|

IBU BAPA YANG UTAMAKAN PENDIDIKAN DUNIA BERBANDING AGAMA ANAK

Antara musibah besar yang menimpa sebahagian ibu bapa jika mereka hidup dalam keadaan jahil tentang agama sehingga tidak tahu apa tujuan manusia dicipta atas muka bumi ini oleh Allah ﷻ.

Allah ﷻ menyebut tentang golongan ini dalam firmanNya ﷻ:

وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِۖ لَهُمۡ قُلُوبٞ لَّا يَفۡقَهُونَ بِهَا

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak daripada jin dan manusia yang ada hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah).”

[Al-Quran, al-A’raaf, 7:179]

Dinyatakan dalam ayat di atas tentang ‘Manusia yang ada hati tetapi tidak mahu memahami dengannya’ yakni mereka yang hidup dalam keadaan jahil tentang agama.

Bagi ibu bapa ini, keadaannya berbeza sama sekali dalam urusan dunia di mana mereka sangat ambil berat dan memberi keutamaan besar kepadanya sebagaimana firman Allah ﷻ:

يَعۡلَمُونَ ظَٰهِرٗا مِّنَ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَهُمۡ عَنِ ٱلۡأٓخِرَةِ غَٰفِلُونَ

“Mereka tahu tentang zahir dunia (tetapi) tidak pernah ingin tahu tentang akhirat.”

[Al-Quran, al-Rum, 30:7]

Mereka sangat tahu tentang dunia, segala urusan dan selok-beloknya manakala urusan akhirat pula mereka tidak ambil peduli sama sekali.

Inilah manusia yang menjadikan dunia sebagai tujuan dan matlamat sehingga mereka berlumba-lumba untuk mengecapi segala nikmatnya.

Mereka melupakan akhirat dan tidak mempedulikannya, seolah-olah ia tidak wujud bagi mereka.

Yakinlah bahawa golongan ini akan rugi serugi-ruginya dan tidak mendapat apa-apa bahagian yang elok apabila tiba Hari Akhirat kelak, nauzubillah.

Ada ibu bapa yang sanggup hantar anak tuisyen dan sekolah khas, termasuk sekolah jenis kebangsaan kerana menganggapnya lebih bagus (kononnya), tetapi pendidikan agama dan solat anak tidak dipedulikan.

Ini tidak wajar.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan keteguhan.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
05 Rejab 1445H
17 Januari 2024
https://idrissulaiman.com

Similar Posts

  • |

    TANDA RIYAK

    Rasa semangat untuk beramal ibadah kerana ada manusia yang melihat sedangkan jika tiada yang melihat nescaya dia tidak akan beramal. Riak disebut sebagai ‘syirik yang tersembunyi’. Sabda Nabi ﷺ: ألَا أُخْبِرُكُمْ بِمَا هُوَ أَخْوَفُ عَلَيْكُمْ عِنْدِي مِنَ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ؟ الشِّرْكُ ‌الْخَفِيُّ أَنْ يَقُومَ الرَّجُلُ فَيُصَلِّيَ فَيَزِيدَ صَلَاتَهُ لِمَا يَرَى مِنْ…

  • |

    BACALAH SEBELUM MEMBERI KOMEN

    BACALAH SEBELUM MEMBERI KOMEN . Oleh Ustaz Idris bin Sulaiman . . Pelbagai reaksi yang kami peroleh semenjak buku Pilihan Raya Malaysia keluar di pasaran. Ramai yang memuji dan memberikan penghargaan tentang betapa buku ini telah merungkai banyak persoalan dan kemusykilan mereka selama ini. Dalam masa yang sama, terdapat juga…

  • | |

    ANTARA NAS & PENDAPAT MANUSIA

    ANTARA NAS & PENDAPAT MANUSIA Berpeganglah kepada nas dan tinggalkanlah pendapat-pendapat manusia. Engkau mungkin akan dilihat pelik tetapi bersabarlah. Sabda Rasulullah ﷺ: ‌تَرَكْتُ ‌فِيكُمْ ‌أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا: كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ رَسُولِهِ. “Aku tinggalkan buat kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat selagi mana kamu berpegang kepada…

  • |

    HIKAYAT ‘STRAW’ & ‘PLASTIK’

    HIKAYAT ‘STRAW’ & ‘PLASTIK’ Rata-rata mungkin sudah tahu tentang kempen ‘jangan guna straw & plastik’ kerana ia menyumbang ke arah pencemaran alam dan sebagainya. Sedikit sebanyak ia menimbulkan kesulitan dan kepayahan kepada pengguna. Tetapi dalam masa yang sama, di sesetengah tempat pelanggan masih boleh meminta ‘straw’ jika mereka mahu. Dengan…