|

AMALAN MEMBACA BISMILLAH 786 KALI??

# Amalan tertolak dari meja penceramah

Tersebar di media sosial video seorang penceramah menyarankan supaya diamalkan membaca bismillah sebanyak 786 kali kerana kelebihan-kelebihan yang tertentu.

Peliknya dalam masa yang sama, beliau mengakui bahawa amalan yang diajarkannya itu tiada dalilnya dalam Al-Quran mahupun as-Sunah.

Lebih pelik beliau mengandaikan bahawa sesuatu amalan itu hanya ditegah sekiranya terdapat unsur syirik.

Ini amat keliru.

Adakah ini bererti bahawa dibolehkan menambah rakaat solat fardu Subuh atau solat sunat Subuh menjadi 786 rakaat atas alasan tiada unsur syirik?

Barangkali beliau sendiri akan kata tidak boleh. Ini kerana Nabi ﷺ bersabda:

مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ، فَهُوَ رَدٌّ.

“Barang siapa mengada-adakan sesuatu yang baharu dalam urusan kita ini (Agama) maka ia adalah tertolak.”

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

Sabdanya ﷺ:

مَنْ عَمِلَ عَمَلًا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ.

“Barang siapa melakukan sesuatu amalan yang tidak menepati cara kami maka ia adalah tertolak.”

[Sahih. Riwayat Muslim]

Tertolak ertinya tidak diterima oleh ALLAH ﷻ, terbatal dan tidak mendapat apa-apa ganjaran pahala.

Malah orangnya layak mendapat dosa dan kemurkaan ALLAH ﷻ kerana tidak beramal dengan Sunah Nabi ﷺ sebagaimana perintah ALLAH ﷻ dalam firmanNya:

وَمَآ ءَاتَىٰكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَىٰكُمۡ عَنۡهُ فَٱنتَهُواْۚ.

“Dan apa yang dibawakan oleh Rasulullah maka terimalah ia, dan apa yang dilarangnya hendaklah kamu jauhi.”

[Al-Quran, Al-Hasyr, ayat 7]

Nabi ﷺ telah membawa as-Sunah dan telah menegah segala tokok tambah dalam Agama.

CATATAN:

Sekiranya beliau sendiri telah mengakui bahawa amalan yang diajarkannya itu tiada dalilnya dalam Al-Quran ataupun as-Sunah maka segala kelebihan dan fadilat yang dikatakannya itu hanyalah dakwaan dan andaian semata-mata. Ia jelas batil. Malah membuka pintu khurafat dengan dakwaan adanya ilmu hisab al-jummal (?) yang mengandaikan bahawa setiap huruf itu ada nombornya. Adakah ini ilmu tilik? Apa yang pasti ia bukan daripada ajaran Islam.

Idris bin Sulaiman
Kajang
14 Safar 1443H /
21 September 2021

Similar Posts

  • |

    BAHAYA UJUB

    Ujub berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud angkuh, ego dan kagum dengan diri sendiri. Orang yang ujub melihat dirinya memiliki sesuatu kelebihan yang tidak dimiliki oleh orang lain. Sifat mazmumah ini haram bahkan dosa besar. Kerana itu Nabi ﷺ memberi ancaman akan bahaya sifat ini. Sabda Nabi ﷺ: ثَلَاثٌ مُهْلِكَاتٌ…

  • |

    ALLAH AL-KARIM

    ALLAH AL-KARIM Di antara nama ALLAH ﷻ ialah al-Karim. Makna al-Karim bagi ALLAH ﷻ antaranya ialah: Yang memberi tanpa meminta balasan; Yang memberi tanpa sebab; Yang memberi tanpa perlu perantara; Yang memberi tanpa mempedulikan siapa yang diberi; sama ada orang yang berbuat baik atau tidak, orang Islam atau kafir; orang…

  • |

    JIKA DAPAT NIKMAT ATAU DITIMPA MUSIBAH: MANA LEBIH BAIK?

    Antara sifat Mukmin ialah bersyukur apabila mendapat nikmat dan bersabar apabila ditimpa musibah. Ramai mungkin lebih suka jika diuji dengan nikmat berbanding musibah. Malah tidak kurang yang mungkin menyangka bahawa mendapat nikmat ialah tanda Allah ﷻ sayang manakala musibah ialah tanda Allah ﷻ benci. Pemahaman ini perlu diluruskan. Pertamanya, perlu…

  • |

    FREEMASON

    FREEMÃSŎN Sebuah pertubuhan rahsia Yahũdi perosak yang paling berpengaruh di dunia. Merancang untuk memastikan penguasaan kaum Yahũdi ke atas seluruh dunia. Memusuhi semua agama selain Yahũdi. Berselindung di bawah slogan kebebasan, persaudaraan dan persamaan antara manusia. Majoriti ahlinya terdiri daripada kalangan personaliti terkenal dan individu-individu berpengaruh yang telah mengikat perjanjian…

  • |

    ARAK HALAL?

    ARAK HALAL? Di antara tanda akhir zaman ialah berleluasanya minum arak atas nama bukan arak. Sabda Nabi ﷺ: إن من أشراط الساعة أن يرفع العلم ويظهر الجهل ويفشو الزنا ويشرب الخمر. “Sesungguhnya di antara tanda (hampirnya) Hari Kiamat ialah ilmu diangkat, kejahilan terserlah, zina dan minum arak berleluasa”. Sahih. Riwayat…