|

HODOHNYA DAJAL TETAPI RAMAI PENGIKUT

Sehodoh-hodoh Dajal, seorang lelaki yang pendek, berbadan gempal, mata kanannya buta dan kulitnya terjelir seperti buah anggur yang mengecut, mata kirinya pula terdapat daging lebih yang tebal, kakinya ada kecacatan, berambut kerinting, mempunyai dada dan dahi yang lebar manakala tertera di dahinya kaf-fa-ra (kafir) sekalipun demikian majoriti penduduk dunia pada waktu kemunculan Dajal nanti akan jadi pengikutnya.

Ramai pengikut Dajal daripada kalangan orang-orang Yahudi dan juga kaum wanita.

Malah kemungkinan besarnya akan ada pengikutnya daripada kalangan orang-orang Islam yang terpedaya dengannya.

Terpedaya dengan Dajal yang mendakwa dirinya tuhan lalu menyeru supaya manusia menyembahnya.

Maka ramailah manusia waktu itu yang tunduk sujud sembah Dajal!

Seburuk-buruk rupa Dajal dengan segala kekurangan dan kecacatan rupa fizikal tetapi ramai yang akan terpedaya sehingga mengaku Dajal sebagai tuhan.

Ini semua dek kurang ilmu dan kurang akal.

Kurangnya akal yang dipandu oleh wahyu Al-Quran dan al-Sunah.

Sehingga sanggup melakukan apa yang jelas tidak wajar dan tidak masuk akal.

Pentingnya berilmu dan mempelajari Al-Quran serta al-Sunah mengikut faham para Sahabat Nabi ﷺ demi memelihara diri dan keluarga daripada kesesatan dan kekufuran.

Sedangkan pada hari ini ada sebahagian orang Islam yang meletakkan simbol capal atas kepala sedangkan hal tersebut tiada sama sekali dalam ajaran agama, tidak pernah diajar oleh Nabi ﷺ ataupun diamalkan oleh para Sahabat dan para alim ulama Salaf al-Soleh.

Walau bagaimanapun, ini hanya sekelumit daripada kejahilan serta kurangnya akal berbanding waktu kemunculan Dajal nanti.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan perlindungan daripada fitnah Dajal.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
15 Syawal 1444H
06 Mei 2023

Similar Posts

  • |

    KEMUNGKARAN SEMASA PENGURUSAN JENAZAH vs WALIMATULURUS

    Jangan terus pulang jika melihat kemungkaran semasa hadir pengurusan jenazah. Berbeza dengan kemungkaran dalam walimatulurus, tetamu boleh patah balik dan pulang. Imam Ahmad menegaskan bahawa jika seseorang itu melihat kemungkaran yang tidak dapat dicegahnya berlaku sewaktu menghadiri pengurusan jenazah maka hendaklah dia terus tetap di situ sehingga jenazah selesai ditanam….

  • |

    DEFINISI BIDAAH

    Ada pihak sengaja menangguk di air keruh mahu kelirukan orang ramai tentang isu bidaah. Mereka gambarkan seolah-olah Salafi (dipanggil Wahabi) melarang bidaah secara semberono dan membuta tuli. Lalu secara sinis dan menyindir berkata: “Oh, maknanya semua benda baharu dan peralatan moden tak boleh digunakan! Telefon, kamera, kereta, kapal terbang… ini…

  • |

    TUHAN ADA DUA?

    TUHAN ADA DUA? MENTUHANKAN HAWA NAFSU: JENIS & HUKUMNYA Allah berfirman: أَفَرَءَیۡتَ مَنِ ٱتَّخَذَ إِلَـٰهَهُۥ هَوَىٰهُ وَأَضَلَّهُ ٱللَّهُ عَلَىٰ عِلۡمࣲ. Maksudnya: “Tidakkah engkau melihat orang yang menjadikan HAWA NAFSUNYA sebagai tuhan (sembahan) yang dipatuhinya, dan dia pula disesatkan oleh Allah dalam keadaan dia tahu.” Surah Al-Jathiyah, ayat 23. Ayat di…

  • |

    AMALAN MERENJIS TEPUNG AIR TAWAR

    AMALAN MERENJIS TEPUNG AIR TAWAR Amalan merenjis tepung air tawar atau apa jua jenis air tidak pernah dicontohkan oleh Nabi ﷺ ataupun diamalkan oleh para Sahabat yang mulia. Sedangkan sabda Nabi ﷺ: مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ، فَهُوَ رَدٌّ. “Barang siapa mengada-adakan SESUATU YANG BAHARU dalam urusan…

  • |

    ‘KEADILAN’ BARAT

    Hukuman bunuh (capital punishment) telah sekian lama dimansuhkan atau tidak lagi diamalkan di kebanyakan negara Barat seperti Amerika Syarikat dan lain atas faktor ‘kemanusiaan’. Kesudahannya, hukuman maksimum atas kesalahan paling berat seperti membunuh hanyalah penjara. Itu hukumannya. Pesalah yang membunuh nyawa tidak berdosa hanya akan dikenakan penjara seumur hidup. Disediakan…