| | | |

CARA-CARA SAMBUT TAHUN BAHARU HIJRAH?

– Ustaz Don Danial

Jelasnya Ustaz Don Danial telah membuat rekaan baharu dalam agama dengan mencadangkan cara-cara tertentu menyambut tahun baharu Hijrah.

Sambutan tahun baharu Hijrah itu sendiri tiada asasnya dalam agama.

Inikan pula cara-cara tertentu untuk menyambutnya.

https://www.facebook.com/idrissulaiman/posts/pfbid0a4HF1r6K5KYXvzuV3NxtBWmN78XnNeVo2FqT4UHsxHWfmYFcQxokLgjiXt8RAkHnl

Batil.

Malah berdosa besar diancam oleh Allah ﷻ sebagaimana dalam firmanNya:

أَمۡ لَهُمۡ شُرَكَٰؤُاْ شَرَعُواْ لَهُم مِّنَ ٱلدِّينِ مَا لَمۡ يَأۡذَنۢ بِهِ ٱللَّهُ.

“Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan – mana-mana bahagian daripada agama – sebarang hukum-hakam yang tidak diizinkan oleh Allah?”

[Al-Quran, al-Syura, 42: 21]

Ini termasuklah mengada-adakan sambutan-sambutan keagamaan dengan cara-cara tertentu yang tidak diizinkan oleh Allah ﷻ.

Perlu ditegaskan bahawa agama ini milik Allah ﷻ, bukan milik manusia.

Segala apa amalan hendaklah mengikut kehendak Allah ﷻ berdasarkan apa yang disampaikan oleh RasulNya Muhammad ﷺ, bukan mengikut kehendak manusia berdasarkan apa yang diada-adakan serta ditokok tambah dalam agama.

Mereka yang melakukan perubahan dalam agama akan dihalau daripada telaga haudh Nabi ﷺ di akhirat kelak. Nauzubillah.

Idris bin Sulaiman
Kajang
29 Zulhijah 1443H /
29 Julai 2022

Similar Posts

  • | | |

    MALAM LAILATULQADAR: HADIS PALSU

    Berlegar di media sosial riwayat hadis bahawa terdapat 4 golongan yang Allah tidak akan ampunkan pada Malam Lailatulqadar ialah peminum arak, derhaka kepada ibu bapa, pemutus silaturahim dan orang yang bermusuhan. Riwayat ini ditarafkan sebagai palsu, mauduk. Demikian ditegaskan oleh Syeikh al-Albani dalam Daif al-Tarhib, no. 594. Justeru riwayat-riwayat sebegini…

  • | | |

    BANYAKKAN AMALAN SOLEH 10 HARI PERTAMA ZULHIJAH

    Umat Islam dianjurkan supaya memperbanyakkan amalan soleh pada 10 hari pertama bulan Zulhijah. Sabda Nabi ﷺ: ‌مَا ‌مِنْ ‌أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهِنَّ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشَرَةِ. قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ؟ قَالَ: وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ…

  • |

    MAJLIS ZIKIR BERGENDANG MENARI

    Celaan Allah ﷻ ke atas mereka yang menjadikan urusan agama mereka sebagai hiburan dan permainan. Firman Allah ﷻ: ٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُواْ دِينَهُمۡ لَهۡوٗا وَلَعِبٗا وَغَرَّتۡهُمُ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَاۚ فَٱلۡيَوۡمَ نَنسَىٰهُمۡ كَمَا نَسُواْ لِقَآءَ يَوۡمِهِمۡ هَٰذَا وَمَا كَانُواْ بِآيَٰتِنَا يَجۡحَدُونَ. “Orang-orang yang menjadikan urusan-urusan agama mereka sebagai hiburan dan permainan, dan orang-orang yang…

  • | |

    DOA AKHIR & AWAL TAHUN HIJRAH

    Tiada sebarang doa atau amalan yang sabit daripada Nabi ﷺ, para Sahabat atau para ulama muktabar bersempena dengan berakhirnya tahun Hijrah dan awalnya. Justeru segala apa dalam hal ini merupakan rekaan semata-mata serta tokok-tambah dalam agama yang tidak diizinkan oleh syariat. Sedangkan Nabi ﷺ bersabda: “Barang siapa mengada-adakan sesuatu perkara…

  • |

    KANAK-KANAK SOLAT DI MASJID

    – Hadis-hadis mengharuskan kanak-kanak masuk masjid – Mengkhususkan saf untuk kanak-kanak Disyariatkan membawa kanak-kanak ke masjid sekiranya mereka sudah berumur tujuh tahun ke atas bagi membolehkan mereka solat agar apabila baligh mereka sudah biasa dengan solat berjemaah di masjid. Ini berdasarkan sabda Nabi ﷺ: ‌مُرُوا ‌أوْلادَكُم بِالصَّلاةِ وَهُمْ أبْنَاء سَبْعِ…