|

MUZIK DISEMAT AL-QURAN DIPINGGIRKAN

Ternyata sebahagian umat Muhammad ﷺ memilih untuk meminggirkan Al-Quran.

Firman Allah ﷻ:

وَقَالَ ٱلرَّسُولُ يَٰرَبِّ إِنَّ قَوۡمِي ٱتَّخَذُواْ هَٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ مَهۡجُورٗا

“Dan berkatalah Rasul: Wahai Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini sesuatu yang ditinggalkan, tidak dipakai.”

[Al-Quran, al-Furqan, 25:30]

Menurut Ibnu Kathir, termasuk dalam erti meminggirkan Al-Quran ialah tidak mempelajarinya, tidak menghafalnya, tidak beriman dengannya, tidak membenarkan isi kandungannya, tidak menghayatinya, tidak beramal dengannya dengan melaksanakan suruhannya dan meninggalkan larangannya.

Meminggirkan Al-Quran turut merangkumi perbuatan berpaling kepada selainnya seperti nyanyian, syair dan kata-kata manusia, tegas beliau.

Saya katakan, demikian halnya dengan mereka yang asyik mendengar muzik dan jarang-jarang mengambil masa untuk membaca dan menghayati Al-Quran, mereka telah meminggirkan Al-Quran.

Sedangkan sedar atau tidak, muzik adalah seruling syaitan yang digunakannya untuk terus menjauhkan manusia daripada agama Allah ﷻ.

Sebagaimana firman Allah ﷻ:

وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَشۡتَرِي لَهۡوَ ٱلۡحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ

“Dan ada di antara manusia yang memilih serta membelanjakan hartanya untuk perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang menyesatkan daripada agama Allah.”

[Al-Quran, Luqman, 31:6]

Menurut al-Hasan al-Basri dalam Tafsir Ibnu Kathir, ayat di atas merujuk kepada nyanyian muzik.

Justeru bacalah Al-Quran dan dengarlah ia untuk terus mendekatkan diri kepada Allah ﷻ sedangkan natijah mendengar muzik pula adalah sebaliknya, ia menjauhkan manusia daripada Allah ﷻ dan mendekatkannya kepada syaitan.

Tinggalkan muzik dan orang-orang yang mengharuskannya.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
10 Zulkaedah 1444H
30 Mei 2023

Similar Posts

  • |

    ISTERI JANGAN MUDAH MINTA CERAI

    Seorang isteri tidak boleh sewenang-wenangnya meminta cerai kecuali jika ada alasan kukuh untuknya berbuat demikian. Ini berdasarkan sabda Nabi ﷺ: أَيُّمَا امْرَأَةٍ سَأَلَتْ زَوْجَهَا طَلَاقًا فِي ‌غَيْرِ ‌مَا ‌بَأْسٍ فَحَرَامٌ عَلَيْهَا رَائِحَةُ الْجَنَّةِ. “Mana-mana isteri yang meminta cerai daripada suaminya tanpa alasan maka haram baginya bau syurga.” [Sahih. Riwayat Abu…

  • |

    MAJLIS KAHWIN ANAK PEREMPUAN

    Alhamdulillah, semalam telah pun berlangsungnya perkahwinan anak perempuan sulung dengan pasangannya Khairussalam Abd Latib di tempat tinggal keluarga lelaki, Batu Pahat. Syukur majlis berjalan lancar dan baik dengan tazkirah istimewa disampaikan oleh Ustaz Abu Furaihan. Terima kasih Ustaz kerana sudi datang dari jauh seberang. Penghargaan serta ucapan terima kasih buat…

  • |

    TIADA KEBAIKAN KECUALI NABI ﷺ SUDAH AJAR

    Tiada kebaikan dan amal ibadah yang mendekatkan manusia ke syurga melainkan telah diajar oleh Nabi ﷺ, dan tiada keburukan yang membawa manusia ke neraka melainkan baginda ﷺ sudah larang. Sebagaimana sabda Nabi ﷺ: لَيْسَ مِنْ عَمَلٍ يُقَرِّبُ إِلَى ‌الْجَنَّةِ إِلَّا قَدْ ‌أَمَرْتُكُمْ ‌بِهِ، وَلَا عَمَلٌ يُقَرِّبُ إِلَى النَّارِ إِلَّا قَدْ…

  • |

    NIKMAT DICABUT

    – Sebab mengapa suatu nikmat dicabut Jika Allah ﷻ memberi suatu nikmat kepadamu lalu Dia mencabutnya daripadamu maka ketahuilah bahawa Dia ﷻ tidak mencabutnya daripadamu kerana Dia bakhil atau kerana Dia mengutamakan diriNya sendiri berbanding dirimu. Sebaliknya andalah penyebab nikmat itu dicabut. Firman Allah ﷻ: ذَٰلِكَ بِأَنَّ ٱللَّهَ لَمۡ يَكُ…

  • |

    USTAZ WUHAN

    USTAZ WUHAN Tersebutlah cerita ceramah di sebuah masjid … Seorang penceramah berkata: “Tuan-tuan…Coronavirus dah disebut dalam al-Quran dan hadis semenjak 1400 tahun yang lepas…Allah telah pun memberi peringatan dan amarannya…” Lalu dia membaca firman Allah: وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ … وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ “Dan kami ingatkan manusia… wahnan ‘ala wahn” (Luqman, 31:…