|

TANPA SAMBUTAN MAULID MAKA TIDAK ADA ISLAM??

“TANPA SAMBUTAN MAULID MAKA TIDAK ADA ISLAM”??

Ini jelas ucapan yang melampau.

Sambutan Maulid Nabi hanya bermula pada kurun keempat oleh kerajaan Fatimiah di Mesir.

Sambutan ini tidak ada sama sekali pada zaman Rasulullah ﷺ, para Sahabat ataupun para Tabi’in, tiga genarasi awal Islam yang dipuji oleh Nabi ﷺ dalam sabdanya:

خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ.

“Sebaik-baik manusia adalah kurunku, setelah itu mereka yang datang kemudian dan setelah itu mereka yang datang kemudian.”

[Sahih. Riwayat Tirmizi]

Jika tidak ada Islam tanpa sambutan Maulid Nabi maka agama apakah yang telah dibawa oleh Nabi ﷺ?

Sedangkan baginda ﷺ bersabda:

مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ، فَهُوَ رَدٌّ.

“Barang siapa mengada-adakan sesuatu yang baharu dalam urusan kita ini (Agama) maka ia adalah tertolak.”

[Sahih. Riwayat Bukhari dan Muslim]

Sabdanya ﷺ:

مَنْ عَمِلَ عَمَلًا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ.

“Barang siapa melakukan sesuatu amalan yang tidak menepati cara kami maka ia adalah tertolak.”

[Sahih. Riwayat Muslim]

Tertolak ertinya tidak diterima Allah ﷻ, terbatal dan tidak mendapat apa-apa ganjaran.

Bahkan orangnya layak mendapat dosa dan kemurkaan Allah ﷻ kerana tidak mematuhi Sunah Nabi ﷺ dalam beramal ibadah.

CATATAN

Ikuti Sunah, jauhi tokok tambah.

Idris bin Sulaiman
Kajang
07 Rabiul Awal 1443H /
14 Oktober 2021

Similar Posts

  • |

    BILA SESUAI UCAP ‘WALLAHUAKLAM’

    – Wallahulmuwaffiq – Cara penggunaan dalam ayat Wallahuaklam bermaksud ‘Dan Allah lebih tahu’. Bila sesuai digunakan perkataan ‘Wallahuaklam’? Dalam dua keadaan: 1. Jika hendak mengatakan bahawa sesuatu yang telah disampaikan itu merupakan hasil ilmu yang telah dianugerahkan oleh Allah ﷻ. Maka perkataan ‘Wallahuaklam’ di sini bertujuan untuk menegaskan bahawa apa…

  • |

    PEGAWAI ARAB vs USTAZ

    – Baca Al-Quran di Kubur Siti Khadijah, Mekah – Menghadiahkan bacaan Al-Quran menurut Imam al-Syafie Tular rakaman video seorang pegawai Arab menegur sekumpulan jemaah umrah dari beberapa buah negara termasuk Malaysia di Perkuburan Ma’la, Mekah tempat letaknya kubur isteri Nabi ﷺ, Khadijah binti Khuwailid radiallahuanha. Kedengaran pegawai Arab berkenaan berkata…

  • | |

    STATUS HADIS:

    STATUS HADIS: مَنْ قَالَ فِي يِوْمٍ مِئَةَ مَرَّةٍ: “لَا إلَهَ إلَّا اللهُ الحَقُّ المُبِينِ” كَانَ لَهُ أمَاناً مِنْ الفَقْرِ، وَاسْتَجْلَبَ بِهِ الغِنَى، وَأَمِنَ مِنْ وَحْشَةِ القَبْرِ، وَاسْتَقْرَعَ بَابَ الجَنَّةِ (Barang siapa berkata pada satu hari seratus kali: ‘La ilaha illa Allah al-Haq al-Mubin’ maka ia keamanan buatnya daripada kefakiran, dia…

  • |

    MUBAHALAH

    Mubahalah bermaksud sumpah laknat antara dua orang yang berselisih. CARA PELAKSANAAN Cara pelaksanaan mubahalah ialah dengan kedua-dua orang yang berselisih itu hadir membawa bersama anak, isteri dan keluarga masing-masing kemudian mereka berdua berdoa secara bersungguh-sungguh meminta Allah ﷻ melaknat siapa yang berbohong. Sekalipun mubahalah hanya melibatkan antara dua orang yang…

  • |

    Akaun Media Sosial Rasmi

    HEBAHAN Boleh like, follow dan subscribe akaun-akaun Ustaz Idris Sulaiman – hafizahullah – di bawah: youtube.com/@dridrissulaiman instagram.com/dridrissulaiman tiktok.com/@dridrissulaiman Untuk mengikuti video-video dakwah terbaru yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. Semoga usaha ini diberkati Allah ﷻ . Barakallahufikum. ADMIN

  • |

    (3) FITNAH & CELAAN USTAZ MOHIB KHOULI KE ATAS ARAB SAUDI

    (3) FITNAH & CELAAN USTAZ MOHIB KHOULI KE ATAS ARAB SAUDI Berikut antara fitnah serta celaan UMK ke atas negara Arab Saudi: – Memerangi Agama dan para pendakwah; – Negara tempat akan berlaku jahiliah; – Azan tidak lagi berkumandang; – Melemparkan tuduhan zina dan menimbulkan persepsi bahawa bumi suci Madinah…