| | | |

TEGAHAN MEMBUAT BINAAN ATAS KUBUR

Tidak ada sebarang bentuk binaan atas kubur pada zaman Sahabat Nabi ﷺ dan generasi awal Islam dahulu.

Sebaliknya binaan-binaan atas kubur hanya diada-adakan kemudian pada zaman Kerajaan Buwaihiyyah, Syiah sekitar kurun keempat Hijrah.

Para ulama sepakat akan larangan membuat binaan atas kubur.

Kata Imam al-Syaukani:

اعْلَمْ أنَّه قَدْ اتَّفَقَ النَّاسُ، سَابِقَهُمْ وَلاحِقَهُمْ، وَأوَّلَهُمْ وَآخِرَهُمْ مِنْ لَدُنْ الصَّحَابَةَ رَضِيَ الله عَنْهُمْ إلى هَذَا الوَقْت: أنَّ رفعَ القُبُورِ وَالبِنَاءِ عَلَيْهَا بِدْعَةٌ مِنَ البِدَعِ الّتِي ثَبَتَ النَّهْيُ عَنْهَا، وَاشْتَدَّ وَعِيدُ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم لِفَاعِلِهَا.

“Ketahuilah bahawa telah ada kesepakatan dalam kalangan kaum Muslimin, sejak dahulu hingga sekarang, dari zaman Sahabat hinggalah ke hari ini bahawasanya meninggikan kubur dan membuat binaan atasnya merupakan antara perbuatan bidaah terlarang yang pelakunya sangat diancam oleh Rasulullah ﷺ.”

[Syarah al-Sudur Fi Tahrim Raf’i al-Qubur, hlm. 20]

BENTUK BINAAN YANG DILARANG

Larangan membuat binaan atas kubur turut merangkumi binaan di sekelilingnya atau meletakkan kubah, kanopi, payung dan sebagainya atas kubur.

Ini kerana Nabi ﷺ telah memerintahkan agar kubur-kubur diratakan dan melarang sebarang bentuk binaan atasnya.

HADIS-HADIS LARANGAN

1. Daripada hadis Jabir radiallahuanhu, katanya:

نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ ‌يُجَصَّصَ ‌الْقَبْرُ وَأَنْ يُبْنَى عَلَيْهِ وَأَنْ يُقْعَدَ عَلَيْهِ.

“Rasulullah ﷺ melarang perbuatan menyimen kubur, duduk dan membuat binaan di atasnya.”

[Sahih. Riwayat Muslim, bab Tegahan Menyimen Kubur & Membuat Binaan Atasnya, no. 970]

2. Kata Thumamah bin Syufai rahimahullah:

كُنا مَعَ فَضَالةَ بن عُبيدٍ بِأرْضِ الرُّومِ برُودِسَ فـتُوفِّيَ صَاحِبٌ لَنَا، فَأمَرَ فَضَالةُ بن عبيدٍ بِقَبرِه فَسُوِّيَ، ثُمَّ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم يأمُرُ بِتَسْوِيَتها.

“Kami bersama Fadhalah bin Ubaid di Rodes, Rom apabila salah seorang rakan kami meninggal dunia, lalu Fadhalah memerintahkan supaya kuburnya digali dan (setelah itu) diratakan. Beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah ﷺ memerintahkan supaya ia (kubur) diratakan.”

[Sahih. Riwayat Muslim, bab Perintah Meratakan Kubur, no. 968]

3. Kata Abu Hayyaj al-Asdi:

قَالَ لي عَليُّ بن أبي طَالِبٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ: ألا أبْعَثُكَ عَلى مَا بَعَثَني عَليهِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم: أنْ لا تَدَعَ تِمثالاً إلاَّ طَمَستَهُ ولا قبراً مُشرِفاً إلا سَوَّيتَهُ.

“Ali bin Abi Talib radiallahuanhu berkata kepadaku: Mahukah engkau aku utus untuk apa yang aku telah diutus oleh Rasulullah ﷺ? Hendaklah engkau tidak membiarkan mana-mana patung melainkan engkau menghapuskannya dan jangan dibiarkan mana-mana kuburan yang tinggi melainkan engkau meratakannya.”

