Ideologi Agama Atau Politik: Perang Iran-Amerika
|

Ideologi Agama Atau Politik: Perang Iran-Amerika

Asal kemunculan Syiah dan Khawarij bukanlah sebagai kumpulan agama semata-mata, tetapi bermula sebagai gerakan politik dalam sejarah Islam.

Syiah muncul sebagai kumpulan yang memberi sokongan kepada Khalifah Ali bin Abi Talib radiallahuanhu dalam konflik politik pasca kewafatan Rasulullah ﷺ. Manakala Khawarij pula lahir daripada penolakan mereka terhadap tahkim (arbitrasi) antara Ali dan Muawiyah radiallahuanhuma, sehingga mereka keluar dan memberontak.

Namun, apa yang bermula sebagai perbezaan politik akhirnya berkembang menjadi penyimpangan akidah. Kedua-dua kumpulan ini kemudiannya dikenali oleh para ulama sebagai antara kumpulan bidaah terbesar dan paling berbahaya dalam sejarah umat Islam.

Pada hari ini, kita mendengar semula naratif lama:

“Sokong Iran (Syiah) atas dasar politik sahaja, bukan agama.”

Hakikatnya, inilah pola yang pernah berlaku dalam sejarah — bermula dengan alasan politik, kemudian sedikit demi sedikit membuka ruang kepada penyimpangan yang lebih besar.

Sejarah bukan sekadar untuk dibaca, tetapi untuk diambil pelajaran. Berhati-hatilah dengan slogan yang nampak “strategik” tetapi boleh membawa kepada kekeliruan dalam agama.

Prinsip Ahli Sunah adalah jelas: Agama tidak boleh dikompromikan atas nama politik.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
09 Zulkaedah 1447H
27 April 2026

https://idrissulaiman.com/shop

Similar Posts

  • |

    KEBIJAKSANAAN

    Kebijaksanaan ialah: “Melakukan apa yang sepatutnya, mengikut cara yang sepatutnya serta pada waktu yang sepatutnya.” [Ibnu al-Qayyim, Madarij al-Salikin] Ibnu Uthaimin menambah: “Dan di tempat yang sepatutnya.” [Syarah al-Aqidah al-Saffariniyyah] Firman Allah ﷻ: ٱدۡعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ. “Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan.” [Al-Quran, al-Nahl, 16: 125] Kata…

  • |

    HIDUPKAN SUNAH MATIKAN BIDAAH

    Wasiat Nabi ﷺ buat generasi akhir zaman pada kala berlaku banyak perselisihan dan perpecahan, kata baginda ﷺ: فَإنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلافًا كَثِيرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّة الخُلَفَاء المَهْدِيِّينَ الرَّاشِدِين تَمسَّكُوا بِها وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذ وَإيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ فَإنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَة وَكُلّ بِدْعَةٍ ضَلالَةٍ. “Sesungguhnya barang siapa daripada…

  • |

    JIHAD BERSAMA SYIAH IRAN

    Tiada dalam sejarah Islam di mana Syiah Rafidah membantu Islam dan kaum Muslimin. Apa yang pernah berlaku ialah sebaliknya. Kata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah: “Tiada dalam kalangan ulama fikah yang menjadi rujukan kaum Muslimin terdiri daripada kalangan orang-orang Syiah Rafidah. Demikian halnya dengan para ulama hadis, tokoh-tokoh yang zuhud dan…

  • | |

    Akhbar Tempatan kini Mempromosi Syiah?

    Akhbar Tempatan kini Mempromosi Syiah? Ini contoh berita mempromosikan Syiah sebagai hero dan pejuang Umat Islam. Jangan sampai keliru! Hizbullah di Lubnan, kerajaan di Iraq dan puak Houthi di Yaman, mereka semua penganut agama Syiah yang mendapat sokongan dan bantuan dari Iran. Penyebaran agama Syiah sedang berlaku secara halus dalam…

  • |

    IJAB KABUL NIKAH

    Antara syarat sah nikah ialah ijab kabul di samping adanya suami, isteri, wali dan dua orang saksi. Ijab ialah penawaran manakala kabul ialah penerimaan. Jika wali perempuan kata “Aku nikahkan fulanah” dan calon suami kata “Aku terima” maka selesailah akad nikah itu. Jika kelima-lima syarat di atas dipenuhi maka nikah…