rice close-up in autumn

AMARAN KRISIS MAKANAN; ASTEROID MENUJU BUMI; PERANG DUNIA KETIGA MUNGKIN MELETUS

– ‘Muslim Preppers’
– Order Baharu Dunia

Baru sahaja hendak menarik nafas lega setelah mengharungi wabak virus Covid-19 yang melanda negara selama dua tahun kini dunia dikejutkan pula dengan berita-berita tentang amaran krisis makanan, asteroid menuju ke bumi dan perang dunia ketiga mungkin meletus yang disiarkan oleh media-media tempatan dan juga antarabangsa.

Ini menyebabkan perbincangan yang tidak kurang hangatnya di media sosial berkenaan saranan supaya bersiap sedia menghadapi krisis-krisis yang bakal berlaku dengan menyimpan duit, berbelanja ikut kemampuan, menyimpan stok makanan dan sebagainya.

Sebelum itu, suka saya menarik perhatian pembaca menanyakan apakah persamaan antara ketiga-tiga tajuk ini?

1. Amaran Krisis Makanan;

2. Asteroid Menuju Bumi;

3. Perang Dunia Ketiga Mungkin Meletus.

Pada pandangan saya, ketiga-tiganya menimbulkan reaksi yang sama iaitu rasa takut.

Media sememangnya gemar membawa berita-berita gempar dan sensasi tetapi dalam masa yang sama saya khuatir sekiranya wujud agenda-agenda tertentu di sebaliknya.

——————-

Order Baharu Dunia (New World Order):

https://www.facebook.com/1588241794/posts/10220067594191980/

Reset Ekonomi:

https://www.facebook.com/1588241794/posts/10223514521403006/

——————-

Menimbulkan ketakutan orang ramai merupakan salah satu cara yang berkesan untuk menundukkan sesebuah masyarakat.

Masyarakat yang ketakutan lebih mudah untuk dikuasai dan dimanipulasikan.

Persoalannya, apakah seharusnya sikap Muslim terhadap berita-berita ini?

Jawapannya, kembalilah kepada Allah ﷻ, Pengurus dan Pemilik dunia, Tuhan sekalian alam.

Demikianlah reaksi Nabi ﷺ dan para Sahabatnya apabila mereka ditakut-takutkan dengan berita kedatangan bala tentera kaum Musyrikin yang berlipat kali ganda jumlahnya untuk menghancurkan mereka.

Firman Allah ﷻ:

ٱلَّذِینَ قَالَ لَهُمُ ٱلنَّاسُ إِنَّ ٱلنَّاسَ قَدۡ جَمَعُوا۟ لَكُمۡ فَٱخۡشَوۡهُمۡ فَزَادَهُمۡ إِیمَـٰنࣰا وَقَالُوا۟ حَسۡبُنَا ٱللَّهُ وَنِعۡمَ ٱلۡوَكِیلُ.

“Mereka yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: “Sesungguhnya kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan bala tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun takut kepadanya”. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu mereka berkata: “Cukuplah Allah untuk (menolong) kami dan Dia sebaik-baik untuk kami berserah.”

[Al-Quran, Aali Imran, 2:173]

Tenang, sabar dan berserah kepada Allah ﷻ seraya mengucapkan “Cukuplah Allah untuk menolong kami dan Dialah sebaik-baik untuk kami berserah.”

Demikian sikap Nabi ﷺ dan para Sahabat.

Ia juga perintah Allah ﷻ ke atas para hambaNya yang beriman di kala menghadapi ujian.

Firman Allah ﷻ:

وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَیۡءࣲ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصࣲ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَ الِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَ ا⁠تِۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّـٰبِرِینَ.

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan rasa kelaparan, dan kurangnya harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”

[Al-Quran, al-Baqarah, 2:155]

Berilah khabar gembira kepada mereka yang tenang dan sabar menghadapi ujian-ujian dunia.

——————-

‘Preppers’

Istilah yang mula digunakan di negara-negara Barat pada awal tahun 2000 bagi merujuk kepada mereka yang membuat persiapan seperti menyimpan stok bekalan makanan dan membuat bunker bawah tanah bagi menghadapi bencana alam atau malapetaka besar akibat krisis ekonomi, peperangan dan sebagainya.

