| | | |

DOA QUNUT WITIR

Malam ini mula doa qunut solat witir.

Muhasabah di pertengahan bulan Ramadan.

Amalan-amalan kebaikan yang dilakukan perlu diteruskan manakala apa yang terlepas hendaklah segera dilaksanakan sebelum Ramadan berakhir.

Ini kerana Nabi ﷺ bersabda:

إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالخَوَاتِيمِ.

“Sesungguhnya amalan-amalan itu dinilai pada pengakhirannya”.

[Sahih. Riwayat Bukhari]

Kegembiraan buat mereka yang amal ibadahnya bagus di akhir Ramadan seperti mana di awalnya.

Bacaan doa qunut witir jika solat berjemaah:

اللَّهُمَّ أهْدِنَا فِيمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِنِا فِيمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنِا فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لَنا فِيما أَعْطَيْتَ، وَقِنَا شَرَّ ما قَضَيْتَ، إنَّكَ تَقْضِي وَلا يُقْضَى عَلَيْكَ، إنَّهُ لا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ، وَلا يَعِزُّ مَنْ عادَيْتَ، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ، لا مَنْجَى مِنْكَ إلا إلَيَكَ.

“Ya Allah, tunjukkan kepada kami sebagaimana engkau berikan petunjuk (kepada selain kami), berilah kesejahteraan sebagaimana Engkau berikan kesejahteraan (kepada selain kami), jadikanlah kami waliMu sebagaimana Engkau jadikan (selain kami) sebagai wali, berilah keberkatan kepada kami pada semua pemberianMu, lindungilah kami daripada kejelikan takdirMu. Sesungguhnya Engkau mentakdirkan dan tidak ditakdirkan. Sesungguhnya tidak akan hina orang yang Engkau beri pertolongan dan tidak akan jadi mulia orang yang Engkau musuhi. Maha Suci dan Maha Tinggi Engkau. Tidak ada keselamatan daripada (azab) Engkau melainkan dengan kembali kepadaMu.”

[Sahih. Riwayat Ahmad]

Bacaan doa qunut witir jika solat bersendirian:

اللَّهُمَّ أهْدِني فِيمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِني فِيمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لي فِيما أَعْطَيْتَ، وَقِني شَرَّ ما قَضَيْتَ، إنَّكَ تَقْضِي وَلا يُقْضَى عَلَيْكَ، إنَّهُ لا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ، وَلا يَعِزُّ مَنْ عادَيْتَ، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ، لا مَنْجَى مِنْكَ إلا إلَيَكَ.

“Ya Allah, tunjukkan kepadaku sebagaimana engkau berikan petunjuk (kepada selainku), berilah kesejahteraan sebagaimana Engkau berikan kesejahteraan (kepada selainku), jadikanlah aku waliMu sebagaimana Engkau jadikan (selainku) sebagai wali, berilah keberkatan kepadaku pada semua pemberianMu, lindungilah aku daripada kejelikan takdirMu. Sesungguhnya Engkau mentakdirkan dan tidak ditakdirkan. Sesungguhnya tidak akan hina orang yang Engkau beri pertolongan dan tidak akan jadi mulia orang yang Engkau musuhi. Maha Suci dan Maha Tinggi Engkau. Tidak ada keselamatan daripada (azab) Engkau melainkan dengan kembali kepadaMu.”

[Sahih. Riwayat Ahmad]

Hukum-hakam doa qunut witir:

  1. Hukumnya sunat; bukan wajib. Jika tidak membacanya solat tetap sah. Dan tidak perlu sujud sahwi;
  2. Dilakukan pada rakaat terakhir solat witir sebelum rukuk atau selepasnya;
  3. Dianjurkan bagi imam dan makmum mengangkat kedua-dua tangan dengan menghalakan telapak tangan ke langit;
  4. Imam membacanya secara kuat (jahr);
  5. Makmum mengaminkan bacaan doa imam dengan lafaz ‘amin’;
  6. Kadang-kala setelah membaca doa qunut witir di atas boleh ditambah dengan bacaan selawat ke atas Nabi ﷺ.

وَصَلَّى الله عَلَى نَبِيِّنَا مُحَمَّد وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّم.

“Selawat dan salam Allah ke atas Nabi kita Muhammad, keluarga dan para Sahabatnya.”

CATATAN:

Doa qunut witir di atas dibaca bahasa Arabnya; bukan terjemahannya.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
15 Ramadan 1444H
06 April 2023

Similar Posts

  • | | | |

    PUASA BUKAN HANYA BERLAPAR DAHAGA

    Di samping menahan diri daripada makan minum Muslim turut diperintahkan meninggalkan kata-kata dusta, perkara-perkara tidak berfaedah serta amalan-amalan keji sepanjang berpuasa pada bulan Ramadan. Sebagaimana sabda Nabi ﷺ: ‌مَنْ ‌لَمْ ‌يَدَعْ ‌قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ، فَلَيْسَ لِلهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ. “Barang siapa tidak meninggalkan kata-kata dusta dan…

  • | |

    ZIARAH KUBUR PADA HARI RAYA

    Ziarah kubur disyariatkan pada bila-bila masa sepanjang tahun untuk mengingati kematian dan Hari Akhirat, di samping mengambil iktibar serta pengajaran daripada mereka yang telah mendahului, memberi salam dan mendoakan kesejahteraan buat mereka. Nabi ﷺ bersabda: “Dahulu aku melarang kalian menziarahi kubur, maka sekarang ziarahilah ia, kerana ia mengingatkan kalian kepada…

  • |

    DOA BUAT PALESTIN DARI MASJID NABAWI MADINAH

    Usai kuliah beliau pada hari Rabu, 01 November 2023 di Masjid Nabawi, Madinah, Syeikh Sulaiman al-Ruhaili, pensyarah Universiti Islam Madinah dan juga imam serta khatib Masjid Quba meminta para hadirin agar mengaminkan doa beliau buat saudara-saudara Muslim di Palestin susulan penganiayaan dan kekejaman yang dilakukan oleh rejim penjajah di sana…

  • | | |

    SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ

    Pegang as-Sunah Jauhi rekaan tokok tambah Sambutan malam Israk Mikraj pada malam 27 Rejab termasuk dalam perbuatan tokok tambah dan mengada-adakan rekaan amalan baharu dalam agama. Sambutan ini sama sekali tiada petunjuknya dalam Al-Quran, hadis ataupun amalan para Sahabat Nabi ﷺ. Ia bukan suatu tokok tambah ataupun rekaan amalan yang…

  • | |

    DOA QUNUT NAZILAH

    DOA QUNUT NAZILAH Jika Umat Islam ditimpa suatu musibah seperti kemarau, banjir, ketakutan, serangan musuh dan seumpamanya, maka dianjurkan untuk mereka melakukan QUNUT NAZILAH pada rakaat terakhir sebelum atau selepas rukuk, dalam semua solat fardu, secara kuat dan dengan lafaz doa yang bersesuaian dengan musibah yang menimpa. Ini sebagaimana dalam…