|

TALAK TIGA SATU LAFAZ HANYA JATUH SATU

TALAK TIGA SATU LAFAZ HANYA JATUH SATU

Jika si suami melafazkan talak tiga sekali gus maka ia hanya jatuh satu.

Allah ﷻ berfirman:

ٱلطَّلَٰقُ مَرَّتَانِ.

“Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali.”

[Al-Quran, al-Baqarah, 2:229]

Yakni talak dalam dua waktu yang berbeza. Si suami talak kemudian rujuk. Talak lagi kemudian rujuk. Ini baru dikira dua kali talak.

Dengan kata lain, talak itu sama sekali bukanlah mengikut berapa kali ia dilafazkan atau berapa jumlah talak yang dinyatakan dalam satu majlis dan seumpamanya.

Imam Malik dan majoriti para ulama menetapkan bahawa barang siapa melontarkan tujuh batu jamrah dengan sekali gus maka lontarannya itu tidak akan dikira tujuh kali seperti mana yang sewajibnya. Sebaliknya ia hanya akan dikira sebagai satu lontaran, dan bukan tujuh.

Demikian para ulama sepakat dalam ‘li’an’ (tuduhan suami atas isteri berzina) bahawa sekiranya si suami berkata “Aku bersaksi empat kali dengan Allah bahawa aku bercakap benar” maka ia dikira sebagai kesaksiannya yang pertama dan dia perlu mengulangi kesaksiannya itu sehingga genap empat kali.

Dalam hadis sahih menyebut “Barang siapa mengucapkan ‘subhanallah wabihamdihi’ seratus kali dalam sehari, ia akan diampuni segala dosanya sekalipun dosanya itu sebanyak buih di lautan”. Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang itu berkata “Subhanallah wabihamdihi seratus kali” maka dia tidak layak mendapat ganjaran yang ditetapkan itu melainkan sesudah dia mengucapkan zikir itu satu persatu sebanyak seratus kali.

Demikian dengan zikir selepas solat seperti mana dalam hadis “Barang siapa bertasbih kepada Allah selepas solat sebanyak tiga puluh tiga kali, bertahmid tiga puluh tiga kali dan bertakbir tiga puluh tiga kali…” Sekiranya seseorang itu mengucapkan “Subhanallah tiga puluh tiga kali” maka tasbihnya itu dikira baru sekali dan dia perlu mengulangi bacaan tasbih itu sampai genap jumlah tiga puluh tiga kali.

Di samping banyak contoh lain.

Justeru sekiranya si suami berkata kepada isterinya “Aku talak engkau tiga” maka sebetulnya ia hanya jatuh satu talak.

– Ibnu al-Qayyim, Ighathat al-Lahfaan.

——————-

Sertai bersama kami dalam grup Telegram Pena Ustaz Idris Sulaiman untuk mendapatkan artikel-artikel Ustaz dan memastikan anda tidak terlepas tulisan-tulisan yang terkini melalui pautan di bawah.

https://t.me/penaustazidrissulaiman

Similar Posts

  • | |

    Syarah Hadis 40 Imam Al Nawawi

    Alhamdulillah, buku ini dapat disiapkan walaupun mengambil masa melebihi jangkaan. Kekadang rasa mudah dan tidak mengambil masa lama tetapi selepas kerja-kerja bermula ternyata tidak semudah yang disangka. Banyak sahaja yang perlu dilakukan. Buku ini saya anggap yang pertama bagi saya walaupun ada beberapa penerbitan sebelum ini. Al maklumlah walaupun sudah…

  • |

    ALLAH AL-KARIM

    ALLAH AL-KARIM Di antara nama ALLAH ﷻ ialah al-Karim. Makna al-Karim bagi ALLAH ﷻ antaranya ialah: Yang memberi tanpa meminta balasan; Yang memberi tanpa sebab; Yang memberi tanpa perlu perantara; Yang memberi tanpa mempedulikan siapa yang diberi; sama ada orang yang berbuat baik atau tidak, orang Islam atau kafir; orang…

  • |

    MUSLIM KELIRU

    – ‘Kesetiaan dan Berlepas Diri’ – Warganet ‘miskin simpati’? Atas dasar kalimah syahadah ‘lailahaillallah’ lahirlah prinsip ‘Kesetiaan dan Berlepas Diri’ yang dituntut atas setiap Muslim. Prinsip ini juga disebut sebagai Wala’ dan Bara’. Setiap Muslim wajib menzahirkan kesetiaannya kepada orang-orang beriman, mencintai dan menyokong mereka (Wala’). Dalam masa yang sama,…

  • | |

    BERITA LUCAH ARTIS MENCEMARKAN KESUCIAN RAMADAN

    Baru-baru ini negara gempar dengan isu stoking kalimah Allah yang menimbulkan kemarahan orang ramai kerana menghina nama Allah ﷻ dan mencemarkan kesucian bulan Ramadan. Kini media tempatan tanpa segan silu menyajikan pula berita-berita lucah, perbuatan curang menjalin hubungan terlarang antara sesama artis. Ini tidak wajar apatah lagi di hujung bulan…

  • |

    PERSELISIHAN UMAT ADALAH RAHMAT?

    Sering dalam permasalahan khilaf kedengaran suara yang berkata “Perselisihan umat ialah rahmat” yang mengira bahawa khilaf umat Islam dalam hal-hal agama adalah baik dan elok. Malah barangkali ada yang menganggap bahawa perselisihan-perselisihan tersebut seeloknya dibiarkan dan dikekalkan. Masakan tidak kerana ia adalah rahmat buat umat ini, menurut mereka. Rahmat bermaksud…

  • |

    HUKUM NYANYIAN & MUZIK

    HUKUM NYANYIAN & MUZIK . Pandangan keempat-empat Ulama Mazhab . . MAZHAB HANAFI . Kata Imam Abu Hanifah rahimahullah: . “Muzik adalah haram menurut SEMUA agama.” . Kata Ibnul Qayyim: . “Mazhab Abu Hanifah dalam perkara ini adalah yang paling keras dan tegas.” . Kata Abu At-Tiib At-Tabari: . “Imam…