Books

Kaedah-Kaedah Ilmiah (12) – BERHUJAH DENGAN DALIL YANG DIPERSETUJUI

# Mencari titik temu dalam perselisihan

# Kaedah-Kaedah Ilmiah
# Kaedah 12

Dalam suatu perselisihan sama ada kedua-dua belah pihak mempunyai titik temu antara mereka atau tidak.

Titik temu di sini ialah asas atau prinsip yang dapat jadikan sebagai pegangan.

Sekiranya tidak ada titik temu antara kedua-dua belah pihak maka tentunya perselisihan akan berpanjangan dan tiada gunanya untuk diadakan sebarang perbincangan atau perbahasan.

Setiap dakwaan perlu kepada pembuktian tetapi sekiranya bukti yang dikemukakan itu tidak diterima lawan maka ia tidak akan dianggap sebagai bukti dan perbuatan berhujah dengannya akan menjadi sia-sia, tidak mendatangkan apa-apa faedah atau merealisasikan apa-apa matlamat.

Sedangkan matlamat suatu perbahasan ialah untuk mengembalikan lawan kepada kebenaran melalui jalan yang diketahuinya.

Dan ini menuntut supaya dalil yang dikemukakan itu diketahui oleh lawan.

Berdasarkan kaedah ini Syariat menetapkan bahawa rujukan kaum Muslimin dalam apa jua perselisihan ialah Al-Quran dan as-Sunah (Al-Quran; 4:59) manakala perselisihan dengan kaum kafir menuntut supaya dikemukan dalil yang diketahui oleh mereka seperti hujah akal, logik dan seumpamanya.

Ini seperti mana dalam firman Allah ﷻ:

قُل لِّمَنِ ٱلۡأَرۡضُ وَمَن فِيهَآ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ. سَيَقُولُونَ لِلَّهِۚ قُلۡ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ. قُلۡ مَن رَّبُّ ٱلسَّمَٰوَٰتِ ٱلسَّبۡعِ وَرَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡعَظِيمِ. سَيَقُولُونَ لِلَّهِۚ قُلۡ أَفَلَا تَتَّقُونَ قُلۡ مَنۢ بِيَدِهِۦ مَلَكُوتُ كُلِّ شَيۡءٖ وَهُوَ يُجِيرُ وَلَا يُجَارُ عَلَيۡهِ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ. سَيَقُولُونَ لِلَّهِۚ قُلۡ فَأَنَّىٰ تُسۡحَرُونَ. بَلۡ أَتَيۡنَٰهُم بِٱلۡحَقِّ وَإِنَّهُمۡ لَكَٰذِبُونَ.

(Tanyakanlah: “Kepunyaan siapakah bumi ini dan segala yang ada padanya, kalau kamu mengetahui?”

Mereka akan menjawab: “Kepunyaan Allah”. Katakanlah: “Mengapa kamu tidak mahu ingat (dan insaf)?”

Tanyakanlah lagi: “Siapakah Tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh, dan Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar?”

Mereka akan menjawab: “(Semuanya) kepunyaan Allah”. Katakanlah: “Mengapa kamu tidak mahu bertakwa?”
Tanyakanlah lagi: “Siapakah yang memegang kuasa pemerintahan setiap sesuatu, serta dia dapat melindungi (segala-galanya) dan tidak ada sesuatupun yang dapat disembunyikan daripadanya? (Jawablah) jika kamu mengetahui!”

Mereka akan menjawab: “(Segala-galanya) dikuasai Allah”. Katakanlah: “Jika demikian, bagaimana kamu tertarik hati kepada perkara yang tidak benar?”

(Bukanlah sebagaimana tuduhan mereka) bahkan Kami telah membawa kepada mereka keterangan yang benar, dan sesungguhnya mereka berdusta.)

[Al-Quran; 23:84-90]

Dalam ayat di atas, Allah memerintahkan supaya Nabi Muhammad ﷺ berhujah kepada kaum Musyrikin dengan apa yang mereka sedia tahu dan beriman dengannya, hasil apa yang mereka warisi daripada nenek moyang mereka yang memperakui ketuhanan Allah dan bahawasanya Allah jualah satu-satunya Pencipta dan Pemilik segala-galanya.

