|

SEMAK KISAH – SUAMI SUKA JEMPUT TETAMU & HADIS TETAMU MEMBAWA REZEKI

Tular di media sosial kisah dan hadis di bawah:

Seorang perempuan mengadu kepada Rasulullah ﷺ perihal suaminya yang suka menjemput tetamu ke rumah. Si isteri sangat penat menghidangkan makanan dan melayan tetamu. Perempuan tadi pun pulang ke rumah tanpa sebarang jawapan daripada Rasulullah ﷺ. Tidak lama kemudian Rasulullah ﷺ memberitahu kepada suami perempuan tadi bahawa dia akan ziarah ke rumahnya. Lalu dia pun memberitahu kepada isterinya bahawa pada hari ini kita ada tetamu istimewa yang akan datang. Isterinya bertanya “Siapakah tetamu itu?” Maka dijawab olehnya bahawa tetamu itu adalah Rasulullah ﷺ. Isteri tadi sangat gembira mendengar berita tersebut. Lalu dia pun menyediakan makanan yang lazat dan sedap-sedap untuk Rasulullah ﷺ. Ketika Rasulullah ﷺ hendak pulang baginda memberitahu kepada suami tadi supaya memberitahu isterinya agar melihat ke pintu apabila baginda keluar. Kemudian isterinya pun melihat ke pintu semasa Rasulullah ﷺ keluar. Dilihatnya binatang-binatang seperti lipan, kala jengking dan segala yang memudaratkan ikut keluar bersama Rasulullah ﷺ. Dia sangat terkejut lalu Rasulullah ﷺ berkata kepadanya “Demikianlah yang berlaku setiap kali tetamu menziarahi rumah seseorang.”

Diriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

إِذا أرَادَ الله بِقَوْمٍ خَيْراً أهْدَى إلَيْهِمْ هَدِيَّةً. ‌الضَّيْفُ ‌يَنْزِلُ ‌بِرِزْقِهِ وَيَرْتَحِلُ وَقَدْ غَفَرَ الله لأهْلِ المَنْزِلِ.

“Jika Allah menginginkan kebaikan buat satu kaum nescaya diberikan kepada mereka hadiah. Tetamu datang membawa rezeki lalu pulang sesudah Allah mengampuni buat keluarga tuan rumah.”


Kisah di atas tidak bersanad sama sekali daripada Nabi ﷺ dan tiada mana-mana ulama yang menyebutnya.

Zahirnya kisah ini adalah rekaan semata-mata.

Hadisnya pula adalah daif, tidak sabit daripada Nabi ﷺ.

Rujukan:

https://islamqa.info/ar/answers/271842/قصة-المراة-التي-جاءت-تشتكي-زوجها-لرسول-الله-صلى-الله-عليه-وسلم-من-كثرة-الضيوف-وعن-قوله-الضيف-ينزل-برزقه

Semak hadis sebelum sebar.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
07 Syawal 1445H
16 April 2024
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • |

    KHILAF ULAMA

    Sebahagian apabila ditegur kerana sesuatu kesalahan akan mencari pendapat ulama yang cocok dengan kesalahannya untuk dijadikan sebagai dalil bagi membenarkan kesalahannya itu. Perlu ditegaskan bahawa pendapat ulama bukan hujah apatah lagi jika hendak dijadikan sebagai dalil bagi menolak nas Al-Quran dan al-Sunah. Justeru khilaf ulama tidak harus dijadikan sebagai hujah…

  • |

    ALLAHYARHAM USTAZ RASUL DAHRI

    Ramai terkejut mendapat khabar duka petang semalam. Allahyarham Ustaz Rasul bin Dahri, guru yang banyak berjasa lebih tiga dekad, tokoh pejuang al-Sunah yang gigih menyampaikan dakwah Salaf al-Soleh di Malaysia sudah pergi menghadap Ilahi. Sudah beberapa tahun beliau kurang sihat tetapi tiada sesiapa menyangka bahawa beliau akan pergi begitu cepat…

  • |

    NOVUS ORDO SECLOROM

    NOVUS ORDO SECLOROM # New World Order # Order Baru Dunia Slogan yang tertera di bawah simbol piramid dalam wang satu dollar Amerika ini bermaksud ‘New order of the ages’ (Zaman order baru). Ia dikaitkan dengan slogan ‘New World Order’ (Order Baru Dunia) yang merujuk kepada perancangan besar golongan elit…

  • |

    WARNA MERAH PERCAYA KEPADA TUAH

    WARNA MERAH PERCAYA KEPADA TUAH – SAMBUTAN TAHUN BARU CINA Adalah merisaukan apabila melihat sebahagian masyarakat lebih-lebih lagi Agamawan yang memilih untuk mengucapkan tahniah dan memberi hadiah sempena perayaan orang kafir. Ada yang turut memakai pakaian yang sinonim dengan perayaan mereka seperti berpakaian merah sempena dengan perayaan Tahun Baru Cina….