BANK RIBA vs ISLAMIC BANKING

BANK RIBA vs ISLAMIC BANKING

Situasi pertama:

A menawarkan pinjaman RM50,000 kepada B dengan persetujuan B membayar semula kepada A sebanyak RM100,000 secara ansuran = BANK RIBA = HARAM.

Situasi kedua:

A menawarkan untuk membeli kereta dengan harga RM50,000 kepada B dengan persetujuan B membayar semula kepada A sebanyak RM100,000 secara ansuran = ISLAMIC BANKING = HALAL

Dalam kedua-dua situasi A telah mengeluarkan kepada B sebanyak RM50,000 untuk mendapatkan pulangan RM100,000 secara ansuran.

Hanya sahaja berbeza dengan situasi pertama, dalam situasi kedua A telah MENGUBAH CARA dengan memasukkan transaksi JUAL BELI bagi MENGHALALKAN transaksi pinjaman RIBA itu.

KAUM YAHUDI DILAKNAT

ALLAH menguji kaum YAHUDI dengan MELARANG mereka menangkap IKAN pada hari Sabtu.

Kesudahannya pada hari Sabtulah IKAN banyak datang melompat-lompat, tidak seperti pada hari-hari lain.

Ini menyebabkan kaum YAHUDI tidak sabar.

Maka mereka tebarkan jala pada hari JUMAAT dan hanya menariknya dalam keadaan penuh dengan IKAN pada hari AHAD.

Secara teknikalnya mereka tidak menangkap IKAN pada hari SABTU tetapi realitinya IKAN yang dijala pada hari AHAD jelas adalah ikan yang masuk jala pada hari SABTU!

ALLAH melaknat perbuatan mereka itu.

Demikian apabila ALLAH MELARANG atas kaum YAHUDI makan LEMAK, kesudahannya mereka CAIRKAN LEMAK tersebut dan menjualnya serta MAKAN daripada hasilnya.

Sekali lagi ALLAH melaknat perbuatan mereka itu.

Dalam kedua-dua keadaan, apa yang berlaku ialah kaum YAHUDI melakukan TIPU HELAH mencari jalan untuk meraih hasil daripada apa yang ALLAH haramkan.

Kesudahannya jika dilihat secara ZAHIR mereka seolah-olah TIDAK terjebak dalam apa yang diharamkan itu.

Tetapi realitinya mereka telah benar-benar terjebak dalam apa yang HARAM.

Ini kerana sekadar mengubah CARA dan BENTUK luaran TIDAK akan menjadikan yang HARAM menjadi HALAL sekiranya realiti isinya sama.

Sama seperti meletakkan ARAK dalam bekas yang tertera AIR ZAMZAM. Ia tetap HARAM untuk diminum!

SYARIAT ISLAM tidak hanya melihat dari sudut luaran teknikalnya semata-mata, bahkan mengambil kira isi hakikat sesuatu itu.

UMAT ISLAM MENIRU KAUM YAHUDI

Kini hampir sahaja sebahagian UMAT ISLAM terjebak dalam TIPU HELAH seperti yang dilakukan oleh kaum YAHUDI untuk MENGHALALKAN apa yang jelas HARAM dalam transaksi RIBA.

Daripada ALLAH jua kita memohon petunjuk dan perlindungan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
9 Rejab 1441H / 4 Mac 2020
https://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • MENGKERAMATKAN KUBUR

    MENGKERAMATKAN KUBUR # Zikir, berdoa, bertawassul di perkuburan Zikir dan berdoa memang disyariatkan tetapi berzikir atau berdoa di perkuburan meminta untuk selain daripada kesejahteraan si mati adalah dilarang. Muslim ditegah berdoa meminta daripada selain Allah ﷻ. Firman Allah ﷻ: وَأَنَّ ٱلۡمَسَـٰجِدَ لِلَّهِ فَلَا تَدۡعُوا۟ مَعَ ٱللَّهِ أَحَدࣰا. “Dan sesungguhnya masjid-masjid…

  • ORANG BERTAKLID

    ORANG BERTAKLID HANYA MENUKIL PENDAPAT ATAU BOLEH BERBAHAS? Hujah dalam perbahasan Agama ialah nas dan ijmak di samping dalil yang diistinbatkan daripadanya mengikut kaedah-kaedah syarak. Adapun pendapat ulama atau mazhab bukanlah hujah. Ini kerana pendapat-pendapat ulama atau mazhab perlu disokong dengan dalil-dalil syarak, dan bukan dijadikan sebagai dalil yang mengatasi…

  • SIJIL PROGRAM PENGAJIAN HADIS ULAMA MADINAH

    SIJIL PROGRAM PENGAJIAN HADIS ULAMA MADINAH Alhamdulillah, baru-baru ini telah selesai program pengajian hadis bersama Syeikh Abdul Razzaq al-Badr, ulama besar Madinah secara atas talian membahaskan beberapa buah tulisan karangan ulama seperti al-Kabair oleh az-Zahabi, Tahrim al-Qatl oleh al-Maqdisi dan al-Arba’in oleh an-Nawawi. Program ini telah berlangsung selama hampir setahun…

  • PENTING MENJAUHI SYIRIK

    PENTING MENJAUHI SYIRIK Kata Imam an-Nawawi: “Tidak akan kekal dalam api neraka orang yang mati atas tauhid. Ini merupakan kaedah yang disepakati oleh Ahli Sunah.” [Syarah Sahih Muslim 1/28] Pentingnya faham hakikat erti tauhid dan menjauhi segala bentuk syirik. Idris bin Sulaiman Kajang 12 Jamadilakhir 1443H / 15 Januari 2022

  • AMARAN FACEBOOK

    AMARAN FACEBOOK Akaun Ustaz Idris bin Sulaiman (Abu Omar Idris Sulaiman) baru-baru ini diberi amaran oleh Facebook gara-gara penulisan tentang Syiah. Tertera pada status akaunnya sekarang ‘warning’. Inilah hakikat yang perlu diingat bahawa Facebook mempunyai peraturan-peraturan dan garis-garis panduan tertentu yang perlu diikuti. Apa yang pasti ia bukan pro Islam…