang prinsip Agama dalam perkara ini.

Malah jangan terkejut, jika ada yang mendakwa bahawa Islam tidak melarang perbuatan MENCINTAI ORANG KAFIR dan MENGASIHI mereka.

Kita perlu jelas bahawa ini TIDAK BENAR.

Untuk lebih mudah faham, bagaimana jika seseorang itu MENCELA dan MENGHINA IBU BAPA kita?

Bagaimana jika orang itu mendakwa bahawa ibu bapa kita BUKAN ibu bapa kita yang SEBENARNYA? Sebaliknya ia adalah orang lain.

Bagaimana perasaan kita terhadap orang tersebut?

Semestinya kita akan marah dan merasa cukup tidak senang dengan orang itu.

Maka bagaimana pula jika yang dihina dan dinafikan haknya adalah ALLAH ﷻ dan RasulNYA?

Kerana itu Allah ﷻ berfirman:

“Engkau tidak akan mendapati orang-orang beriman MENCINTAI ORANG-ORANG yang MEMUSUHI ALLAH dan RASULNYA, sekalipun mereka adalah bapa-bapa, anak-anak, adik-beradik atau ahli keluarga mereka.”

[al-Mujadalah, ayat 22]

Firman Allah ﷻ:

“Wahai orang-orang yang beriman, JANGAN kamu jadikan orang-orang Yahudi dan Nasrani sebagai TEMAN RAPAT kamu. Sebahagian mereka menjadi teman rapat buat sebahagian mereka yang lain. Dan barang siapa menjadikan mereka sebagai teman rapatnya maka sesungguhnya DIA TERDIRI DARIPADA KALANGAN MEREKA.”

[al-Maa’idah, ayat 51]

Dan firman ﷻ:

“Wahai orang-orang beriman jangan kamu jadikan musuhKU dan juga musuhmu sebagai TEMAN RAPAT kamu. Kamu bertindak MENGASIHI mereka sedangkan mereka mengkufuri kebenaran yang telah datang kepada kamu.”

[al-Mumtahinah, ayat 1]

Adapun firman Allah ﷻ:

“Allah tidak melarang kamu BERLAKU BAIK dan ADIL terhadap mereka yang tidak memerangi kamu kerana Agama serta tidak menghalau kamu keluar dari tempat tinggal kamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.”

[al-Mumtahinah, ayat 8]

Ayat ini sering dijadikan dalil membolehkan perbuatan mencintai dan mengasihi orang kafir sedangkan ia jelas tidak bermaksud sedemikian. Bahkan ayat pertama dalam Surah al-Mumtahinah ini menyanggah pemahaman mereka ini.

Ini menunjukkan betapa pentingnya kita memahami prinsip AL-WALA’ & AL-BARA’ – CINTA & BERLEPAS DIRI dalam Agama bagi memastikan keteguhan akidah tauhid kita..

Sungguh akidah tauhid seseorang itu tidak akan sempurna melainkan dengan dia MENOLAK KESYIRIKAN & KEKUFURAN bersama ORANG-ORANGNYA.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan hidayah.

Idris bin Sulaiman
Kajang
5 Zulkaedah 1439H /
18 Julai 2018

Similar Posts

  • |

    HUBUNGAN HAMAS-IRAN

    Pemimpin Hãmãs, Ismail Haniyeh, menjelaskan bahawa perang antara Hãmãs dan Israel antara lain bertujuan untuk melemahkan Israel dan mengalihkan perhatiannya. Ia bagi mengelakkan pertembungan langsung antara Israel dan Iran, kata beliau. (Lihat video di lampiran) Dalam perkembangan lain, jurucakap Pengawal Revolusi Iran, Ramadan Syarif mendedahkan bahawa Taufan al-Aqsa yang dilancarkan…

  • |

    UTAMAKAN PRODUK MUSLIM

    UTAMAKAN PRODUK MUSLIM Seruan ini selari dengan prinsip ‘Walak dan Barak’ yang ditetapkan oleh Syariat. Ia bertunjangkan kepada iman dan menjadi manifestasi ikatan ukhuwah sesama saudara Muslim. Walak ialah kecintaan kepada orang-orang beriman kerana keimanan mereka, membantu, menolong dan mempertahankan mereka serta menunaikan segala hak yang berkaitan dengan sesama saudara…

  • ZIKIR MENARI

    – Sanggahan dalil-dalil lawan Pertamanya, ada perbahasan dalam kalangan para ulama berkenaan hukum menari bagi kaum lelaki. Majoriti para ulama memakruhkannya dengan alasan bahawa ia merupakan perbuatan yang hina (دَنَاءَةٌ), bodoh (سَفَهٌ), menjatuhkan kewibawaan(مُرُوءَةٌ) dan termasuk dalam hal-hal yang melalaikan (لَهوٌ). [al-Mauwsu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 23/10] Ini kerana firman Allah ﷻ:…

  • |

    KENDURI ARWAH & MERATAP

    KENDURI ARWAH & MERATAP Jika ada kematian SYARIAT menyarankan supaya masyarakat sekeliling menyediakan makanan buat keluarga si mati. Tujuannya jelas bagi MERINGANKAN beban yang dihadapi oleh keluarga si mati. Adapun budaya keluarga si mati perlu mengadakan jamuan kenduri arwah untuk tetamu yang datang, ini jelas MEMBEBANKAN. Bukan sahaja sekali pada…