|

JIKA DAPAT NIKMAT ATAU DITIMPA MUSIBAH: MANA LEBIH BAIK?

Antara sifat Mukmin ialah bersyukur apabila mendapat nikmat dan bersabar apabila ditimpa musibah.

Ramai mungkin lebih suka jika diuji dengan nikmat berbanding musibah.

Malah tidak kurang yang mungkin menyangka bahawa mendapat nikmat ialah tanda Allah ﷻ sayang manakala musibah ialah tanda Allah ﷻ benci.

Pemahaman ini perlu diluruskan.

Pertamanya, perlu diingatkan bahawa kedua-dua nikmat dan musibah ialah ujian Allah ﷻ atas manusia bagi menentukan antara mereka yang bersyukur dengan mereka yang sabar.

Ini bermakna nikmat itu tidak semestinya baik khususnya jika orangnya kufur dan tidak bersyukur.

Demikian sebaliknya, musibah tidak semestinya buruk apatah lagi jika orangnya bersabar.

Kerana itu Allah ﷻ berfirman:

وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡ‍ٔٗا وَهُوَ خَيۡرٞ لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡ‍ٔٗا وَهُوَ شَرّٞ لَّكُمۡۚ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ.

“Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Sedangkan Allah jualah yang mengetahui dan kamu tidak.”

[Al-Quran, al-Baqarah, 2:216]

Justeru Muslim seharusnya beringat bahawa rasa suka dengan nikmat dan benci pada musibah haruslah berpada-pada.

Usah terlalu gembira jika mendapat nikmat atau terlalu bersedih jika ditimpa musibah sampai hilang pedoman.

Ini kerana kesudahannya kita tidak tahu yang mana sebenarnya baik untuk kita; mendapat nikmat atau ditimpa musibah.

Betapa ramainya mereka yang sesat sesudah Allah ﷻ uji dengan nikmat, dan tidak kurang mereka yang kembali ke pangkal jalan sesudah Allah ﷻ uji dengan musibah.

Berdasarkan hakikat ini Khalifah Omar al-Khattab r.a. berkata:

مَا أُبَالِي عَلَى أَيِّ حَالٍ ‌أَصْبَحْتُ، ‌عَلَى ‌مَا ‌أُحِبُّ أَوْ عَلَى مَا أَكْرَهُ، لِأَنِّي لَا أَدْرِي الْخَيْرَ فِيمَا أُحِبُّ أَوْ فِيمَا أَكْرَهُ.

“Aku tidak peduli sama ada keadaan yang aku terpaksa hadapi itu aku suka atau tidak. Ini kerana aku tidak tahu kebaikan itu ada pada yang aku suka atau pada yang aku benci.”

[al-Zuhd oleh Ibnu Mubarak, hlm. 143]

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk hidayah.

Idris bin Sulaiman
Kajang
17 Muharam 1444H
16 Ogos 2022

Similar Posts

  • |

    SYEIKH AL-ALBANI RAHIMAHULLAH

    SYEIKH AL-ALBANI RAHIMAHULLAH . . Penanya: Bagaimana layanan yang diberikan oleh kerajaan Jordan kepada Syeikh Al-Albani rahimahullah ketika beliau hidup di sana? . Syeikh Ali Al-Halabi: Dukacitanya mereka hanya menyedari ketokohan dan jasanya kepada Agama dan Umat selepas beliau wafat. . . Catatan: . Para ulama adalah pewaris Nabi, barangsiapa…

  • |

    AMBILLAH PENGAJARAN

    AMBILLAH PENGAJARAN # Agamawan berideologi Ikhwani 1. Matlamat tidak menghalalkan cara Mahu MENEGAKKAN KEADILAN tetapi dengan cara KEZALIMAN menghina, memfitnah, menabur kebencian, menimbulkan perpecahan dalam kalangan masyarakat Umat Islam… Ini semua HARAM. KESALAHAN tidak boleh dibalas dengan KESALAHAN. Buktinya, segala natijahnya menjadi TIDAK BERKAT dan TIDAK KEKAL LAMA. 2. Apa…

  • |

    WASPADA KEGIATAN WAHABI @ SALAFI?

    Apakah yang dimaksudkan dengan kegiatan Wahabi @ Salafi? Apa yang pasti dari sudut bahasa Arabnya Wahabi nisbah kepada nama Allah ﷻ al-Wahhab manakala Salafi nisbah kepada tiga generasi pendahulu umat Islam iaitu Sahabat, Tabiin dan Tabi Tabiin. Sedangkan dalam hadis Nabi ﷺ berkata kepada isterinya Aisyah radiallahuanha: نِعْمَ ‌السَّلَفُ أَنَا…

  • |

    PERBEZAAN ANTARA GANDAAN BALASAN PAHALA & DOSA

    PERBEZAAN ANTARA GANDAAN BALASAN PAHALA & DOSA GANDAAN BALASAN MALAM LAILATULQADAR SOALAN: Adakah perbuatan maksiat pada malam Lailatulqadar dikira sebagai lebih buruk daripada seribu bulan? JAWAPAN: Ulama menjelaskan bahawa gandaan balasan PAHALA KEBAIKAN adalah secara BILANGAN (10, 20, 30 kali ganda dan seumpamanya) dan dari sudut BENTUKNYA (ganjaran pahala yang…

  • |

    TAKLID BUTA

    – Video mentaliti haiwan ternak Taklid sememangnya buta. Ikut bulat-bulat sesuatu perbuatan kerana orang lain melakukannya tanpa mengetahui alasan atau sebabnya. Tidak mahu belajar dan tidak mahu bertanya. Sekadar mengambil jalan mudah kerana malas berfikir. Sikap ini ada dalam mana-mana masyarakat, tidak mengenal batas usia, muda atau tua, lelaki atau…

  • |

    FIKAH JIHAD

    Tidak boleh memaksa kaum Muslimin berjihad dalam keadaan membawa kebinasaan dan kehancuran atas mereka. Demikian tegas Imam al-Syafie. Kata beliau dalam kitabnya al-Umm: وَلَا ‌يَنْبَغِي ‌أَنْ ‌يُوَلِّيَ ‌الْإِمَامُ ‌الْغَزْوَ إلَّا ثِقَةً فِي دِينِهِ شُجَاعًا فِي بَدَنِهِ حَسَنَ الْأَنَاةِ عَاقِلًا لِلْحَرْبِ بَصِيرًا بِهَا غَيْرَ عَجِلٍ، وَلَا نَزِقٍ وَأَنْ يَقْدَمَ إلَيْهِ وَإِلَى…