palestine, flag, national flag
|

Seruan Jihad Perlu Dengan Meraikan Syarat-syaratnya

SOALAN

Ada yang berhujah untuk apa yang berlaku di Palestin dengan ayat:

أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَٰتَلُونَ بِأَنَّهُمۡ ظُلِمُواْ

“Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya.”

[Al-Quran, al-Hajj, 22:39]

JAWAPAN

Ayat ini sebenarnya menjadi hujah ke atas mereka.

Sebab nuzul ayat ini ialah kaum Muslimin pada peringkat awalnya sepanjang mereka berada di Mekah tidak dibenarkan berjihad melawan kaum kuffar musyrikin Mekah.

Mereka disuruh bersabar dan menahan diri.

Hanya sesudah mereka berhijrah ke Madinah dan kekuatan mereka bertambah maka diizinkan atas mereka untuk berjihad menentang kuffar yang telah sekian lama menzalimi mereka.

Dan ketika itulah ayat dalam surah al-Hajj di atas turun.

Orang-orang Islam di Palestin sudah sekian lama ditindas oleh Yahudi laknatullah.

Penindasan ini sudah berlarutan sejak negara Palestin ditawan Yahudi 50 tahun lalu.

Keadaan mereka pada hari ini sama seperti keadaan umat Islam pada zaman Rasulullah ﷺ sebelum Hijrah.

Mengandaikan orang-orang Islam Palestin pada hari ini mampu mengangkat panji jihad perang menentang tentera Yahudi yang lengkap bersenjata dan mempunyai anggota tentera yang cukup dengan didukung oleh negara-negara Salib pimpinan kuasa besar Amerika tidak berpijak di bumi nyata.

Mudaratnya jauh mengatasi maslahatnya sebagaimana dalam banyak serangan yang telah dilakukan oleh gerakan HAMAS ke atas tentera Yahudi itu pada masa-masa yang lalu.

Tetapi ada juga yang cuba menjustifikasikan apa yang berlaku di sana dengan mengatakan bahawa tujuan jihad bukan semestinya untuk menang.

Pandangan ini sangat keliru dan salah.

Ini belum menceritakan tentang gerakan HAMAS yang dibiayai oleh Syiah Iran dan mendapat arahan daripadanya.

Tentunya lebih menguntungkan maslahat Syiah Iran berbanding umat Islam Palestin.

Ini cukup jelas jika dilihat angka korban dan kemusnahan yang dialami oleh orang Islam di sana.

Muslim sepatutnya belajar daripada sejarah.

Apakan daya, pandangan nasihat sebegini dikatakan pula tanda orangnya munafik, agen Yahudi, tidak beriman, hanya pandai bersembang, cinta dunia takut mati, tidak memahami apa yang dilalui oleh masyarakat Islam Palestin dan sebagainya.

Wallahul mustaan.

Similar Posts

  • |

    PERAGA KEMEWAHAN DI MEDIA SOSIAL

    Kejahatan ada pintunya manakala sifat ujub takbur ialah kunci yang membuka pintu itu. Individu yang mempunyai sifat buruk ini akan terjebak dalam banyak perbuatan hodoh di mana dia berbangga dengan dirinya dan berperasaan lebih tinggi dan mulia berbanding orang lain. Sejarah umat dahulu menunjukkan bahawa orang-orang yang ujub takbur merupakan…

  • |

    LEKA BERMAIN PUBG PS5

    LEKA BERMAIN PUBG PS5 Sama-sama mengingatkan antara satu sama lain, khususnya buat ibubapa dan golongan muda. Firman Allah: فَذَرۡهُمۡ یَخُوضُوا۟ وَیَلۡعَبُوا۟ حَتَّىٰ یُلَـٰقُوا۟ یَوۡمَهُمُ ٱلَّذِی یُوعَدُونَ. “Oleh itu, biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatan mereka dan leka bermain-main (dalam dunia mereka), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka.” Surah al-Ma’arij,…

  • | |

    PERLEMBAGAAN ARAB SAUDI MENOLAK MAJORITI HADIS?

    PERLEMBAGAAN ARAB SAUDI MENOLAK MAJORITI HADIS? Tersebar sejak beberapa bulan lepas dakwaan bahawa Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman (MBS) menolak majoriti hadis dan tidak mengiktirafnya sebagai sebahagian daripada perlembagaan negaranya. Dakwaan ini timbul selepas satu wawancara televisyen diadakan dengan beliau pada bulan April 2021. Hakikatnya ini adalah sebahagian…

  • |

    TAHUN BAHARU MASIHI

    Muslim tidak menyambut tahun baharu Masihi. Tahun baharu Masihi berkait rapat dengan agama Kristian dan berasal usul daripada kepercayaan pagan. Masihi merujuk kepada kelahiran Nabi Isa alaihissalam. Dalam bahasa Inggeris kalendar Masihi dikenali sebagai ‘Gregorian calender’ nisbah kepada Paus Gregory ke XIII yang memperkenalkannya pada tahun 1582. Bulan Januari pula…

  • |

    PEMANDANGAN MUSIM BUNGA SEBAHAGIAN NEGARA ARAB

    PEMANDANGAN MUSIM BUNGA SEBAHAGIAN NEGARA ARAB Firman Allah: وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا قَرْيَةً كَانَتْ آمِنَةً مُطْمَئِنَّةً يَأْتِيهَا رِزْقُهَا رَغَدًا مِنْ كُلِّ مَكَانٍ فَكَفَرَتْ بِأَنْعُمِ اللَّهِ فَأَذَاقَهَا اللَّهُ لِبَاسَ الْجُوعِ وَالْخَوْفِ بِمَا كَانُوا يَصْنَعُونَ “Allah memberikan satu misal perbandingan: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari…