|

GEMBIRA BERMAULID KERANA MIMPI??!

Agama Islam ialah agama yang berteraskan wahyu; al-Quran dan al-Sunah.

Mimpi tidak boleh dijadikan sebagai dalil atau hujah syarie.

Ungkapan seperti:

“Apa yang saya mimpi bukanlah dalil, hanya dikongsikan sebagai ‘targhib’ dorongan untuk beramal soleh”

adalah kenyataan yang keliru dan mengelirukan.

Dia sendiri mengakui bahawa mimpi tidak boleh dijadikan dalil, namun dalam masa yang sama mahu menjadikannya alasan untuk mendorong supaya suka dan gembira dengan Maulid Nabi.

Jika benar mahu berbicara tentang dorongan untuk bergembira dengan Maulid, maka buktikan terlebih dahulu dengan dalil daripada al-Quran atau al-Sunah bahawa Maulid Nabi itu disyariatkan. Selepas itu barulah boleh dibicarakan tentang cara mendorong orang ramai untuk menyambutnya.

Hakikatnya, tidak ada satu dalil pun yang menunjukkan Maulid Nabi disyariatkan. Sepanjang zaman Nabi ﷺ, para Sahabat, Tabiin dan Tabi Tabiin, umat Islam tidak pernah menyambutnya.

Adakah umat Islam pada zaman ini lebih tahu tentang hukum-hakam agama berbanding sebagai-baik generasi umat Islam pada tiga kurun yang dipuji Nabi ﷺ itu? Mustahil sama sekali.

Adapun mendorong orang ramai supaya suka dan gembira dengan Maulid Nabi hanya kerana mimpi, maka itu adalah alasan yang paling lemah.

Bukan begitu seorang Muslim yang benar dalam berinteraksi dengan hukum-hakam agama.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
10 Rabiulawal 1447H
03 September 2025
https://idrissulaiman.com


Dapatkan buku baharu Dr. Idris bin Sulaiman di:

Website:
https://idrissulaiman.com/shop

Shopee:
https://shopee.com.my/dr_idris_sulaiman?categoryId=100643&entryPoint=ShopByPDP&itemId=40513610774

Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSAGjvagG/?page=TikTokShop

Similar Posts

  • |

    JANGAN MARAH

    # Menahan diri ketika marah Marah merupakan antara bentuk hasutan syaitan yang boleh menimbulkan banyak keburukan dan mudarat. Kerana itu terdapat banyak nas menjelaskan cara-cara untuk mengatasi penyakit ini serta mengurangkan kesan-kesan buruknya. Akhirnya, seseorang yang dapat mengawal dirinya ketika marah merupakan insan yang hebat dan berjaya. Ini berbeza dengan…

  • |

    HADIS SEMUA BIDAAH SESAT

    – Faedah & pengajaran – Bidaah hasanah Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah, katanya: Rasulullah ﷺ apabila berkhutbah, kedua-dua matanya memerah, suaranya meninggi, tampak sekali kemarahan baginda sehingga seakan-akan baginda sedang memberi peringatan kepada sebuah pasukan tentera dengan berkata ‘Musuh akan datang menyerang kalian pada waktu pagi…

  • |

    KEBIJAKSANAAN

    Kebijaksanaan ialah: “Melakukan apa yang sepatutnya, mengikut cara yang sepatutnya serta pada waktu yang sepatutnya.” [Ibnu al-Qayyim, Madarij al-Salikin] Ibnu Uthaimin menambah: “Dan di tempat yang sepatutnya.” [Syarah al-Aqidah al-Saffariniyyah] Firman Allah ﷻ: ٱدۡعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِٱلۡحِكۡمَةِ. “Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan.” [Al-Quran, al-Nahl, 16: 125] Kata…

  • |

    ISTERI JANGAN MUDAH MINTA CERAI

    Seorang isteri tidak boleh sewenang-wenangnya meminta cerai kecuali jika ada alasan kukuh untuknya berbuat demikian. Ini berdasarkan sabda Nabi ﷺ: أَيُّمَا امْرَأَةٍ سَأَلَتْ زَوْجَهَا طَلَاقًا فِي ‌غَيْرِ ‌مَا ‌بَأْسٍ فَحَرَامٌ عَلَيْهَا رَائِحَةُ الْجَنَّةِ. “Mana-mana isteri yang meminta cerai daripada suaminya tanpa alasan maka haram baginya bau syurga.” [Sahih. Riwayat Abu…

  • |

    DI MANA SYURGA & NERAKA?

    Syurga terletak di langit yang paling tinggi di bawah Arasy manakala api neraka terletak di Sijjin di bawah lapisan bumi yang paling bawah. Sabda Nabi ﷺ: فَإِذَا سَأَلْتُمُ اللَّهَ ‌فَاسْأَلُوهُ ‌الْفِرْدَوْسَ، فَإِنَّهُ وَسَطُ الْجَنَّةِ، وَأَعْلَى الْجَنَّةِ، وَفَوْقَهُ عَرْشُ الرَّحْمَنِ مِنْهُ تَفَجَّرُ أَنْهَارُ الْجَنَّةِ. “Jika kamu meminta daripada Allah maka mintalah…

  • |

    WAJIB INGKAR KEMUNGKARAN

    Sabda Nabi ﷺ: مَن رَأَى مِنكُم مُنكَراً فَليُغَــيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَستَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَستَطعْ فَبِقَلبِه وَذَلِكَ أَضْعَفُ الإيمَان. “Barang siapa di antara kalian melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengingkarinya dengan tangannya. Jika dia tidak mampu maka hendaklah dengan lisannya, dan jika dia masih tidak mampu maka hendaklah dengan…