clouds
|

MALAIKAT

Malaikat merupakan makhluk Allah ﷻ yang sangat taat.

Saiz rupa para malaikat pula tersangatlah besar dan menakjubkan.

Sabda Nabi ﷺ:

أُذِنَ لي أنْ أُحَدِّثَ عن مَلَك مِن ملائكة الله مِن حَمَلَةِ العَرْش، إنَّ ما بين شَحْمةِ أُذُنِه إلى عاتِقِه مَسِيرةُ سبعِمائة عام.

“Aku diizinkan berbicara tentang salah satu daripada para malaikat Allah ﷻ yang memikul Arasy di mana jarak antara cuping telinga dan bahunya ialah perjalanan selama tujuh ratus tahun.”

[Sahih. Abu Daud]

Pada zaman dahulu perjalanan 1000 km memakan masa selama kira-kira sebulan.

Ini bermakna anggaran jarak perjalanan 700 tahun ialah 8,400,000 km!

Dan itu hanya jarak antara cuping telinga dan bahunya!!

Besarnya saiz malaikat pemikul Arasy hanyalah sekelumit daripada tanda kebesaran Allah ﷻ.

Allahuakbar, Allah Maha Besar.

Idris bin Sulaiman
Kajang
07 Rabiulakhir 1444
02 November 2022

Similar Posts

  • |

    SABAR

    Seorang Muslim perlu sabar menghadapi musibah. Sabar adalah wajib sehinggalah musibah yang melanda itu hilang dan diangkat oleh Allah ﷻ. Justeru perlu dielakkan perkataan-perkataan seperti berikut: Firman Allah ﷻ: وَٱصۡبِرُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّٰبِرِينَ “Bersabarlah! Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.” [al-Quran, al-Anfal, 8:46] Daripada Allah jua kita memohon petunjuk….

  • | |

    SEDEKAH PERLU SECARA ZAHIR ATAU SEMBUNYI?

    SEDEKAH PERLU SECARA ZAHIR ATAU SEMBUNYI? Tidak dinafikan bahawa MENYEMBUNYIKAN SEDEKAH lebih afdal sebagaimana dalam hadis 7 golongan yang bernaung di bawah bayang-bayang Arasy di Padang Mahsyar lalu disebutkan antaranya ialah orang yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya. Hadisnya sahih dalam Bukhari dan…

  • |

    ETIKA BERPAKAIAN

    ETIKA BERPAKAIAN Cara seseorang berpakaian mencerminkan peribadi. Terdapat pakaian yang baik seperti mana terdapat pakaian yang buruk. Ungkapan Inggeris menyebut ‘First impression counts’ (Tanggapan pertama sangat penting). Kerana itu lumrah bagi manusia untuk menjaga pakaiannya apabila keluar rumah lebih-lebih lagi apabila ada urusan penting seperti temu duga kerja, majlis keramaian…

  • |

    HATI YANG TERPADAM

    Ketika mana engkau lihat hati itu tidak lagi cinta dan bersedia untuk bertemu Allah ﷻ, sebaliknya ia bergelumang dengan cinta manusia dan merasa selesa dengan hidup di dunia maka ketahuilah bahawa hati itu sudah terpadam, tidak lagi bercahaya. – Ibnu al-Qayyim, Bada’i al-Fawaid, 3/224 Daripada Allah ﷻ jua kita memohon…

  • |

    LIMA JENIS ANAK

    LIMA JENIS ANAK Jenis-jenis Anak: PERTAMA: Anak yang tidak melaksanakan apa yang disuruh oleh ibu bapanya. Anak derhaka. KEDUA: Anak yang melaksanakan apa yang disuruh oleh ibu bapanya secara terpaksa. Anak yang tidak mendapat pahala. KETIGA: Anak yang melaksanakan apa yang disuruh tetapi kemudian mengungkit-ungkitnya sampai menyakiti orang tuanya, membentak…