nail clipper, manicure, metal
| | |

1 ZULHIJAH 1444H – LARANGAN POTONG RAMBUT & KUKU

Pengumuman Penyimpan Mohor semalam mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1444H ialah pada hari Selasa, 20 Jun 2023.

Maka Hari Raya Aidiladha 10 Zulhijah bagi negeri-negeri seluruh Malaysia adalah pada hari Khamis, 29 Jun 2023.

Bagi yang akan melaksanakan ibadah korban, Nabi ﷺ bersabda:

مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أَهَلَّ هِلَالُ ذِي الْحِجَّةِ فَلَا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّيَ.

“Barang siapa mempunyai haiwan korban yang hendak disembelihnya, sekiranya telah tampak anak bulan Zulhijah maka janganlah dia mengambil apa-apa daripada rambutnya ataupun kukunya sehingga dia berkorban.”

[Sahih. Riwayat Muslim]

Zahir perintah Nabi ﷺ membawa erti wajib manakala larangan baginda ﷺ bererti haram sedangkan tiada nas-nas lain yang dapat memalingkan perintah dan juga larangan yang terkandung dalam hadis di atas.

Oleh itu wajib atas sesiapa yang hendak menyembelih haiwan korban bagi dirinya supaya tidak memotong rambut, janggut, misai dan kukunya sehingga selesai disembelih haiwan korbannya.

Adapun golongan yang disembelih haiwan korban bagi pihak mereka seperti isteri, anak-anak dan ahli keluarga maka zahirnya suruhan dan larangan di atas tidak merangkumi mereka.

Sekalipun demikian, jika mereka menahan daripada memotong rambut dan kuku mereka maka itu adalah baik untuk keluar daripada khilaf memandangkan ramai ulama yang merangkumkan mereka dalam maksud hadis.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
30 Zulkaedah 1444H
19 Jun 2023

Similar Posts

  • | | |

    MEMPERBANYAKKAN SEDEKAH DI BULAN RAMADAN

    MEMPERBANYAKKAN SEDEKAH DI BULAN RAMADAN Hadis Ibnu Abbas RA, katanya: كَانَ رسول الله ﷺ أَجْوَدَ بِالخَيْرِ مِنَ ‌الرِّيحِ ‌المُرْسَلَةِ. “Sesungguhnya Rasulullah ﷺ lebih pantas mengerjakan kebaikan berbanding angin yang bertiup.” Hadis sahih. Riwayat Bukhari. INFO GAMBAR: Tertera tulisan “Beg plastik ini diagih-agihkan di sekitar jalan raya Arab Saudi ketika hampir…

  • |

    BUKIT AMAN

    BUKIT AMAN Seperti baru hendak menarik nafas lega selesai peperiksaan lisan (viva) ijazah kedoktoran apabila sepasukan polis Bukit Aman datang ke rumah tengah hari semalam untuk bertemu berkaitan isu cuci kuil yang tular baru-baru ini. Esok Jumaat perlu ke sana untuk diambil keterangan. Semoga Allah permudahkan. Daripada Allah ﷻ jua…

  • | |

    MALAM NISFU SYAABAN

    Sabda Nabi ﷺ: يَطَّلِعُ ‌اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى إلَى خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ، فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا ‌لِمُشْرِكٍ ‌أَوْ ‌مُشَاحِنٍ. “Allah tabaraka wa ta’ala turun kepada makhlukNya pada malam Nisfu Syaaban lalu Dia mengampuni seluruh makhlukNya kecuali orang musyrik dan orang yang bermusuhan.” Riwayat Ibnu Abi al-Asim dan yang lain….

  • | | | |

    TARAWIH 8 RAKAAT BIDAAH?

    Sungguh menghairankan apabila ada yang mendakwa bahawa pelaksanaan solat Tarawih sebanyak 8 rakaat (11 rakaat termasuk 3 rakaat Witir) merupakan suatu perkara baharu dalam agama, iaitu bidaah. Sedangkan amalan ini jelas sabit dalam hadis Nabi ﷺ sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Daripada Abu Salamah bin Abdul Rahman, beliau…

  • | | |

    HARI JUMAAT

    HARI JUMAAT 1. Sebetulnya MANDI JUMAAT hanya bagi mereka yang solat Jumaat. Adapun mereka yang TIDAK solat Jumaat seperti perempuan dan lelaki yang berkeuzuran maka TIDAK PERLU. 2. Tetap dianjurkan memperbanyakkan SELAWAT, membaca SURAH AL-KAHFI, berdoa saat WAKTU MUSTAJAB walaupun tidak solat Jumaat. 3. Mereka yang TIDAK SOLAT JUMAAT kerana…

  • |

    “BUKAN SEMUA ORANG BOLEH JADI MUAZIN TETAPI..”

    “BUKAN SEMUA ORANG BOLEH JADI MUAZIN TETAPI..” # Fadilat menjawab azan # Indahnya Islam Maklum bahawa muazin (bilal) yang mengumandangkan azan di sesebuah masjid atau surau hanyalah seorang, dan terdapat banyak fadilat kelebihan bagi para muazin. Antaranya Nabi ﷺ mendoakan keampunan buat mereka dalam sabdanya ﷺ: اللهُمَّ أَرْشِدِ الْأَئِمَّةَ، ‌وَاغْفِرْ…