|

RENJIS AIR KERETA

Amalan merenjis kenderaan baharu tiada dalam Islam.

Tidak kira sama ada untuk dapat berkat atau menolak mudarat.

Kerana Nabi ﷺ dan para Sahabat tidak pernah renjis kuda atau unta yang baru dibeli.

Justeru jelasnya amalan ini tokok tambah dalam agama.

Malah menyerupai amalan sebahagian penganut agama lain.

Sedangkan Nabi ﷺ bersabda:

وَمَنْ ‌تَشَبَّهَ ‌بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ.

“Barang siapa tasyabuh (menyerupai) sesebuah kaum maka dia tergolong dalam kalangan mereka.”

[Sahih. Riwayat Ahmad]

Ancaman berat buat mereka yang melakukan perbuatan yang menyerupai ritual keagamaan lain.

DOA BELI KENDERAAN BAHARU

Mereka yang baru dapat kenderaan baharu dianjurkan membaca doa berikut:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ، ‌وَأَعُوذُ ‌بِكَ ‌مِنْ ‌شَرِّهَا ‌وَشَرِّ ‌مَا ‌جَبَلْتَهَا ‌عَلَيْهِ.

“Ya Allah, aku memohon kebaikannya dan kebaikan yang Engkau telah ciptakan atasnya, dan aku berlindung daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau telah ciptakan atasnya.

[Sahih. Riwayat Abu Daud]

RENJIS AIR RUQYAH

Jangan dikelirukan permasalahan ini dengan amalan merenjis air ruqyah (jampi) kerana terkena penyakit ain.

Ia berbeza.

Hidupkan Sunah,

jauhi tokok tambah

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
23 Syawal 1445H
02 Mei 2024
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • |

    KHILAF ULAMA

    Sebahagian apabila ditegur kerana sesuatu kesalahan akan mencari pendapat ulama yang cocok dengan kesalahannya untuk dijadikan sebagai dalil bagi membenarkan kesalahannya itu. Perlu ditegaskan bahawa pendapat ulama bukan hujah apatah lagi jika hendak dijadikan sebagai dalil bagi menolak nas Al-Quran dan al-Sunah. Justeru khilaf ulama tidak harus dijadikan sebagai hujah…

  • |

    NAMPAK HEBAT TETAPI…

    Seorang ustaz dalam video yang tular kelihatan sedang berzikir menggunakan biji-biji tasbih gergasi dalam masjid bersama jemaah yang hadir. Nampak hebat dan bagus. Sama seperti video seorang jemaah haji yang melontar di jamrah, Mina dengan penuh gaya dan semangat seolah-olah dia benar-benar menyasarkan syaitan. Perlu diingatkan bahawa bukan semua yang…

  • | |

    KEKUATAN BERBAHAS

    KEKUATAN BERBAHAS Kekuatan seseorang itu berbahas tidak diukur dengan hanya membawa maklumat dan memperbanyakkannya di samping menghafal dalil dan mengemukakannya. Sebaliknya dengan sejauh mana kuatnya dalil yang digunakan, cara penyampaiannya serta melazimi metode ilmu dalam perbincangan dan sanggahan. CATATAN Bagaimana jika suatu permasalahan Agama itu hanya ditegakkan dengan andaian dan…

  • |

    TAKLID BUTA

    – Video mentaliti haiwan ternak Taklid sememangnya buta. Ikut bulat-bulat sesuatu perbuatan kerana orang lain melakukannya tanpa mengetahui alasan atau sebabnya. Tidak mahu belajar dan tidak mahu bertanya. Sekadar mengambil jalan mudah kerana malas berfikir. Sikap ini ada dalam mana-mana masyarakat, tidak mengenal batas usia, muda atau tua, lelaki atau…