|

KOMEN ARTIKEL ‘BAHANA RIBA’

Rentetan tulisan semalam bertajuk ‘Bahana Riba’ ada yang memberi komen di bawah:

“Rata-rata dah kena brainwashed sehingga susah nak keluar dari ‘sistem’ jika letak IFP (Perunding Kewangan Islam) di belakang nama tu.

Mereka rasa macam ada lesen besar cakap pasal Islamik banking.

Ramai juga kawan-kawan yang grad dari IBFIM jadi so-called Islamic Financial Planner, rata-rata jual takaful, Islamik banking produk tetapi tanpa sedar akhirnya mereka semakin hanyut dalam apa yang diperangi Allah dan RasulNya.

Kalau dilihat secara halus, produk-produk banking yang ada ni banyak copycat dari konvensional bank, pendek kata, jika konvensional banking ada produk tu dan laris, Islamik banking pun nak juga produk sedemikain rupa.

Cuma di’muslihat’kan untuk jadikannya ‘islamik’… tasyabbuh dengan Yahudi, pasang jala hari Jumaat, ambil hari Ahad, sebab tak boleh menjala hari Sabtu…

Akhirnya, orang yang pinjam dari Islamik banking ni pun bayar lebih dari pinjamannya dengan pelbagai alasan seperti, atas dasar jualbeli, kos pengurusan, tanggungjawab penghutang, kadar % sudah ditetapkan upfront dan tidak berubah² dan sebagainya.

Alhamdulillah saya bersyukur dapat keluar dari ‘sistem’ itu. Mudah-mudahan istiqomah hingga dijemput ajal.”

– Penulis adalah bekas Perunding Pelaburan sebuah bank tanahair.

Daripada Allah ﷻ jua kita memohon petunjuk.

10 Rejab 1444H
01 Februari 2023

Similar Posts

  • | |

    SEDEKAH PERLU SECARA ZAHIR ATAU SEMBUNYI?

    SEDEKAH PERLU SECARA ZAHIR ATAU SEMBUNYI? Tidak dinafikan bahawa MENYEMBUNYIKAN SEDEKAH lebih afdal sebagaimana dalam hadis 7 golongan yang bernaung di bawah bayang-bayang Arasy di Padang Mahsyar lalu disebutkan antaranya ialah orang yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya. Hadisnya sahih dalam Bukhari dan…

  • |

    BACALAH SEBELUM MEMBERI KOMEN

    BACALAH SEBELUM MEMBERI KOMEN . Oleh Ustaz Idris bin Sulaiman . . Pelbagai reaksi yang kami peroleh semenjak buku Pilihan Raya Malaysia keluar di pasaran. Ramai yang memuji dan memberikan penghargaan tentang betapa buku ini telah merungkai banyak persoalan dan kemusykilan mereka selama ini. Dalam masa yang sama, terdapat juga…

  • |

    BUNUH DIRI

    BUNUH DIRI Membunuh diri termasuk antara sebesar-besar dosa. ALLAH ﷻ berfirman: وَلَا تَقۡتُلُوۤا۟ أَنفُسَكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِكُمۡ رَحِیمࣰا. “Dan janganlah kamu membunuh diri kamu. Sesungguhnya ALLAH sentiasa mengasihani kamu.” [Al-Quran; an-Nisa’: 29] Sabda Nabi ﷺ: “Barang siapa membunuh dirinya dengan sesuatu maka dia akan diseksa dengannya pada Hari Kiamat.”…

  • |

    PERSENDA AGAMA

    Mempersendakan agama serta memperolok-olokkan Muslim yang mengamalkan ajaran agama ialah antara pembatal agama. Ia merupakan sikap orang kafir dan munafik. Mereka yang mempersendakan agama dihukum murtad terkeluar daripada Islam. Ini kerana hal agama tidak boleh dijadikan sebagai gurauan dalam apa jua keadaan. Sebagaimana firman Allah ﷻ: وَقَدۡ نَزَّلَ عَلَيۡكُمۡ فِي…

  • |

    AGAMA KUFUR ITU BERBEZA-BEZA ATAU SAMA?

    AGAMA KUFUR ITU BERBEZA-BEZA ATAU SAMA? Firman Allah ﷻ: وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَهُودُ وَلَا ٱلنَّصَٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمۡ. “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan reda terhadapmu sehingga engkau menurut agama mereka (yang terpesong itu).” [Al-Quran, al-Baqarah, 2:120] Ramai daripada kalangan ulama fikah berhujah dengan firmannya: حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ. “Sehingga…

  • |

    BELAJAR DIAM

    BELAJAR DIAM # Menjaga lisan # Menulis di media sosial Barang siapa menjaga lisannya maka dia akan merasa tenang. Menyesal kerana berdiam lebih baik daripada menyesal kerana berkata. Perbuatan berdiam akan merehatkan akal manakala berkata-kata akan mengejutkannya. Tidak ada kebaikan dalam kehidupan melainkan bagi dua orang; orang yang berdiam dalam…