APA YANG LAZIM DARIPADA SUATU PERKATAAN

APA YANG LAZIM DARIPADA SUATU PERKATAAN

# Beza antara lafaz dengan maksud

# Kaedah-Kaedah Ilmiah
# Kaedah 11

PERTAMANYA, apa yang lazim daripada firman Allah ﷻ atau sabda Rasulullah ﷺ jika benar maka ia sabit dan menjadi hukum.

Ini kerana firman Allah ﷻ dan sabda RasulNya ﷺ adalah benar dan apa yang lazim daripadanya juga benar memandangkan bahawa Allah ﷻ maklum apa yang akan menjadi lazim daripada firmanNya dan maklum tentang apa yang akan menjadi lazim daripada sabda RasulNya.

Demikian perkataan manusia, sekiranya ia menepati Al-Quran dan as-Sunah maka ia benar dan apa yang lazim daripadanya juga benar, dan sekiranya ia menyalahi Al-Quran dan as-Sunah maka ia batil dan apa yang lazim daripadanya juga batil.

KEDUANYA, apa yang lazim daripada perkataan ulama. Ada tiga keadaan:

Keadaan Pertama:

Sekiranya dinyatakan kepadanya apa yang lazim daripada suatu perkataannya lalu dia membenarkannya.

Contohnya:

Jika dikatakan kepada seseorang yang memperakui bahawa amalan manusia akan ditimbang pada hari akhirat bahawa apa yang lazim daripada perakuannya itu ialah bahawa dosa dan pahala manusia akan turut ditimbang pada hari akhirat lalu dia memperakuinya.

Keadaan Kedua:

Sekiranya dinyatakan kepadanya apa yang lazim daripada suatu perkataannya lalu dia menafikannya.

Contohnya:

Jika seseorang yang menafikan sifat-sifat Allah berkata kepada orang yang menetapkannya, penetapan engkau buat sifat-sifat Allah melazimkan engkau menetapkan bahawa sifat-sifat Allah serupa dengan sifat-sifat makhluk. Lalu orang yang menetapkan sifat-sifat Allah menjelaskan bahawa ketika mana ditetapkan sifat-sifat Allah tersebut, dalam masa yang sama telah dinafikan sebarang penyerupaan dengan sifat-sifat makhluk. Ini berbeza dengan engaku wahai yang menafikan sifat-sifat Allah kerana engkau menetapkan zat bagi Allah dan dalam masa yang sama engkau menafikan zat itu serupa dengan makhluk. Sepatutnya engkau mengatakan hal yang sama bagi sifat-sifat Allah kerana tidak ada beza antara kedua-dua zat dengan sifat-sifat Allah. Kedua-duanya ditetapkan bagi Allah dan dalam masa yang sama perlu dinafikan sebarang penyerupaan dengan makhluk.

Keadaan Ketiga:

Sekiranya dia mendiamkan apa yang lazim daripada perkataannya.

Maka dalam keadaan ini hendaklah apa yang lazim daripada perkataannya itu tidak ditetapkan ataupun dinafikan terhadapnya.

Ini kerana terdapat kemungkinan bahawa dia akan membenarkan apa yang lazim daripada perkataannya itu ataupun dia menafikannya.

Berdasarkan adanya kebarangkalian-kebarangkalian ini maka hendaklah apa yang lazim daripada perkataannya itu tidak dinisbahkan kepadanya.

Maklum bahawa manusia tidak lekang daripada kejahilan, salah silap dan seumpamanya. Sering sahaja manusia mengucapkan suatu perkataan tanpa memikirkan implikasi daripada perkataannya itu.

Contohnya:

Ucapan bahawa “Allah berada di mana-mana”.

Lazim daripada ucapan ini bererti bahawa Allah berada di tempat-tempat kotor dan seumpamanya sedangkan Allah Maha Tinggi lagi Maha Mulia untuk dikatakan sedemikian terhadapNya.

Hanya sahaja lazim daripada ucapan ini tidak boleh dinisbahkan kepada mereka yang mengucapkan sedemikian melainkan jika dia benar-benar memperakuinya sedangkan ia merupakan kekufuran.

