| | |

SEBAB MOHON AMPUN PADA MALAM LAILATULQADAR

Muslim diperintahkan memburu malam lailatulqadar dengan membaca doa:

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعَفُ عَنِّي

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka keampunan maka ampunilah daku.”

[Sahih. Riwayat Tirmidzi]

Muslim diperintahkan supaya meminta keampunan Allah ﷻ pada malam lailatulqadar setelah dia bersungguh-sungguh beramal pada sebelah malamnya itu dan juga pada baki malam-malam sepuluh terakhir Ramadan yang lain.

Ini kerana orang-orang yang berkefahaman akan tetap melihat bahawa segala amalan yang telah dilakukannya tidak padan dengan apa yang sepatutnya.

Lantaran itu mereka memohon keampunan Allah ﷻ atas segala kekurangan yang ada pada amalan mereka seperti mana halnya orang yang lalai sesudah dia berbuat dosa.

[Lataif al-Ma’arif oleh Ibnu Rajab, hlm. 242]

Dengan kata lain, Muslim tidak akan mendabik dada merasa puas hati dengan amalan-amalan yang telah dilakukannya seolah-olah ia sudah dijamin diterima Allah ﷻ.

Sebaliknya dia senantiasa merasa takut dan berharap dengan amalan-amalannya itu.

Dia takut amalannya ada salah silap dan terkurang lalu mengundang murka Allah ﷻ di samping berharap agar amalan-amalannya itu diterima Allah ﷻ dengan segala kekurangan-kekurangan yang ada padanya.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
24 Ramadan 1444H
15 April 2023

Similar Posts

  • |

    PUASA UNTUK ALLAH, BUKAN BERSOLIDARITI

    Niat memainkan peranan cukup besar dalam ibadah. Setiap amalan bergantung pada niat dan bagi setiap orang itu apa yang diniatkannya. Hanya amalan yang dilakukan ikhlas kerana Allah diterima. Sedangkan amal ibadah yang dilakukan untuk tujuan-tujuan lain adalah sia-sia, tertolak dan orangnya jika terselamat daripada dosa maka paling tidak dia tidak…

  • | | |

    PASANGAN YANG BUATKAN RAMBUT BERUBAN SEBELUM MASANYA

    Antara doa yang diajarkan oleh Nabi ﷺ ialah memohon perlindungan daripada lima golongan manusia iaitu: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ جَارِ السُّوءِ، وَمِنْ زَوْجٍ تُشَيِّبُنِي قَبْلَ الْمَشِيبِ، وَمِنْ وَلَدٍ يَكُونُ عَلَيَّ رَبًّا، وَمِنْ مَالٍ يَكُونُ عَلَيَّ عَذَابًا، وَمِنْ خَلِيلٍ مَاكِرٍ عَيْنَهُ تَرَانِي وَقَلْبُهُ يرْعَانِي إِنْ رَأَى حَسَنَةً دَفَنَهَا، وَإِذَا رَأَى…

  • |

    MAJLIS ZIKIR BERGENDANG MENARI

    Celaan Allah ﷻ ke atas mereka yang menjadikan urusan agama mereka sebagai hiburan dan permainan. Firman Allah ﷻ: ٱلَّذِينَ ٱتَّخَذُواْ دِينَهُمۡ لَهۡوٗا وَلَعِبٗا وَغَرَّتۡهُمُ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَاۚ فَٱلۡيَوۡمَ نَنسَىٰهُمۡ كَمَا نَسُواْ لِقَآءَ يَوۡمِهِمۡ هَٰذَا وَمَا كَانُواْ بِآيَٰتِنَا يَجۡحَدُونَ. “Orang-orang yang menjadikan urusan-urusan agama mereka sebagai hiburan dan permainan, dan orang-orang yang…

  • | | |

    SAMBUTAN NISFU SYAABAN

    Tidak ada sambutan Nisfu Syaaban dalam Islam. Kerana syariat tidak mengkhususkan sebarang amalan pada sebelah malam ataupun siang 15 Syaaban. Hadis-hadis mengenai fadilatnya semua lemah, malah sebahagiannya palsu. Demikian ditegaskan oleh Syeikh Bin Baz dalam fatwanya dan dijelaskan oleh al-Hafis Ibnu Rajab dalam kitabnya Lataif al-Maarif. https://binbaz.org.sa/articles/24/حكم-الاحتفال-بليلة-النصف-من-شعبان Kata Imam al-Syaukani:…

  • |

    DOAKAN KEDUA-DUA IBUBAPA

    – anak soleh Saat sujud banyakkan berdoa buat diri sendiri dan kedua-dua ibubapa. Jangan lupa mendoakan kedua-dua orang tua kerana Nabi ﷺ menjelaskan bahawa antara amalan jariah yang tidak akan terputus walaupun setelah mati ialah doa anak soleh buat kedua-dua ibubapanya. Sabda Nabi ﷺ: إِذَا مَاتَ ابنُ آدم انْقَطَعَ عَنْهُ…