BILAKAH KORONAVIRUS AKAN HILANG?

BILAKAH KORONAVIRUS AKAN HILANG?

Berlegar di media sosial video sebahagian yang menukilkan sebuah hadis dengan lafaz:

“JIKA TERBIT BINTANG MAKA AKAN DIANGKAT PENYAKIT DARIPADA PENDUDUK SEMUA NEGERI.”

Untuk makluman, hadis ini DAIF.

Perbahasan Tentang Perawi & Lafaz Hadis:

Lafaz hadis:

إذَا طَلَعَ النَّجْمُ رُفِعَت العَاهَة عَنْ أهْلِ كُلِّ بَلَدٍ.

“Jika terbit bintang maka akan diangkat penyakit daripada penduduk semua negeri.”

Hadis ini dikeluarkan oleh Imam Muhammad bin al-Hasan dalam kitab al-Aathaar (hlm.159).

Kata beliau, telah berkata kepada kami Abu Hanifah, katanya: Telah berkata kepada kami Ataa’ bin Abi Rabah, daripada Abu Hurairah secara marfu’.

Dari jalan Abu Hanifah telah dikeluarkan oleh ath-Thaqafi dalam al-Fawaid (1/12/3).

Demikian juga at-Tabari dalam Mu’jam as-Shahir (hlm. 20) dan al-Awsat (2/140/1).

Daripada at-Tabari, Abu Naim meriwayatkannya dalam Akhbar Asbahan (121/1), dan beliau berkata:

Bintang maksudnya Pleiades (Gugusan bintang tujuh).

Sanad ini perawi-perawinya thiqah kecuali Abu Hanifah rahimahullah.

Sekalipun beliau seorang tokoh fiqah, tetapi beliau dinilai daif dalam hadis kerana hafalan beliau oleh Bukhari, Muslim, an-Nasa’i Ibnu ‘Adi dan ulama-ulama hadis yang lain.

Oleh yang demikian, al-Hafiz Ibnu Hajar dalam at-Taqrib ketika menterjemahkan nama beliau sekadar mengatakan:

Seorang faqih yang masyhur!

Benar, terdapat ‘mutabaah’ daripada ‘Asal bin Sufian, daripada Ataa’, tetapi beliau juga seorang perawi yang lemah.

Tambah lagi lafaz riwayat beliau juga berbeza.

‘Asal bin Sufian meriwayatkannya dengan lafaz:

إذَا طَلَعَ النَّجْمُ ذَا صَبَاحٍ رُفِعَت العَاهَةِ.

“Jika terbit bintang pada satu pagi maka penyakit akan diangkat.”

Riwayat ini dikeluarkan oleh Ahmad (2/341 & 388), at-Tahawi dalam al-Mushkil (3/92), at-Tabarani dalam al-Awsat dan al-Uqaili (347).

al-Uqaili berkata: ‘Asal bin Sufian dalam hadisnya terdapat ‘wahm’ (Kelemahan / kekeliruan) .

Berkata Bukhari: ‘Fihi nadhar’ (Ia perlu ditinjau semula).

Tidak dinafikan terdapat perbezaan antara kedua-dua lafaz riwayat di atas.

Riwayat pertama menyebutkan terbitnya bintang secara mutlak tetapi mengkhususkannya dengan setiap negeri.

Berbeza dengan riwayat kedua yang mengkhususkan terbit bintang pada waktu pagi dan mengumumkan tempat terbitnya tanpa mengkhususkannya dengan tempat tertentu sepertimana dalam riwayat pertama.

Perbezaan seperti ini ditambah pula dengan lemahnya perawi-perawi kedua-dua lafaz riwayat ini menghalang riwayat-riwayat ini daripada dikuatkan sepertimana yang diketahui oleh mereka yang arif tentang ilmu yang mulia ini.

Sumber: as-Silsilah ad-Daifah oleh Muhammad Nasiruddin al-Albani, (No. 397)

Kesimpulan: Hadis ini daif tidak dapat dijadikan sandaran.

Idris bin Sulaiman
Kajang
Mengharap waktu mustajab doa hari Jumaat antara Asar dengan Maghrib
16 Syaaban 1441H / 10 April 2020
www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • PENDEK AKAL PENDEMONSTARASI JALANAN

    PENDEK AKAL PENDEMONSTARASI JALANAN Mereka mengadakan demonstrasi jalanan kerana masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Persoalan di sini, adakah cara demonstrasi jalanan yang diambil dapat menyelesaikan masalah-masalah itu? Percayalah, jauh sekali. Bahkan demonstrasi jalanan seperti ini akan menambahkan lagi masalah masyarakat dan negara. Ibarat marahkan nyamuk bakar kelambu . Jangan biarkan…

  • MAJLIS ILMU

    MAJLIS ILMU Majlis ilmu ialah majlis para malaikat manakala majlis kelalaian ialah majlis syaitan. Manusia akan duduk bersama dengan orang yang sepertinya. Dan setiap manusia itu akan cenderung kepada apa yang sesuai dengan jiwanya. ——————- Sabda Nabi ﷺ: “Agama seseorang itu bergantung kepada agama temannya. Maka lihatlah dengan siapa kamu…

  • TUHAN SYIAH BUKAN ALLAH

    TUHAN SYIAH BUKAN ALLAH Ada yang kagum dan memuji orang-orang Syiah di Iran. Dia berkata: “Disiplin hidup rakyat Iran cukup tinggi. Patriotismenya menggerunkan musuh. Kesatuan mereka asli. Allah tuhan mereka”. Demi Allah, tuhan mereka bukan Allah. Bahkan syaitan! Sama sekali Allah tidak menyuruh mereka mencela para Sahabat, mencaci maki Khalifah…

  • APA YANG BENAR TETAP BENAR

    APA YANG BENAR TETAP BENAR #Kaedah-Kaedah Ilmiah #Kaedah 4 Kebenaran akan diterima daripada sesiapa jua. Ini kerana kebenaran ialah apa yang menepati dalil. Justeru persoalan siapa yang mengungkapkan kebenaran itu tidak timbul. Ia tiada kaitan dengan sejauh mana orangnya diterima atau ditolak. Kerana itu Ahli Sunah mengakui kebenaran yang ada…

  • Air Ruqyah vs Air Yasin

    Air Ruqyah vs Air Yasin Tegahan Mengkhususkan Malam Jumaat / Siangnya dengan Ibadah-Ibadah tertentu عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أن رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قال “لا تَخْتَصُّوا لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ بِقِيَامٍ مِنْ بَيْنِ اللَّيَالِي وَلا تَخْتَصُّوا يَوْمَ الْجُمُعَةِ بِصِيَامٍ مِنْ بَيْنِ الْأَيَّامِ إِلَّا أَنْ يَكُونَ فِي صَوْمٍ يَصُومهُ أحدكُم” Daripada Abu…