|

KHATIB BERTONGKAT KETIKA KHUTBAH

KHATIB BERTONGKAT KETIKA KHUTBAH

Sebetulnya seorang khatib tidak perlu memegang apa-apa kayu tongkat atau yang lain ketika berdiri menyampaikan khutbah.

Ini kerana tiada petunjuk bahawa ia merupakan sebahagian daripada anjuran atau tuntutan ketika berkhutbah.

Apa yang sabit ialah perbuatan Nabi ﷺ memegang tongkat ketika berkhutbah.Tetapi dalam masa yang sama tiada petunjuk bahawa perbuatan baginda ﷺ di sini bersifat ta’abbudi (melakukannya kerana ibadah). Sebaliknya zahirnya baginda ﷺ bertongkat kerana keperluan baginda kepadanya waktu itu.

Justeru jika khatib perlu kepada tongkat kerana lemah atau uzur maka ia harus.

Adapun memegang tongkat ketika berkhutbah dengan andaian bahawa ia merupakan sebahagian daripada ibadah yang diberi ganjaran pahala maka itu adalah satu kekeliruan.

Seorang khatib yang sihat tubuh badan tidak perlu memegang tongkat ketika berkhutbah.

Memegang tongkat hanya bagi mereka yang lemah dan uzur.

Daripada Allah jua kita memohon petunjuk dan hidayah.

Catatan:

Penting untuk dibezakan antara perbuatan Nabi ﷺ yang bersifat TA’ABBUDI (IBADAH) seperti mana solat, puasa, berjanggut, tidak isbal dan sebagainya, dengan berbuatan baginda ﷺ yang bersifat ADAT (KEDUNIAAN semata-mata) seperti berambut panjang, berserban, tinggal di rumah tanah, menunggang unta dan sebagainya.

Banyak kekeliruan dalam membezakan antara dua perkara ini.

Sebahagian kelompok mengutamakan adat keduniaan Rasulullah ﷺ, tetapi mereka dalam masa yang sama mengabaikan tuntutan beribadah sesuai dengan apa yang ditunjukkan oleh baginda ﷺ.

Ini merupakan suatu kekeliruan yang perlu diluruskan.

Idris bin Sulaiman
8 Syawal 1441H / 31 Mei 2020
Kajang
http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • |

    MEMPERKECILKAN DOSA

    – Jangan dilihat kecilnya dosa tetapi lihatlah Maha BesarNya Tuhan Memperkecilkan dosa menunjukkan rasa kurang takut kepada Allah ﷻ. Ia merupakan antara sifat orang fasik dan munafik. Ini berbeza dengan orang Mukmin yang takut berdosa dan melihat sekecil-kecil dosanya sebagai sesuatu yang besar. Ia menunjukkan kesempurnaan rasa takutnya kepada Allah…

  • |

    ARAK HALAL?

    ARAK HALAL? Di antara tanda akhir zaman ialah berleluasanya minum arak atas nama bukan arak. Sabda Nabi ﷺ: إن من أشراط الساعة أن يرفع العلم ويظهر الجهل ويفشو الزنا ويشرب الخمر. “Sesungguhnya di antara tanda (hampirnya) Hari Kiamat ialah ilmu diangkat, kejahilan terserlah, zina dan minum arak berleluasa”. Sahih. Riwayat…

  • |

    KEBENARAN TETAP MENANG

    Kebenaran tetap akan menang walaupun pengikutnya sedikit manakala kebatilan pula tetap akan terbungkam walaupun pengikutnya ramai. Firman Allah ﷻ: وَقُلۡ جَآءَ ٱلۡحَقُّ وَزَهَقَ ٱلۡبَٰطِلُۚ إِنَّ ٱلۡبَٰطِلَ كَانَ زَهُوقٗا “Dan katakanlah: Telah datang kebenaran, dan hilang lenyaplah perkara yang batil; sesungguhnya yang batil itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.” [Al-Quran,…

  • |

    LAUNGAN IQAMAT UNTUK JENAZAH?

    LAUNGAN IQAMAT UNTUK JENAZAH? # Qias dengan bayi yang baru lahir Sekalipun terdapat pandangan yang mengharuskan supaya dilaungkan azan buat jenazah yang baru diturunkan ke dalam kubur atas alasan mengqiaskannya dengan bayi yang baru lahir tetapi sebetulnya amalan ini tidak disyariatkan. Ini kerana ibadah yang bersifat Ta’abbudi iaitu ibadah yang…

  • | |

    KEBENARAN WAJIB DIJELASKAN

    Wajib ada pihak dalam kalangan umat Islam yang berdakwah menyeru kepada kebaikan dan melarang kemungkaran. Firman Allah ﷻ: وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٞ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۚ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ “Dan hendaklah ada di antara kamu pihak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan dan menyuruh berbuat kebaikan serta melarang…

  • BERGANTUNG PADA SEBAB MUSABAB & BERTAWAKAL PADA ALLAH

    – Yakin boleh! – Believe in yourself, you can do it! Bergantung pada sebab musabab dengan meyakini bahawa ia memberi kesan tanpa mengaitkannya dengan ketetapan dan kehendak Allah ﷻ akan merosakkan pegangan akidah. Ini kerana tiada apa yang dapat memberi kesan tanpa izin dan kehendak Allah ﷻ. Firman Allah ﷻ:…