Demikian dengan mereka yang menafikan sifat-sifat Allah atas alasan tidak mahu menyerupakan Allah dengan makhluk (menurut sangkaannya) sedangkan ia boleh menjerumuskannya kepada menafikan seluruh sifat-sifat Allah, malah zat Allah itu sendiri.

Tetapi untuk berlaku adil dalam hal ini, kita memperakui bahawa jika seseorang itu mendiamkan apa yang lazim daripada suatu perkataannya maka apa yang lazim itu tidak boleh boleh ditetapkan (ataupun dinafikan) terhadap orang itu.

# Kaedah 1
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221735747254764&id=1588241794
# Kaedah 2
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221736159945081&id=1588241794
# Kaedah 3
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221749875487961&id=1588241794
# Kaedah 4
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221754700368580&id=1588241794
# Kaedah 5
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221775898258514&id=1588241794
# Kaedah 6
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221782233616894&id=1588241794
# Kaedah 7
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221801402336100&id=1588241794
# Kaedah 8
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221817605461168&id=1588241794
# Kaedah 9
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221868157564939&id=1588241794
# Kaedah 10
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221883335144369&id=1588241794

# Kaedah-Kaedah Pendalilan Di sisi Ahli Sunah Wal Jemaah

# al-Mausu’ah al-Aqadiyyah ad-Durar as-Saniyyah

Idris bin Sulaiman
Kajang
07 Syaaban 1442H /
21 Mac 2021
#http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • JIKA TAKUT LARI KECUALI…

    JIKA TAKUT LARI KECUALI… Manusia jika takut daripada sesuatu maka dia akan lari menjauhkan diri daripadanya kecuali ALLAH ﷻ. Jika takut kepada ALLAH ﷻ maka hendaklah terus mendekatkan diri kepadaNYA ﷻ. Firman ALLAH ﷻ: فَفِرُّوٓاْ إِلَى ٱللَّهِۖ إِنِّي لَكُم مِّنۡهُ نَذِيرٞ مُّبِينٞ. “(Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): Maka segeralah kamu…

  • SEKATAN AMERIKA ATAS KELUARAN NEGARA

    SEKATAN AMERIKA ATAS KELUARAN NEGARA # Sarung Tangan Top Glove Selagi mana Malaysia tidak mengikut telunjuk mereka maka selagi itulah tindakan-tindakan seperti ini akan diambil. AS rampas sarung tangan getah Top Glove: https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/05/813910/rampas-sarung-tangan-getah-top-glove-bernilai-rm213-juta US Customs determines forced labour at Malaysia’s Top Glove, to seize gloves: https://www.reuters.com/article/us-malaysia-top-glove-usa-idUSKBN2BM056 Antaranya ialah supaya negara…

  • MELAMPAU DALAM AGAMA

    MELAMPAU DALAM AGAMA # Ghuluw menghormati guru & orang soleh Banyak penyimpangan dan kesesatan yang timbul dalam kalangan sebahagian masyarakat Islam akibat sikap melampau dan berlebih-lebihan dengan guru dan orang soleh. Sikap melampau ini membuatkan mereka mengagung-agungkan individu-individu tertentu seperti Ali, al-Husain dan al-Badawi di Mesir, Syeikh Abdul Qadir al-Jilani…

  • VIDEO KULIAH: PEMBETULAN TAFSIR SURAH AR-RAHMAN, AYAT 29

    VIDEO KULIAH: PEMBETULAN TAFSIR SURAH AR-RAHMAN, AYAT 29 Ada yang berkongsi rakaman video kuliah saya yang disisipkan di bawah. Video ini merujuk kepada kuliah saya membaca kitab Akidah Sahih karangan Syeikh Abdul Salam Barjas pada bulan lepas di mana ketika membahaskan rukun iman keenam: Beriman dengan qada dan qadar, terdapat…

  • BELAJAR DIAM

    BELAJAR DIAM # Menjaga lisan # Menulis di media sosial Barang siapa menjaga lisannya maka dia akan merasa tenang. Menyesal kerana berdiam lebih baik daripada menyesal kerana berkata. Perbuatan berdiam akan merehatkan akal manakala berkata-kata akan mengejutkannya. Tidak ada kebaikan dalam kehidupan melainkan bagi dua orang; orang yang berdiam dalam…