Ilmuwan Kata Harus ‘Selamat Hari Krismas’ Perlu Tampil Membetulkan Keadaan

Ilmuwan Kata Harus ‘Selamat Hari Krismas’ Perlu Tampil Membetulkan Keadaan

Antara maqasid utama Syariat Islam ialah memelihara akidah.

Sekiranya satu pendapat atau fatwa dikeluarkan atas apa jua sebab walaupun atas nama maqasid syariat itu sendiri seperti mengharuskan ucapan ‘Selamat Hari Krismas’ lalu kesannya mengakibatkan sebahagian umat Islam jadi keliru tentang erti sebenar akidah Islam yang tidak mengiktiraf kebenaran mana-mana agama selain Islam dan menyebabkan mereka turut serta dalam sambutan perayaan hari kelahiran anak tuhan (Merry Christmas), maka sebetulnya hendaklah pendapat dan fatwa itu ditarik semula.

Haramnya ucapan ‘selamat’ untuk perayaan kekufuran jelas dalam al-Quran, hadis dan ijmak.

Hakikat bahawa tiada walau satu riwayat pun daripada Rasulullah ﷺ atau daripada mana-mana tiga generasi umat Islam terawal yang terbaik iaitu para Sahabat, Tabiin ataupun Tabi’ at-Tabiin memberi ucapan sedemikian apatah lagi turut serta dalam perayaan orang kafir sudah jelas menunjukkan kebatilan pendapat atau fatwa yang mengharuskannya.

Agama Islam merupakan agama wahyu yang berteraskan kepada al-Quran, as-Sunah serta fahaman dan amalan Salaf as-Soleh.

Apa jua pendapat dan fatwa yang menyalahi sumber-sumber Agama ini adalah terbatal dan tertolak.

Akuilah bahawa generasi umat Islam terawal lebih faham dan faqih daripada kita. Mereka dipuji Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ atas kefahaman dan ketakwaan mereka.

Adapun andaian bahawa suatu hukum itu boleh berubah mengikut perubahan dan kesesuaian zaman kerana maqasid syariah maka hakikatnya ia keliru.

Perlu ingat bahawa syariat Islam bersifat syumul dan menyeluruh yang datang daripada Tuhan Yang Maha Mengetahui apa yang sesuai buat hambaNya untuk setiap zaman dan tempat.

Sekiranya suatu hukum itu hanya untuk zaman dan keadaan tertentu nescaya telah dijelaskan hal itu dalam al-Quran atau as-Sunah.

Tidak dinafikan bahawa pengecualian diberikan buat suatu hukum yang bersandarkan kepada uruf dan adat yang boleh berubah mengikut perubahan adat dan uruf itu.

Adapun hukum yang berteraskan kepada dalil syarak yang tidak bergantung pada uruf dan adat maka ia tidak akan berubah.

Contohnya, hukum haram minum arak yang merupakan hukum syarak yang tidak bersandarkan kepada uruf atau adat. Maka ia tidak akan berubah dengan perubahan zaman.

Bagaimana pula dengan larangan ucapan ‘selamat’ untuk perayaan agama kufur?

Realitinya ia adalah hukum syarak yang tiada kaitan dengan uruf atau adat, yang bertujuan untuk memelihara akidah dan menolak kebatilan. Justeru masakan ia boleh berubah menjadi harus.

Artikel berkaitan:

Hukum Mengucapkan ‘Merry Christmas’
https://www.facebook.com/idrissulaiman/posts/10215374842316116

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan hidayah

Idris bin Sulaiman
Kajang
Memelihara akidah tanggungjawab semua
12 Jumadil Awal 1442H /
27 Disember 2020
http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • RESAH DENGAN APA YANG TIADA

    RESAH DENGAN APA YANG TIADA Antara tipu daya syaitan adalah dengan dia membutakan mata engkau daripada melihat nikmat-nikmat yang Allah telah kurniakan kepadamu lalu dia memperbesar-besarkan apa yang engkau tidak miliki sehingga engkau hidup dalam keadaan resah gelisah sedangkan engkau dalam keadaan baik dikelilingi pelbagai nikmat. Idris bin Sulaiman Kajang…

  • SEKATAN AMERIKA ATAS KELUARAN NEGARA

    SEKATAN AMERIKA ATAS KELUARAN NEGARA # Sarung Tangan Top Glove Selagi mana Malaysia tidak mengikut telunjuk mereka maka selagi itulah tindakan-tindakan seperti ini akan diambil. AS rampas sarung tangan getah Top Glove: https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/05/813910/rampas-sarung-tangan-getah-top-glove-bernilai-rm213-juta US Customs determines forced labour at Malaysia’s Top Glove, to seize gloves: https://www.reuters.com/article/us-malaysia-top-glove-usa-idUSKBN2BM056 Antaranya ialah supaya negara…

  • SOLAT JUMAAT DI SELAIN MASJID

    SOLAT JUMAAT DI SELAIN MASJID Perbuatan mengerjakan SOLAT JUMAAT di tempat-tempat SELAIN MASJID secara TERTUTUP tanpa hebahan TIADA dasarnya dalam Sunah Nabi ﷺ. TIDAK diketahui bahawa Rasulullah ﷺ atau mana-mana Sahabat pernah solat Jumaat di rumah atau mana-mana tempat selain masjid, sama ada kerana keuzuran ataupun sebab-sebab lain. Justeru ia…

  • PELANTIKAN ORANG KAFIR ATAS ORANG ISLAM

    PELANTIKAN ORANG KAFIR ATAS ORANG ISLAM Firman Allah: وَلَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ لِلْكَافِرِينَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ سَبِيلًا (Dan Allah tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk menguasai orang-orang yang beriman) [Surah An-Nisa’, ayat 141] قال القاضي ابن العربيِّ: “إنَّ الله سبحانه لا يَجعل للكافرين على المؤمنين سبيلاً بالشَّرع، فإن وجد فبِخلاف…

  • MENGKERAMATKAN KUBUR

    MENGKERAMATKAN KUBUR # Zikir, berdoa, bertawassul di perkuburan Zikir dan berdoa memang disyariatkan tetapi berzikir atau berdoa di perkuburan meminta untuk selain daripada kesejahteraan si mati adalah dilarang. Muslim ditegah berdoa meminta daripada selain Allah ﷻ. Firman Allah ﷻ: وَأَنَّ ٱلۡمَسَـٰجِدَ لِلَّهِ فَلَا تَدۡعُوا۟ مَعَ ٱللَّهِ أَحَدࣰا. “Dan sesungguhnya masjid-masjid…