[Sahih. Riwayat Muslim, bab Perintah Meratakan Kubur, no. 969]

Kata al-Nawawi:

“Ini menunjukkan bahawa Sunahnya kubur tidak boleh ditinggikan secara berlebihan dan tidak boleh disimen. Sebaliknya hendaklah ia ditinggikan sekadar sejengkal dan diratakan permukaannya.”

[Syarah Sahih Muslim, 2/666]

Berdasarkan hadis-hadis di atas Imam al-Syaukani berkata:

وَفي هَذَا أعْظَمُ دَلالَةً عَلى أنَّ تَسْوِيَةَ كُلّ قَبْرٍ مُشْرِف يَرْتَفِعُ زِيَادَة عَلى القَدرِ المشْرُوعِ وَاجِبَةٌ مُتَحَتّمَةٍ، فَمِنْ إشْرافِ القُبُورِ أنْ يُرْفَعَ سَمْكُهَا، أوْ يجْعَل عَلَيْها القِبَابَ أوْ المسَاجِد، فَإنَّ ذَلِكَ مِنْ المنْهِي عَنْهُ بِلا شَكٍّ وَلا شُبْهةٍ.

“Ini merupakan sebesar-besar dalil yang menunjukkan bahawa meratakan semua kuburan yang tingginya melebihi apa yang disyariatkan merupakan sesuatu yang sangat wajib. Termasuklah dalam erti meninggikan kuburan ialah dengan menaikkan binaannya, meletakkan kubah atau mendirikan masjid di atasnya. Ini semua ditegah tanpa syak dan tidak ada sebarang syubhah.”

[Syarah al-Sudur Fi Tahrim Raf’i al-Qubur, hlm. 28]

PERKUBURAN TANAH WAKAF / TANAH PERSENDIRIAN

Larangan membuat binaan atas kubur bersifat umum.

Tidak ada beza antara tanah perkuburan wakaf ataupun tanah kubur persendirian, sebagaimana zahir hadis-hadis larangan di atas.

Dalam masa yang sama membuat binaan atas kubur di tanah wakaf lebih berat kerana ia melibatkan perbuatan mengambil hak orang lain.

Kata Ibnu Rusyd:

“Imam Malik benci perbuatan membina atas kubur dan meletakkan batu-batu jubin bertulis atasnya kerana hal itu semua termasuk dalam erti bidaah yang diada-adakan oleh orang-orang yang mahu menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah, sedangkan tiada khilaf bahawa itu semua dilarang.”

[Mawahib al-Jalil Syarah Mukhtasar Khalil, 3/66]

BINAAN ATAS KUBUR ORANG KENAMAAN

Kata al-Hattab:

“Aku tidak tahu sesiapa daripada kalangan pengikut mazhab Maliki yang mengharuskan perbuatan membuat binaan di sekeliling kubur orang-orang Islam, tidak kira sama ada si mati itu orang soleh, ulama, orang kenamaan, pemerintah atau yang lain.”

[Mawahib al-Jalil Syarah Mukhtasar Khalil, 3/64]

Kata Imam al-Syafie:

وَقَدْ رَأيْتُ مِنْ الوُلاةِ بِمَكَّةَ يَهْدِمُ مَا بُنيَ مِنْهَ – أيْ مَا بُنيَ عَلى القُبُورِ – فَلَم أرَ الفُقَهَاءَ يَعِيبُونَ ذَلِك.

“Aku melihat pihak berkuasa Mekah meruntuhkan binaan-binaan tersebut (atas kuburan) dan aku mendapati para fuqaha tidak mengkritik perbuatan mereka itu.”

[Ma’rifah al-Sunan Wa al-Aathaar, 5/332]

Kata Ibnu al-Qayyim:

“Kubah-kubah yang didirikan atas kubur-kubur wajib diruntuhkan kerana ia menyalahi apa yang disabdakan oleh Rasulullah ﷺ yang melarang perbuatan membuat binaan atas kubur.”

[Ighathah al-Lahfaan, 1/194]

ANTARA KUBUR & BERHALA

Membuat binaan atas kubur akan membuka pintu kepada perbuatan-perbuatan mungkar yang lebih berat di mana kemuncaknya ialah kubur itu disembah dan dikeramatkan.

