|

JANGAN TERPEDAYA DENGAN TANGISAN

JANGAN TERPEDAYA DENGAN TANGISAN

Sebahagian ulama Salaf berkata:

لَا ‌يَغُرَنَّكَ ‌بُكَاءُ ‌الْمُتَظَلِّمِ فَرُبَّ ظَالِمٍ وَهُوَ بَاكٍ.

“Jangan engkau terpedaya dengan tangisan orang yang datang mengadu dirinya dizalimi. Kerana barangkali seseorang itu berlaku zalim dan dalam masa yang sama turut menangis.”

[al-Bidayah Wa an-Nihayah oleh Ibnu Kathir, 1/464]

Lihat sahaja bagaimana adik-beradik Nabi Yusuf datang menceritakan kepada ayah mereka bahawa kononnya Nabi Yusuf telah dibaham serigala.

Firman Allah ﷻ:

“Sesudah itu mereka datang mendapatkan bapa mereka pada waktu senja sambil (buat-buat) menangis.”

[Yusuf, 12:16]

Sebuah pepatah Arab turut menyatakan:

ضَرَبَنِي وَبَكَى وَظَلَمَنِي وَاشْتَكَى.

“Dia yang memukul tetapi dia juga yang menangis. Dia yang berlaku zalim tetapi dia juga yang pergi mengadu.”

Justeru tangisan seseorang itu tidak boleh dijadikan sebagai bukti bahawa apa yang didakwanya adalah benar kerana ada kemungkinannya ia hanya dibuat-buat.

Idris bin Sulaiman
Kajang
1 Jamadilakhir 1443H /
04 Januari 2022

——————-

Sertai bersama kami dalam grup Telegram Pena Ustaz Idris Sulaiman untuk mendapatkan artikel-artikel Ustaz dan memastikan anda tidak terlepas tulisan-tulisan yang terkini melalui pautan di bawah.

https://t.me/penaustazidrissulaiman

Similar Posts

  • |

    ORANG DITIMPA MUSIBAH

    – Musibah sebenar Muslim diperintah supaya bersabar saat ditimpa musibah. Sabar menghadapi musibah merupakan sebahagian daripada tuntunan iman kepada qadak dan qadar iaitu keyakinan bahawa segala sesuatu yang berlaku di dunia telah pun ditulis dalam Lohmahfuz dan segala kejadian dalam hidup manusia berlaku mengikut kehendak dan izin Allah ﷻ. Musibah…

  • |

    ORANG BERTAKLID

    ORANG BERTAKLID HANYA MENUKIL PENDAPAT ATAU BOLEH BERBAHAS? Hujah dalam perbahasan Agama ialah nas dan ijmak di samping dalil yang diistinbatkan daripadanya mengikut kaedah-kaedah syarak. Adapun pendapat ulama atau mazhab bukanlah hujah. Ini kerana pendapat-pendapat ulama atau mazhab perlu disokong dengan dalil-dalil syarak, dan bukan dijadikan sebagai dalil yang mengatasi…

  • |

    Penyakit jiwa lebih berbahaya berbanding penyakit badan

    PENYAKIT JIWA Penyakit jiwa dengan segala macam jenisnya adalah sebesar-besar penyakit yang berpunca daripada syubhah-syubhah yang menyesatkan serta syahwat-syahwat yang membinasakan. Berbanding penyakit badan, penyakit jiwalah yang menjadi asbab kesengsaraan abadi. Sekalipun demikian, rata-rata manusia lalai tentangnya dan majoriti mereka memilih untuk bersesak-sesak di hospital dan klinik untuk merawat penyakit-penyakit…

  • |

    PENDAKWA ILMU MAHDI & DAJAL

    Barang siapa mendakwa tahu perkara ghaib maka dia jatuh kufur menurut ijmak kesepakatan ulama Islam. Tidak kira sama ada dia menggelar dirinya bomoh, dukun, pawang, tukang tilik, tukang ramal, ahli sihir, pempengaruh, ustaz, syeikh dan sebagainya. Kerana tiada sesiapa yang tahu perkara ghaib kecuali Allah. Firman Allah ﷻ: قُل لَّا…

  • |

    MENERIMA SEGALA TAKDIR

    Apa yang Allah takdirkan untuk engkau jauh lebih bagus daripada apa yang engkau harapkan. Ini kerana Allah berfirman: وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡئا وَهُوَ خَيۡر لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡئا وَهُوَ شَرّ لَّكُمۡۚ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ. “Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan…

  • |

    BIDAAH

    Apa yang bukan ibadah pada zaman Rasulullah tidak mungkin jadi ibadah pada hari ini. Kerana agama sudah sempurna. Apa yang Nabi dan Sahabat tidak buat jangan buat. Dr. Idris bin SulaimanKajang29 Syawal 1445H08 Mei 2024https://idrissulaiman.com