SYARAT-SYARAT & HALANGAN-HALANGAN HUKUMAN KAFIR

  1. Berakal, bukan gila;
  2. Baligh, bukan anak kecil;

Kerana sabda Nabi ﷺ:

رُفِعَ ‌الْقَلَمُ عَنْ ثَلَاثَةٍ: عَنِ النَّائِمِ حَتَّى يَسْتَيْقِظَ وَعَنِ الصَّبِيِّ حَتَّى يَحتَلِم وَعَنِ المجْنُونِ حَتَّى يَعْقِل.

“Diangkat pena buat tiga golongan; orang yang tidur sehingga dia terjaga, anak kecil sehingga dia baligh dan orang gila sehingga dia berakal.”

[Sahih. Riwayat Abu Daud, no. 4403]

  1. Berilmu, bukan jahil;

Firman Allah ﷻ:

وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّىٰ نَبۡعَثَ رَسُولٗا

“Dan tiadalah Kami akan mengazabkan sesiapapun melainkan sesudah Kami mengutus seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).”

[Al-Quran, al-Israa’, 17:15]

  1. Rela, bukan terpaksa;

Firman Allah ﷻ:

مَن كَفَرَ بِٱللَّهِ مِنۢ بَعۡدِ إِيمَٰنِهِۦٓ إِلَّا مَنۡ أُكۡرِهَ وَقَلۡبُهُۥ مُطۡمَئِنُّۢ بِٱلۡإِيمَٰنِ

“Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah dia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab Allah) kecuali orang yang dipaksa (melakukan perbuatan kufur) sedangkan hatinya tenang tenteram dengan iman.”

[Al-Quran, al-Nahl, 16:106]

Sabda Nabi ﷺ:

إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ لِي عَنْ أُمَّتِي ‌الْخَطَأَ ‌وَالنِّسْيَانَ، وَمَا اسْتُكْرِهُوا عَلَيْهِ.

“Sesungguhnya Allah memaafkan buat umatku apa yang dilakukan kerana tersalah, lupa dan dipaksa.”

[Sahih. Riwayat Ibnu Majah, no. 2043]

  1. Sedar, bukan tersalah / tersilap;

Sebagaimana dalam peristiwa si lelaki yang kehilangan haiwan kenderaannya bersama segala bekalan makanan minumannya di tengah padang pasir yang kering kontang lalu apabila dia menemuinya semula, dia berkata:

اللهُمَّ أَنْتَ عَبْدِي وَأَنَا رَبُّكَ.

“Ya Allah, Engkaulah hambaku dan akulah tuhanMu!”

Nabi ﷺ menjelaskan:

‌أَخْطَأَ ‌مِنْ ‌شِدَّةِ ‌الْفَرَحِ

“Dia tersalah cakap kerana terlalu gembira.”

[Sahih. Riwayat Muslim, no. 2747]

  1. Tiada syubhah / takwilan.

Perlu dipastikan orangnya tiada syubhah takwilan yang menurutnya ialah dalil benar dalam apa yang menjadi pegangannya.

Ternyata Imam Ahmad terus mendoakan rahmat keampunan buat khalifah-khalifah pada zamannya yang terpengaruh dengan fahaman sesat Jahmiah mengatakan Al-Quran makhluk sedangkan ungkapan ini adalah kufur.

Ini kerana beliau memahami bahawa khalifah-khalifah itu terpengaruh dengan syubhah-syubhah yang disebarkan oleh pihak-pihak tertentu pada zaman itu.

[Majmuk Fatawa Ibnu Taimiyah, 23/349]

CATATAN

Demikian halnya dengan hukum bidaah, fasik dan sama ada orangnya berdosa atau tidak. Perlu dipastikan syarat-syarat di atas dipenuhi dan tiada sebarang halangan yang menghalang.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
26 Zulkaedah 1445H
04 Jun 2024
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • | | |

    KUBURIYYUN

    Golongan penyembah kubur atas nama Islam. Dibuat binaan atas kubur kemudian kubur itu dijadikan sebagai tempat ibadah memuja si mati meminta tolong daripadanya atas nama tawassul dan syafaat. Inilah amalan syirik di kubur yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah sejak dahulu sampai hari ini. Dukacitanya sebahagian kaum Muslimin pun terjebak dalam…

  • | |

    #3 MENCARI TITIK HARMONI SUNNI-SYIAH?

    #3 MENCARI TITIK HARMONI SUNNI-SYIAH? Ramai ilmuwan terpedaya. Antara mereka ialah: 1. Bekas Mufti Mesir Muhammad Abduh (meninggal 1905M); 2. Syeikh Rashid Reda – pengarang Majalah al-Manar. Bertaubat setelah mengetahui muslihat Syiah (meninggal 1935M); 3. Dr. Mustafa as-Sibaie – pengasas gerakan Ikhwan al-Muslimin Syria (meninggal 1964M); 4. Dr. Yusof al-Qardawi…

  • |

    PENTINGNYA AKIDAH TAUHID

    Dakwah sekalian para nabi menekankan akidah tauhid. Ini kerana barang siapa yang akidah tauhidnya bagus maka amalannya pun akan turut jadi bagus. Sedangkan orang yang akidah tauhidnya rosak maka akan rosaklah juga amalan-amalan yang dilakukannya sekalipun orangnya banyak solat, berpuasa, bersedekah dan beramal ibadah. Oleh itu, orang fasik daripada kalangan…

  • ASWAJA

    Mereka tolak Allah ﷻ di atas langit kerana akal mereka tidak dapat terima, tetapi percaya guru mereka boleh bertemu Rasulullah ﷺ secara Yaqazah (dalam keadaan jaga, bukan mimpi), tidak mustahil menurut akal, kata mereka. Ini bahana mendahulukan akal atas wahyu. Berikut dalil-dalil Al-Quran dan hadis bahawa Allah ﷻ di atas…

  • | |

    GERAKAN SURURI

    – Fahaman ekstremis jihadi, Arab Saudi – Antara sut tali leher Ikhwani & jubah Salafi Gerakan Sururi atau Sururiyyah ialah sebuah gerakan yang telah dimulakan oleh Muhammad bin Surur Zainal Abidin (1938-2016), warganegara Syria. Beliau seorang pensyarah universiti yang menyertai sayap jemaah Ikhwanul Muslimin di Syria sebelum memilih untuk keluar…

  • |

    SYIRIK vs RASUAH PEMIMPIN NEGARA

    SYIRIK vs RASUAH PEMIMPIN NEGARA – Rentetan isu cuci kuil 1. Pagi tadi ada sahabat yang menyampaikan reaksi sebahagian netizen terhadap isu cuci kuil yang tular baru-baru ini. https://fb.watch/aoMKAJvyvj/ 2. Ringkasnya dia tidak bersetuju dengan kritikan yang dihalakan kepada perbuatan mencuci kuil tersebut. Dia kemudian mengalihkan fokus kepada isu rasuah…