Kata Syeikh Ahmad al-Baquri, mantan rektor Universiti al-Azhar, Mesir:

“Perbuatan ini (mencantikkan kubur dan membuat binaan atasnya) merupakan antara bentuk-bentuk penyembahan berhala serta penyembahan manusia yang ditegah oleh agama Islam dan dilarang oleh Nabi ﷺ yang menyarankan supaya perbuatan-perbuatan seperti ini dijauhi.”

[Fatawa Kibar Ulama al-Azhar Hawla al-Adhrihah Wa al-Qubur, hlm. 42]

KEBURUKAN BINAAN ATAS KUBUR

Antara keburukan membuat binaan atas kubur ialah:

1. Membuka pintu khurafat dan syirik; tanggapan kelebihan kubur-kubur tertentu dan keutamaan mendatanginya.

2. Menjadikan kubur tempat mengadakan ritual-ritual tertentu; seperti bertahlil, membaca Al-Quran dan beriktikaf yang menyalahi syariat; sedangkan ibadah-ibadah ini tempatnya di masjid.

3. Kubur dijadikan tempat untuk berdoa; atas tanggapan bahawa kubur ulama dan orang soleh merupakan antara tempat mustajab doa.

4. Menimbulkan kepercayaan bahawa sesetengah kubur boleh mengelakkan mudarat dan mendatangkan manfaat.

5. Mengundang laknat Allah ﷻ ; sebagaimana sabda Nabi ﷺ:

لَعَنَ اللهُ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى اتَّخَذُوا ‌قُبُورَ ‌أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِدَ.

“Allah melaknat orang-orang Yahudi dan Nasrani; mereka menjadikan kubur para nabi mereka sebagai masjid.”

[Sahih. Riwayat Ahmad]

Orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadikan kubur nabi mereka tempat solat, beriktikaf, berdoa, malah ada yang sampai tawaf keliling kubur.

6. Mengikat hati kepada si mati apabila hendak meminta sesuatu hajat; sedangkan Allah ﷻ berfirman:

“Dan apa jua nikmat yang ada pada kamu maka ia adalah daripada Allah; kemudian apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan.”

[Al-Quran, al-Nahl, 16:53]

7. Mengutamakan tanah perkuburan berbanding masjid sebagai tempat yang paling dicintai Allah ﷻ dan menganggap bahawa beribadah di perkuburan lebih baik berbanding masjid; sedangkan Nabi ﷺ bersabda:

أَحَبُّ البِلَادِ إلى اللهِ مَسَاجِدُهَا، وَأَبْغَضُ البِلَادِ إلى اللهِ أَسْوَاقُهَا.

“Tempat yang paling dicintai Allah ialah masjid dan tempat yang paling dibencinya ialah pasar.”

[Sahih. Riwayat Muslim, no. 671]

8. Menyalahi tujuan sebenar ziarah kubur untuk mengingati Hari Akhirat dan berdoa kepada Allah ﷻ buat para penghuni kubur agar mereka diberi kesejahteraan dan keselamatan; sebagaimana Nabi ﷺ bersabda:

كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ ‌زِيَارَةِ ‌الْقُبُورِ أَلَا فَزُورُوهَا، فَإِنَّهُ يُرِقُّ الْقَلْبَ، وَتُدْمِعُ الْعَيْنَ، وَتُذَكِّرُ الْآخِرَةَ، وَلَا تَقُولُوا هُجْرًا.

“Dahulu aku melarang kalian menziarahi kubur tetapi sekarang ziarahilah ia (kerana) sesungguhnya ia dapat melunakkan hati, menitiskan air mata dan mengingatkan tentang Hari Akhirat. (Akan tetapi) janganlah kalian berkata hal-hal yang buruk.”

[Sahih. Riwayat al-Hakim]

Para penyembah kubur telah menterbalikkan tujuan ini dengan menjadikan tujuan mereka menziarahi kubur untuk berdoa dan meminta daripada penghuni kubur sedangkan perbuatan sedemikian ialah syirik menyekutukan Allah ﷻ.

