|

LELAKI BERSALAMAN DENGAN PEREMPUAN SECARA BERALAS

Tidak boleh bagi seorang lelaki bersalaman dengan perempuan yang bukan mahramnya sama ada secara beralas ataupun tidak.

Ini berdasarkan kenyataan Aisyah tentang cara Nabi ﷺ menerima baiah taat setia para wanita Sahabat di mana dia berkata:

لا والله ما مست يده يد امرأة في المبايعة.

“Demi Allah tangan baginda ﷻ tidak pernah bersentuhan dengan tangan mana-mana wanita sewaktu menerima baiah (mereka).”

[Sahih. Riwayat Bukhari]

Tambah lagi Nabi ﷺ bersabda:

إني لا اصافح النساء.

“Sesungguhnya aku tidak bersalaman dengan wanita.”

[Sahih. Riwayat Ahmad]

Larangan menyentuh perempuan bukan mahram ialah untuk mengelakkan fitnah di samping menutup pintu-pintu yang membawa kepada kemungkaran zina.

Adapun membenarkan bersalaman dengan perempuan bukan mahram maka ia akan membuka pintu tersebut bermula dengan secara beralas sebelum tidak lama kemudian tanpa alas pula.

Lebih penting lagi ia menyalahi petunjuk Nabi ﷺ yang tidak pernah bersalaman dengan perempuan bukan mahram sama ada secara beralas ataupun tidak sedangkan baginda ﷺ merupakan individu yang paling mampu menahan nafsu syahwatnya, jika itu yang dijadikan sebagai alasan dan ukuran dalam membenarkan hal ini.

Nabi ﷺ jualah sebaik-baik contoh ikutan.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
16 Syaaban 1444H
09 Mac 2023

Similar Posts

  • |

    UCAPAN KUFUR: ANAK-ANAK TAK MINTA DILAHIRKAN

    “Anak-anak tak minta dilahirkan. Ibu dan ayahlah yang memilih untuk melahirkan mereka. Jadi jangan nak ungkit tentang penat lelah mengandung dan sakit payah melahirkan.” Demikian kenyataan tular di media sosial daripada sebahagian pihak yang meluahkan perasaan tentang masalah keluarga yang dihadapi. Perlu ditegaskan bahawa perkataan sebegini tidak wajar kerana bertentangan…

  • |

    WALI ALLAH BOLEH TERBANG?

    – Khurafat dari meja penceramah – Wali lebih tinggi dari rasul? Perlu ditegaskan bahawa para wali Allah ialah mereka yang beriman dan bertakwa. Firman Allah ﷻ: أَلَآ إِنَّ أَوۡلِيَآءَ ٱللَّهِ لَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَكَانُواْ يَتَّقُونَ. “Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah tidak ada kebimbangan terhadap mereka dan…

  • | |

    SAHABAT NABI ﷺ

    SAHABAT NABI ﷺ Sesudah Al-Quran dan hadis, para Sahabat Nabi ﷺ merupakan rujukan dalam segala ilmu Islam, kebaikan dan petunjuk. Mereka adalah sebaik-baik umat ini. Generasi yang paling tinggi ilmu agamanya, paling faham Al-Quran serta perkataan, perbuatan serta perakuan Nabi ﷺ. Ini kerana mereka adalah satu-satunya generasi manusia yang telah…

  • |

    ARAB SAUDI & TERRORISM

    ARAB SAUDI & TERRORISM . . Semenjak peristiwa Masjidil Haram ditawan oleh sebuah kumpulan radikal pimpinan Juhaiman bin Muhammad, seorang warga Arab Saudi pada tahun 1979 yang mengorbankan 234 orang dan mencederakan 451 yang lain, Arab Saudi telah menyaksikan siri insiden-insiden keganasan yang menggemparkan tanah airnya. . Pada musim Haji…

  • |

    IKUT FAHAM SAHABAT NABI ﷺ

    IKUT FAHAM SAHABAT NABI ﷺ -Bukan faham tok guru-Kesesatan mereka yang menyalahi fahaman Sahabat Firman Allah ﷻ: “Dan sesiapa yang menyalahi Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk dan dia pula mengikut jalan SELAIN DARI JALAN ORANG-ORANG BERIMAN maka Kami akan palingkan dia ke arah jalan yang dipilihnya, dan Kami…