AKIDAH AL-MATURIDI?

Di sesetengah tempat terdapat khatib yang berdoa:

“Ya Allah, kukuhkanlah akidah umat seperti dirumuskan oleh Imam al-Asy’ari dan al-Maturidi.”

Sebenarnya, banyak aspek yang boleh dibahaskan berkaitan perkara ini.

Namun, persoalan yang ingin dilontarkan di sini ialah tentang akidah al-Maturidi. Akidah al-Asya’irah mungkin sudah diketahui umum, tetapi apakah yang dimaksudkan dengan akidah al-Maturidi?

Adakah ia sama seperti al-Asya’irah, atau terdapat perbezaan antara kedua-duanya? Jika kedua-duanya sama, mengapakah ia seperti dibezakan? Dan jika berbeza, apakah titik-titik perbezaan antara kedua-duanya?

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
07 Ramadan 1447H
25 Februari 2026
https://idrissulaiman.com/shop

Similar Posts

  • |

    PERNAHKAH NABI PANGGIL WAHAI KAFIR?

    Jawapannya, ya. Bahkan itu yang diperintahkan ke atas Nabi ﷺ oleh Allah ﷻ sebagaimana dalam firmanNya ﷻ: قُلۡ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلۡكَـٰفِرُونَ “Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir!” [Al-Quran, al-Kafirun, 109:1] Perintah atas Nabi ﷺ dan umatnya supaya menyatakan pendirian tegas mereka menyembah Allah ﷻ semata-mata tanpa menyekutukan denganNya apa jua sembahan…

  • |

    “BAGI KAMU AGAMA KAMU, DAN BAGIKU AGAMAKU.”

    Sebahagian menyangka bahawa ayat surah al-Kafirun ini menunjukkan kebebasan manusia untuk memilih mana-mana agama, Islam atau kufur termasuklah untuk murtad daripada agama Islam, nauzubillah. Mereka turut berdalilkan ayat “Tidak ada paksaan dalam agama.” [al-Baqarah, 2: 256] Tafsiran ini salah. Imam Ibnu Kathir dalam kitab Tafsirnya menegaskan bahawa ayat “Bagi kamu…

  • | |

    PENTINGNYA TAUHID, BAHAYANYA SYIRIK

    Dalam sebuah hadis kudsi, Anas RA mengatakan aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: “Allah ﷻ berkata: Wahai anak Adam, andainya kamu datang kepadaKu dengan dosa sepenuh jagat sedangkan kamu mati tidak berbuat syirik denganKu nescaya Aku berikan ampunan kepadamu sepenuh jagat jua.” [Hadis sahih. Riwayat al-Tirmizi, no. 3540] CATATAN Jagat: Alam,…

  • PENTINGNYA TAUHID

    Tauhid mengesakan Allah ﷻ serta menjauhi segala bentuk syirik dan kufur merupakan syarat utama masuk syurga serta selamat daripada kekal dalam api neraka. Firman Allah ﷻ: إِنَّهُۥ مَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدۡ حَرَّمَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِ ٱلۡجَنَّةَ وَمَأۡوَىٰهُ ٱلنَّارُۖ وَمَا لِلظَّٰلِمِينَ مِنۡ أَنصَارٖ. “Sesungguhnya barang siapa menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain…

  • | |

    BAHAYA FAHAMAN TAKFIR & BERAT DOSA TUMPAHKAN DARAH MUSLIM

    Firman Allah ﷻ: وَمَن يَقۡتُلۡ مُؤۡمِنٗا مُّتَعَمِّدٗا فَجَزَآؤُهُۥ جَهَنَّمُ خَٰلِدٗا فِيهَا وَغَضِبَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِ وَلَعَنَهُۥ وَأَعَدَّ لَهُۥ عَذَابًا عَظِيمٗا “Barang siapa bunuh Mukmin secara sengaja balasannya neraka jahanam, kekal dalamnya, Allah murka atasnya, melaknatnya dan menyediakan baginyaazab berat.” [Al-Quran, al-Nisa, 4:93] Dr. Idris bin SulaimanKajang08 Zulkaedah 1445H17 Mei 2024https://idrissulaiman.com

  • | | | |

    TEGAHAN MEMBUAT BINAAN ATAS KUBUR

    Tidak ada sebarang bentuk binaan atas kubur pada zaman Sahabat Nabi ﷺ dan generasi awal Islam dahulu. Sebaliknya binaan-binaan atas kubur hanya diada-adakan kemudian pada zaman Kerajaan Buwaihiyyah, Syiah sekitar kurun keempat Hijrah. Para ulama sepakat akan larangan membuat binaan atas kubur. Kata Imam al-Syaukani: اعْلَمْ أنَّه قَدْ اتَّفَقَ النَّاسُ،…