Firman Allah ﷻ:

“Dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menyembah sesuatu selain Allah, yang tidak dapat menyahut atau memberikan sebarang pertolongan kepadanya hinggalah ke Hari Kiamat, sedangkan makhluk-makhluk yang disembah itu tidak menyedari akan permohonan mereka itu.”

[Al-Quran, al-Ahqaf, 46:5]

CATATAN

Persamaan antara sebahagian pengikut tarekat dengan orang-orang Syiah sangat ketara dalam membuat binaan atas kubur.

Kubur-kubur ini kelihatan seperti masjid malah ada yang seperti istana.

Daripada Allah jua kita memohon hidayah dan keselamatan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
26 Syawal 1443H /
27 Mei 2022

Similar Posts

  • |

    TAHZIR

    – Murid mengkritik guru Tahzir ialah membuat kritikan terhadap seseorang sehingga memberi amaran dan peringatan supaya dijauhi orang tersebut. Kritikan terhadap seseorang semestinya perlu didasari ilmu dan kebijaksanaan. Antara kesalahan dalam bab ini ialah apabila murid lantang mendahului guru-guru mentahzir seseorang guru secara spesifik. Ini tidak wajar. Cuai dan terburu-buru…

  • | |

    WALI ALLAH?

    Kyai Zaini Abdul Ghani @ Guru Sekumpul ialah seorang guru agama dari Indonesia. Dalam sebuah rakaman video ceramah di masjid kelihatan beliau secara tiba-tiba bangun dan mengangkat kain sarung di hadapan khalayak ramai. Sesuatu perbuatan yang sangat pelik dan memalukan. Walau bagaimanapun, kedudukan beliau yang kononnya sudah sampai ke darjat…

  • |

    PENDIRIAN ULAMA ASYAIRAH FAKHRUDDIN AL-RAZI MENGENAI KEDUDUKAN AL-QURAN & AL-SUNAH

    Fakhruddin Muhammad bin Omar al-Razi (wafat 606H) merupakan antara ilmuwan Asyairah besar terkenal yang menjadi rujukan pengikut-pengikut mazhab Asyairah. Berikut ialah sebahagian pendirian beliau mengenai kedudukan Al-Quran dan al-Sunah: Kata al-Razi: الدَّلائِلُ العقليَّةُ إذا دلَّت على صِحَّةِ قولِنا ثمَّ رأينا أنَّ ظواهِرَ القُرآنِ والأخبارِ تؤكِّدُ تلك العَقليَّاتِ قَوِيَ اليقينُ وزالت…

  • |

    KESEMPURNAAN AGAMA: TIDAK PERLU TOKOK TAMBAH

    Sedar atau tidak mereka yang melakukan amalan-amalan ibadah yang tidak dilakukan oleh Nabi ﷺ dan para Sahabat mempertikaikan kesempurnaan dan kesyumulan agama. Pada tanggapan mereka agama Islam belum cukup sempurna dan belum cukup cantik sehingga ia perlu kepada penambahan-penambahan tertentu. Seolah-olah Nabi ﷺ terlepas pandang atau tidak sempat mengajarkannya kepada…

  • |

    ISTERI PENGHUNI SYURGA

    Semua manusia mahu rumah tangga bahagia. Tinggal lagi bagaimana mengacapinya, apakah cara-cara dan rahsianya? Hakikatnya sikap toleransi, empati dan merendahkan ego memainkan peranan yang cukup besar dan penting. Dalam sebuah hadis, Nabi ﷺ menceritakan tentang isteri-isteri yang menjadi penghuni syurga serta sifat-sifat yang melayakkan mereka mendapat tempat bahagia itu. Sabda…

  • |

    BERLEMAH LEMBUT DENGAN IBU BAPA & ISTERI

    Muslim dituntut supaya berlemah lembut. Lemah lembut ialah asbab segala kebaikan berbanding sikap kasar dan bengis. Aisyah r.a. menceritakan peristiwa bagaimana sekumpulan orang-orang Yahudi datang ke rumah Rasulullah ﷺ dan berkata: “al-Saam alaikum (Maut atas kamu).” Mendengar ucapan itu Aisyah r.a. bingkas membalasnya dengan berkata: “Waalaikum al-Sam wa al-la’nah (Maut…