Empty yellow paper dialogue with a speech bubble on a balloon for your design, business concept
|

KETIKA HARAPAN TINGGAL HARAPAN

– Ungkapan orang-orang yang rugi
– Jalan ittiba’

Kelak mereka akan berkata:

يَٰلَيۡتَنِي كُنتُ تُرَٰبَۢا .

“Alangkah baiknya jika aku terus kekal menjadi tanah.”

[Al-Quran, al-Naba’, 4:40]

يَٰلَيۡتَنِي قَدَّمۡتُ لِحَيَاتِي.

“Alangkah baiknya jika sebelum ini aku telah bersedia dengan amalan-amalan soleh.”

[Al-Quran, al-Fajr, 89: 24]

يَٰلَيۡتَنِي لَمۡ أُوتَ كِتَٰبِيَهۡ .

“Alangkah baiknya jika aku tidak diberikan kitab amalku.”

[Al-Quran, al-Haqqah, 69:25]

يَٰوَيۡلَتَىٰ لَيۡتَنِي لَمۡ أَتَّخِذۡ فُلَانًا خَلِيلٗا.

“Alangkah baiknya jika aku tidak menjadikan si fulan sebagai kawan.”

[Al-Quran, al-Furqan, 25: 28]

يَٰلَيۡتَنَآ أَطَعۡنَا ٱللَّهَ وَأَطَعۡنَا ٱلرَّسُولَا۠.

“Alangkah baiknya jika dahulu aku taat kepada Allah dan taat kepada Rasul.”

[Al-Quran, al-Ahzab, 33:66]

يَٰلَيۡتَنِي ٱتَّخَذۡتُ مَعَ ٱلرَّسُولِ سَبِيلٗا.

“Alangkah baiknya jika dahulu aku telah menelusuri jalan Rasul.”

[Al-Quran, al-Furqan, 25:27]

يَٰلَيۡتَنِي كُنتُ مَعَهُمۡ فَأَفُوزَ فَوۡزًا عَظِيمٗا.

“Alangkah baiknya jika dahulu aku bersama mereka agar aku memperoleh kejayaan yang besar.”

[Al-Quran, al-Nisa’, 4:73]

Itulah ungkapan-ungkapan mereka yang rugi di akhirat nanti.

Mereka tidak sanggup untuk mengharungi nasib di akhirat mengenangkan betapa dahsyatnya azab yang bakal dihadapi lalu berharap kalau di dunia mereka tidak diciptakan dan dapat terus kekal menjadi tanah, atau mereka berharap dapat senasib dengan haiwan yang bertukar menjadi tanah sesudah selesai urusan hisab di akhirat.

Mereka menyesal sehabis-habis sesal kerana tidak membawa apa-apa bekalan amalan soleh lalu merasa amat hampa menerima kitab amalan kerana tiada apa-apa yang membanggakan tercatat di dalamnya.

Mereka menyalahkan rakan-rakan mereka di dunia kerana telah menjebakkan diri mereka dalam hal-hal yang tidak sepatutnya sedangkan rakan seseorang itu menjadi penarik, sama ada penarik yang membawanya ke jalan syurga atau ke jalan neraka. Jelasnya rakan-rakan yang buruk hanya akan membawa penyesalan di akhirat.

Melihat nasib malang yang menimpa mereka menyedari bahawa sebab utamanya ialah kerana perbuatan mereka berpaling daripada Allah ﷻ dan RasulNya sewaktu di dunia.

Justeru waktu itu mereka berkata “Alangkah baiknya jika dahulu aku telah menelusuri jalan Rasul” kerana itulah satu-satunya jalan untuk selamat di dunia dan akhirat.

Tiada jalan lain.

Hanya melalui jalan ittiba’ (tunduk dan patuh) kepada Sunah Nabi ﷺ tanpa menokok tambah dan tanpa mengada-adakan apa yang tidak dilakukan oleh Nabi ﷺ dan para Sahabat seseorang itu akan memperoleh kejayaan di akhirat nanti.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan keselamatan.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
27 Rabiulakhir 1444H
22 November 2022

Similar Posts

  • |

    GAMBAR ILMWUAN SALAFI vs KHALAFI

    Beza antara ilmuwan Salafi dan ilmuwan Khalafi. Biar gambar-gambar dari negara jiran berbicara. Gambar-gambar di sebelah kiri menunjukkan ilmuwan tarekat tasawuf dari Timur Tengah duduk atas kerusi yang dijunjung atas bahu murid-muridnya sewaktu hadir ke sebuah majlis manakala gambar-gambar di sebelah kanan menunjukkan ulama besar dari Madinah, pengajar di Masjid…

  • |

    FIKIRAN SIMPLISTIK

    FIKIRAN SIMPLISTIK Orang yang berfikiran simplistik akan melihat sekelilingnya dengan cara yang terlalu mudah. Mengubah sesuatu dengan cara kompleks boleh mengganggu cara fikirnya. Ya Allah, kurniakan buat kami ilmu yang bermanfaat serta amalan yang soleh. Idris bin Sulaiman Kajang 16 Safar 1441H / 16 Oktober 2019 Pagi yang cerah

  • |

    TAHUN BAHARU MASIHI

    Muslim tidak menyambut tahun baharu Masihi. Tahun baharu Masihi berkait rapat dengan agama Kristian dan berasal usul daripada kepercayaan pagan. Masihi merujuk kepada kelahiran Nabi Isa alaihissalam. Dalam bahasa Inggeris kalendar Masihi dikenali sebagai ‘Gregorian calender’ nisbah kepada Paus Gregory ke XIII yang memperkenalkannya pada tahun 1582. Bulan Januari pula…

  • |

    LELAKI BERSALAMAN DENGAN PEREMPUAN SECARA BERALAS

    Tidak boleh bagi seorang lelaki bersalaman dengan perempuan yang bukan mahramnya sama ada secara beralas ataupun tidak. Ini berdasarkan kenyataan Aisyah tentang cara Nabi ﷺ menerima baiah taat setia para wanita Sahabat di mana dia berkata: لا والله ما مست يده يد امرأة في المبايعة. “Demi Allah tangan baginda ﷻ…

  • |

    TIDAK TAHU DALIL TIDAK BERMAKNA DALIL TIDAK ADA

    TIDAK TAHU DALIL TIDAK BERMAKNA DALIL TIDAK ADA # Tidak jumpa tidak bererti tidak ada # Kaedah-Kaedah Ilmiah # Kaedah 10 Sering kali dalam perbahasan kita mendapati seseorang itu menjadikan ketidaktahuannya tentang sesebuah dalil sebagai hujah bahawa dalil berkenaan tidak wujud. Sedangkan secara prinsipnya ketidaktahuan tentang sesebuah dalil tidak bererti…

  • |

    KHATIB BERTONGKAT KETIKA KHUTBAH

    KHATIB BERTONGKAT KETIKA KHUTBAH Sebetulnya seorang khatib tidak perlu memegang apa-apa kayu tongkat atau yang lain ketika berdiri menyampaikan khutbah. Ini kerana tiada petunjuk bahawa ia merupakan sebahagian daripada anjuran atau tuntutan ketika berkhutbah. Apa yang sabit ialah perbuatan Nabi ﷺ memegang tongkat ketika berkhutbah.Tetapi dalam masa yang sama tiada…