|

SETIAP MUSIBAH ADALAH KAFARAH

Lumrah manusia tidak suka bala bencana dan malapetaka menimpa atasnya.

Tetapi sedar atau tidak terdapat hikmah dan rahsia yang cukup besar di sebalik takdir-takdir yang sedemikian.

Allah ﷻ ingin menutup dosa-dosa para hambaNya yang beriman melalui musibah-musibah itu.

Di kala si hamba bersabar menghadapi dugaan.

Sabda Nabi ﷺ:

مَا ‌مِنْ ‌مُصِيبَةٍ ‌تُصِيبُ الْمُسْلِمَ إِلَّا كَفَّرَ اللهُ بِهَا عَنْهُ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا.

“Tiadalah mana-mana musibah yang menimpa atas Muslim melainkan Allah menjadikannya kafarah penutup kesalahannya termasuklah duri yang menusuknya.”

[Sahih. Riwayat Bukhari]

Sabdanya ﷺ:

فِي ‌كُلِّ ‌مَا ‌يُصَابُ ‌بِهِ ‌الْمُسْلِمُ ‌كَفَّارَةٌ.

“Dalam setiap apa yang menimpa atas Muslim ialah kafarah.”

[Sahih. Riwayat Muslim]

Justeru usah terlalu merasa berat dan susah hati apabila musibah datang menguji diri.

Terus tenang dan tabah menghadapinya.

Barangkali sesuatu itu kita tidak suka sedangkan ia adalah baik untuk kita.

[Al-Quran, al-Baqarah, 2:216]

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
23 Safar 1445H
10 September 2023

Similar Posts

  • | | |

    PERINTAH TUNDUK MATA

    Syariat Islam memerintahkan Muslim supaya menundukkan pandangan mata daripada melihat lawan jantina yang bukan mahramnya. Perintah ini bagi kedua-dua lelaki dan juga perempuan. Sebagaimana firman Allah ﷻ: قُل لِّلۡمُؤۡمِنِينَ يَغُضُّواْ مِنۡ أَبۡصَٰرِهِمۡ وَيَحۡفَظُواْ فُرُوجَهُمۡۚ ذَٰلِكَ أَزۡكَىٰ لَهُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا يَصۡنَعُونَ وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَٰرِهِنَّ وَيَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ. “Katakanlah…

  • |

    JIKA DAPAT NIKMAT ATAU DITIMPA MUSIBAH: MANA LEBIH BAIK?

    Antara sifat Mukmin ialah bersyukur apabila mendapat nikmat dan bersabar apabila ditimpa musibah. Ramai mungkin lebih suka jika diuji dengan nikmat berbanding musibah. Malah tidak kurang yang mungkin menyangka bahawa mendapat nikmat ialah tanda Allah ﷻ sayang manakala musibah ialah tanda Allah ﷻ benci. Pemahaman ini perlu diluruskan. Pertamanya, perlu…

  • |

    [ EDISI KEMASKINI DENGAN TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS ]

    [ EDISI KEMASKINI DENGAN TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS ] HUKUM MENGUCAPKAN ‘MERRY CHRISTMAS’ SELAMAT HARI KRISMAS KEPADA ORANG KRISTIAN Tidak boleh bagi seorang Muslim TURUT SERTA bersama orang-orang Kristian merayakan Hari Krismas ataupun mengucapkan ‘selamat’ sempena perayaan mereka. Ini kerana perayaan merupakan antara UPACARA KEAGAMAAN yang menjadi syiar kepada sesebuah agama…

  • |

    HARI KEKASIH (VALENTINE)

    Hari kekasih bukan sambutan Islam tetapi perayaan kaum kuffar. Muslim haram menyambutnya. Syariat haramkan semua pintu zina dan menghalalkan pintu nikah. Cinta yang benar ialah cinta yang didasari perkahwinan untuk membina keluarga harmoni, kehidupan aman yang dipenuhi kasih sayang dan belas kasihan. Firman Allah ﷻ وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنۡ خَلَقَ لَكُم…