|

ZUHUD

– Pengertian zuhud
– Rusuhan bola sepak

Muslim dianjurkan supaya berzuhud dengan dunia.

Sabda Nabi ﷺ:

ازهَدْ في الدُّنيَا يُحِبَّكَ اللهُ، وازهَدْ فِيمَا عِندَ النَّاسِ يُحِبَّكَ النَّاسُ.

“Berzuhudlah di dunia nescaya engkau akan dicintai Allah dan berzuhudlah daripada apa yang dimiliki oleh manusia nescaya mereka akan mencintaimu.”

[Hasan. Riwayat Ibnu Majah]

Ada perbezaan pendapat ulama tentang erti berzuhud dengan dunia.

Ada yang mengatakan maksudnya mengurangkan pergaulan dengan manusia.

Ada lain yang mengatakan maksudnya meninggalkan hal-hal syahwat.

Dan ada yang mengatakan maksudnya mengelakkan rasa kenyang.

Ada juga yang mengatakan berzuhud dengan dunia ialah meninggalkan segala apa yang melalaikan daripada beribadah kepada Allah ﷻ.

Pendapat terakhir ini yang terbaik.

Kerana seperti mana menurut al-Hafiz Ibnu Rajab “Ia menghimpunkan semua maksud zuhud yang lain.”

Maka dengan berzuhud serta meninggalkan segala apa yang melalaikan seseorang itu akan dapat merealisasikan tujuan utama penciptaannya di atas muka bumi iaitu beribadah dan mengabdikan diri kepada Allah ﷻ.

Ini bertepatan dengan firman Allah ﷻ:

وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepadaKu.”

[Al-Quran, al-Dhaziyat, 51: 56]

CATATAN

Betapa banyaknya hal-hal yang melalaikan di akhir zaman.

Lebih mendukacitakan apabila mendapat berita rusuhan bola sepak di negara jiran yang sampai meragut lebih 120 nyawa, wallahul mustaan.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
07 Rabiulawal 1444H
04 Oktober 2022

Similar Posts

  • |

    (2) USTAZ MOHIB KHOULI MEMBAWA PEMIKIRAN EKSTREM

    (2) USTAZ MOHIB KHOULI MEMBAWA PEMIKIRAN EKSTREM Kata UMK ““Di situ (Arab Saudi) tempat akan berlaku jahiliah!” Tambah beliau lagi “Engkau akan dengar lagi tentang (bagaimana) Islam dan para pendakwah diperangi di negara Arab Saudi!” Ini susulan kritikan beliau terhadap Arab Saudi yang baru-baru ini mengeluarkan arahan menghadkan penggunaan pembesar…

  • |

    IKUT SUNAH NABI ﷺ JANGAN BUAT BIDAAH

    Demikian perintah atas setiap Muslim supaya ikut Sunah Nabi ﷺ (ittiba’) dan menjauhi hal-hal bidaah. Terdapat sekian banyak nas Al-Quran dan hadis yang menegaskan perkara ini. Firman Allah ﷻ: قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِي “Katakanlah (kepada umatmu wahai Muhammad): Jika benar kamu cinta Allah maka ikutilah akan daku (ittiba’).”…

  • |

    RINDU ZAMAN DIJAJAH?

    – Kemangkatan ratu – ‘Rest in peace’ (RIP) Tersebutlah kisah si Abu semasa kecil di sekolah dia dibuli dan dipukul oleh seorang pelajar senior yang terkenal dengan sifat bulinya. Beberapa orang pelajar lain turut senasib dengannya. Kini Abu sudah pun dewasa dan telah lama meninggalkan zaman persekolahannya. Sekalipun Abu sangat…

  • |

    KEMAJUAN MATERIAL?

    KEMAJUAN MATERIAL? . . Hakikatnya ia kembali kepada cara kita menimbang ‘baik’ dan ‘buruk’. . Cara timbang orang kafir adalah berdasarkan ‘kemajuan’ material di dunia semata-mata. . Adapun soal spiritual, ternyata mereka jahil malah mundur sehabis-habisnya. . Kerana itu barangkali mereka maju dan kaya secara material, tetapi dalam masa yang…

  • |

    AGAMA ISLAM SUDAH SEMPURNA JANGAN KONTRADIK

    Umum mengetahui bahawa agama Islam bersifat syumul dan sempurna. Berdasarkan firman Allah: ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِينَكُمۡ. “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kalian agama kalian.” [Al-Quran, al-Ma’idah, 5:30] Pihak di sebelah sana mengakui akan hal ini. Berdegar-degar kedengaran mereka berkata “Agama Islam sudah sempurna!” Ironinya, mereka kemudiannya membuat tokok-tambah,…