# Kaedah 1
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221735747254764&id=1588241794
# Kaedah 2
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221736159945081&id=1588241794
# Kaedah 3
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221749875487961&id=1588241794
# Kaedah 4
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221754700368580&id=1588241794
# Kaedah 5
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221775898258514&id=1588241794
# Kaedah 6
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221782233616894&id=1588241794
# Kaedah 7
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221801402336100&id=1588241794
# Kaedah 8
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221817605461168&id=1588241794
# Kaedah 9
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221868157564939&id=1588241794
# Kaedah 10
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221883335144369&id=1588241794
# Kaedah 11
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221905182650543&id=1588241794

# Kaedah-Kaedah Pendalilan Di sisi Ahli Sunah Wal Jemaah

# al-Mausu’ah al-Aqadiyyah ad-Durar as-Saniyyah

Idris bin Sulaiman
Kajang
13 Syaaban 1442H /
27 Mac 2021
#http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • |

    BERMUKA MASAM

    BERMUKA MASAM # Nampak ‘maco’ atau bodoh? Tidaklah orang yang bersikap angkuh dengan manusia yang di bawahnya melainkan Allah ﷻ akan mengujinya dengan kehinaan daripada manusia yang di atasnya. Oleh itu usahlah merasa diri besar dan bermasam muka dengan orang lain kerana ia adalah tanda kebodohan. Sedangkan Nabi ﷺ bersabda:…

  • |

    HATI YANG BAIK

    Sekiranya lembaran-lembaran Al-Quran tidak akan disentuh kecuali oleh mereka yang suci maka demikian jugalah makna-makna Al-Quran tidak akan difahami kecuali oleh jiwa-jiwa yang murni. Dan sekiranya malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang ada anjing maka demikian jugalah dengan makna-makna yang disukai oleh malaikat tidak akan menusuk masuk ke…

  • |

    ISLAM MEMERANGI KEGANASAN

    Keamanan merupakan nikmat besar kurniaan Allah ﷻ. Maslahat negara dan masyarakat tidak akan dapat direalisasikan tanpa ada keamanan. Justeru sebarang tindakan menggugat keamanan dan keharmonian awam menyalahi syariat Islam, hukumnya haram dan termasuk dalam dosa besar. Termasuklah perbuatan menumpahkan darah dan membunuh nyawa yang tidak berdosa. Firman Allah ﷻ: مَن…

  • |

    KIFARAH BALASAN AKIBAT DOSA? – KEPERCAYAAN ‘KARMA’

    Perlu ditegaskan bahawa kedua-dua perkataan ‘kafarah’ dan ‘kifarah’ membawa makna yang sama iaitu ‘penutup kesalahan’. Asal perkataan ‘kafarah’ ialah daripada bahasa Arab dengan makna yang tersebut, manakala perkataan ‘kifarah’ lebih merupakan sebutan bahasa Melayu kolokial dan tidak wujud dalam bahasa Arab. Mentafsirkan perkataan ‘kifarah’ sebagai balasan Allah akibat dosa Mukmin…

  • DIDIK MASYARAKAT BERFIKIR SECARA LOGIK?

    Kenyataan di atas tidak tepat. Masyarakat Islam seharusnya dididik supaya berfikir dan menilai mengikut neraca syarak, bukan dengan logik akal semata-mata. Ini kerana bagi setiap Muslim syariat Islam bukan sahaja menjadi panduan dalam hal-hal Agama malah turut menjadi panduan dalam hal-hal yang berkaitan dengan keduniaan. Pendek kata, Islam ialah cara…

  • |

    PENDEKNYA HIDUP DI DUNIA

    PENDEKNYA HIDUP DI DUNIA Perjalanan hidup di dunia teramat pendek sekali. Allah ﷻ berfirman: مِن نُّطۡفَةٍ خَلَقَهُۥ فَقَدَّرَهُۥ ثُمَّ ٱلسَّبِيلَ يَسَّرَهُۥ ثُمَّ أَمَاتَهُۥ فَأَقۡبَرَهُ. “Dari air pekat diciptakannya serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk bertanggungjawab. Kemudian jalan (baik atau buruk) dimudahkan kepadanya (untuk menimbang dan mengambil yang mana satu). Kemudian…