——————-

‘Muslim preppers’ ialah Muslim yang bersiap sedia dengan iman, takwa dan sabar, meyakini bahawa segala sesuatu itu dengan takdir dan izin Allah ﷻ, di samping percaya bahawa tidak ada ketentuan kecuali mengikut kehendakNya, Yang telah menjamin rezeki bagi setiap satu makhlukNya.

Persediaan sebegini jauh lebih utama berbanding persiapan makanan, wang ringgit dan sebagainya.

CATATAN:

Jangan sekali-kali dibiarkan apa yang berlaku di Sri Lanka berlaku di negara kita. Negara bergolak dan keadaan jadi tidak tenteram.

Idris bin Sulaiman
Kajang
17 Syawal 1443H /
18 Mei 2022

Similar Posts

  • |

    MUSLIM REDA DENGAN TAKDIR ALLAH

    MUSLIM REDA DENGAN TAKDIR ALLAH Kesah Khidir Membünüh Si Pemuda Ibu bapanya gembira menyambut kelahirannya dan merasa sedih dengan kematïannya. Sedangkan mereka akan menderita jika anak mereka itu terus hidup. [ al-Kahfi, 18:74 ] Justeru seorang Muslim sewajarnya reda dengan takdir Allah kerana takdir Allah dalam apa yang dia tidak…

  • |

    MENJAGA HUBUNGAN

    MENJAGA HUBUNGAN Bukan semua hubungan yang terputus memerlukan perhatian bagi mengembalikannya. Terdapat hubungan yang terputus yang menjadi rahmat serta memberi ketenangan fikiran. Sebaliknya keprihatinan perlu diberikan kepada perhubungan yang wajib ada manakala menjaganya menjadi fardu atau sunat serta diberi ganjaran pahala. Perhubungan inilah yang memerlukan kesungguhan serta kesabaran dalam menjaganya….

  • |

    KARUT MARUT KAUM HABIB

    KARUT MARUT KAUM HABIB Mahu hidup sampai umur 300 tahun? Dengarkan ini cerita. Tiada firman Allah, tiada sabda Rasulullah ataupun amalan Sahabat. Hanya rekayasa kaum Habib berdasarkan rekaan, mimpi dan cerita waktu tidur yang tak masuk akal. Perhatikan. Amalan Sunnah Nabi yang sahih disisihkan manakala rekaan mimpi itulah yang menjadi…

  • |

    KEBENARAN TIDAK BOLEH DIPAKSA

    Muslim disuruh supaya memberi ingatan yang baik, tegur-menegur di samping mengajak manusia lain kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Sekadar menyampaikan, tanpa paksaan. Terserah kepada empunya badan untuk menerimanya atau tidak. Firman Allah ﷻ: وَلَوۡ شَآءَ رَبُّكَ لَأٓمَنَ مَن فِي ٱلۡأَرۡضِ كُلُّهُمۡ جَمِيعًاۚ أَفَأَنتَ تُكۡرِهُ ٱلنَّاسَ حَتَّىٰ يَكُونُواْ مُؤۡمِنِينَ “Dan jika…

  • |

    PUJIAN URD

    PUJIAN URD Baru berhubung dengan Al-Fadhil Al-Ustaz Rasul bin Dahri hafizahullah. Beliau menyatakan sokongan dan pujian beliau kepada buku PILIHAN RAYA MALAYSIA yang kami terbitkan. Alhamdulillah. Buat pembenci, kami katakan: هدانا الله واياكم Kepada Allah jua kami memohon petunjuk.

  • |

    KARIKATUR HINA NABI

    KARIKATUR HINA NABI Perbuatan orang-orang kafir menghina Nabi ﷺ bukanlah suatu yang baharu. Hal ini berlaku semenjak zaman Nabi ﷺ di mana orang-orang kafir Mekah mengejek mengatakan bahawa Nabi ﷺ seorang ahli sihir, penyair, tukang ramal, pembohong dan sebagainya. Ternyata bahawa Nabi ﷺ bersabar menghadapinya dan tidak terburu-buru melatah memberi…