|

HIDUPKAN SUNAH MATIKAN BIDAAH (2)

Wasiat Nabi ﷺ buat generasi akhir zaman pada kala berlaku banyak perselisihan dan perpecahan, kata baginda ﷺ:

فَإنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلافًا كَثِيرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّة الخُلَفَاء المَهْدِيِّينَ الرَّاشِدِين تَمسَّكُوا بِها وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذ وَإيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ فَإنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَة وَكُلّ بِدْعَةٍ ضَلالَةٍ.

“Sesungguhnya barang siapa daripada kalian yang umurnya panjang maka dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kalian berpegang kepada Sunahku dan Sunah para Khulafa al-Rasyidin sesudahku. Gigitlah ia dengan gigi geraham dan jangan sekali-kali kalian melakukan perkara yang baharu (dalam agama) kerana sesungguhnya setiap perkara baharu ialah bidaah dan setiap bidaah ialah kesesatan.”

[Sahih. Riwayat Abu Daud]

Antara Sunah Nabi ﷺ:

  1. Solat Menghadap Sutrah

Sutrah ialah penghadang yang diletakkan di hadapan orang yang solat agar orang lain tidak lalu-lalang di antaranya dengan sutrah itu.

Sabda Nabi ﷺ:

لَا ‌تُصَلِّ ‌إِلَّا ‌إِلَى ‌سُتْرَةٍ، وَلَا تَدَعْ أَحَدًا يَمُرُّ بَيْنَ يَدَيْكَ، فَإِنْ أَبَى فَلْتُقَاتِلْهُ؛ فَإِنَّ مَعَهُ الْقَرِينَ.

“Jangan kamu solat kecuali dengan menghadap sutrah, dan jangan biarkan sesiapa melewati di hadapanmu. Jika dia degil (tetap mahu lewat) maka perangilah dia kerana sesungguhnya terdapat bersamanya qarin (syaitan).”

[Sahih. Riwayat Ibnu Khuzaimah]

  1. MENUTUP MAKANAN PADA WAKTU MALAM

‌غَطُّوا ‌الْإِنَاءَ، وَأَوْكُوا السِّقَاءَ، وَأَغْلِقُوا الْبَابَ، وَأَطْفِئُوا السِّرَاجَ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لَا يَحُلُّ سِقَاءً، وَلَا يَفْتَحُ بَابًا، وَلَا يَكْشِفُ إِنَاءً.

“Tutuplah bekas makanan dan minuman, kuncilah pintu dan padamkan api cahaya kerana sesungguhnya syaitan tidak membuka simpulan ikatan minuman, tidak membuka pintu ataupun menyingkapkan penutup bekas makanan dan minuman.”

[Sahih. Riwayat Muslim]

  1. MENYEBARKAN SALAM

Sabda Nabi ﷺ:

لَا تَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا، وَلَا تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا، أَوَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ؟ أَفْشُوا ‌السَّلَامَ ‌بَيْنَكُمْ.

“Kalian tidak akan masuk syurga melainkan sesudah kalian beriman, dan kalian tidak beriman kecuali sesudah kalian saling berkasih sayang (antara sesama Mukmin). Mahukah kalian aku khabarkan mengenai sesuatu yang jika kalian lakukan nescaya kalian akan berkasih sayang? Sebarkan salam antara sesama kalian.”

[Sahih. Riwayat Muslim]

Allah jua pemberi petunjuk.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
16 Syaaban 1445H
26 Februari 2024
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • | | |

    PERINTAH TUNDUK MATA

    Syariat Islam memerintahkan Muslim supaya menundukkan pandangan mata daripada melihat lawan jantina yang bukan mahramnya. Perintah ini bagi kedua-dua lelaki dan juga perempuan. Sebagaimana firman Allah ﷻ: قُل لِّلۡمُؤۡمِنِينَ يَغُضُّواْ مِنۡ أَبۡصَٰرِهِمۡ وَيَحۡفَظُواْ فُرُوجَهُمۡۚ ذَٰلِكَ أَزۡكَىٰ لَهُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا يَصۡنَعُونَ وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَٰرِهِنَّ وَيَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ. “Katakanlah…

  • |

    AMBILLAH PENGAJARAN

    AMBILLAH PENGAJARAN # Agamawan berideologi Ikhwani 1. Matlamat tidak menghalalkan cara Mahu MENEGAKKAN KEADILAN tetapi dengan cara KEZALIMAN menghina, memfitnah, menabur kebencian, menimbulkan perpecahan dalam kalangan masyarakat Umat Islam… Ini semua HARAM. KESALAHAN tidak boleh dibalas dengan KESALAHAN. Buktinya, segala natijahnya menjadi TIDAK BERKAT dan TIDAK KEKAL LAMA. 2. Apa…

  • |

    (3) FITNAH & CELAAN USTAZ MOHIB KHOULI KE ATAS ARAB SAUDI

    (3) FITNAH & CELAAN USTAZ MOHIB KHOULI KE ATAS ARAB SAUDI Berikut antara fitnah serta celaan UMK ke atas negara Arab Saudi: – Memerangi Agama dan para pendakwah; – Negara tempat akan berlaku jahiliah; – Azan tidak lagi berkumandang; – Melemparkan tuduhan zina dan menimbulkan persepsi bahawa bumi suci Madinah…

  • | |

    ANTARA NAS & PENDAPAT MANUSIA

    ANTARA NAS & PENDAPAT MANUSIA Berpeganglah kepada nas dan tinggalkanlah pendapat-pendapat manusia. Engkau mungkin akan dilihat pelik tetapi bersabarlah. Sabda Rasulullah ﷺ: ‌تَرَكْتُ ‌فِيكُمْ ‌أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا: كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ رَسُولِهِ. “Aku tinggalkan buat kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat selagi mana kamu berpegang kepada…

  • |

    AL JAZEERA – QATAR

    AL JAZEERA – QATAR Saluran berita AL JAZEERA yang berpangkalan di QATAR baru-baru ini membuat laporan memburuk-burukkan Malaysia kononnya tidak berperi kemanusiaan terhadap pendatang asing. https://www.facebook.com/115795798453909/posts/3333853379981452/?vh=e&d=n Tuduhan ini berat dan boleh mencemarkan nama baik negara. Mengapa saluran berita ini bertindak sedemikian? Jika dilihat QATAR, negara ini memang banyak melakukan onar…