|

AMBILLAH PENGAJARAN

AMBILLAH PENGAJARAN

# Agamawan berideologi Ikhwani

1. Matlamat tidak menghalalkan cara

Mahu MENEGAKKAN KEADILAN tetapi dengan cara KEZALIMAN menghina, memfitnah, menabur kebencian, menimbulkan perpecahan dalam kalangan masyarakat Umat Islam…

Ini semua HARAM.

KESALAHAN tidak boleh dibalas dengan KESALAHAN.

Buktinya, segala natijahnya menjadi TIDAK BERKAT dan TIDAK KEKAL LAMA.

2. Apa yang baik kekal manakala yang buruk akan hanyut terbuang

Firman ALLAH:

“Demikian ALLAH memberi misal perbandingan tentang yang benar dan yang salah. Adapun buih itu maka akan hilang lenyap ia hanyut terbuang manakala benda-benda berfaedah kepada manusia akan tetap tinggal di bumi.”

Surah ar-Ra’d; ayat 17.

3. ‘What goes around comes around’

Jika kita berbuat BURUK kepada orang, orang di sekeliling pun kesudahannya akan berbuat BURUK kepada kita.

4. Berhati-hati dengan anasir-anasir PENGHASUT & PEMECAH BELAH khususnya daripada kalangan AGAMAWAN

Mereka jelas TIDAK bersikap NASIHAT.

Malah mereka membelakangkan AGAMA atas nama AGAMA ketika mana perintah supaya Umat Islam sentiasa BERSATU PADU, berkasih sayang antara satu sama lain, HORMAT-MENGHORMATI, taat kepada pemerintah MUSLIM dalam hal MAKRUF, tegur pemerintah dengan beradab dan sembunyi DIKETEPIKAN.

Ini menunjukkan betapa bahayanya AGAMAWAN berideologi IKHWAN AL-MUSLIMIN.

Mereka menjadi GUNTING DALAM LIPATAN kepada masyarakat.

Seharusnya mereka BERTAUBAT atas apa yang mereka telah lakukan.

5. Kelebihan bersabar

Harus diakui bahawa masyarakat Islam MALAYSIA memang LUAR BIASA.

Ketika mana TIADA KERAJAAN tetapi mereka tetap TENANG.

Mereka TIDAK mudah bersikap MELATAH dan MELULU.

Sedangkan LUMRAH jika di NEGARA-NEGARA LAIN keadaan telah bertukar KACAU dan menjadi PORAK-PERANDA.

Alhamdulillah, di MALAYSIA keadaan TIDAK bertukar ANARKI dan TIADA sebarang KEMALANGAN JIWA atau KEROSAKAN HARTA BENDA.

Ini semua bukti betapa ALLAH terus memberi PELUANG dan NIKMAT kepada kita untuk melihat sikap kita, sama ada kita BERSYUKUR atau KUFUR.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada KDYMM SPB YDPA TUANKU SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH atas tindakan afirmatif yang diambil oleh TUANKU bagi menyelesaikan kemelut yang melanda negara dengan penuh KEBIJAKSANAAN.

Semoga ALLAH terus mengurniakan taufik bimbingan kepada TUANKU.

Daripada ALLAH jua kita memohon pertolongan dan bimbingan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
7 Rejab 1441H / 2 Mac 2020
https://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • |

    ANAK-ANAK RASULULLAH Sallalahu alaihi wassalam

    ANAK-ANAK RASULULLAH Sallalahu alaihi wassalam Firman Allah: مَا كَانَ مُحَمَّدٌ أَبَا أَحَدٍ مِنْ رِجَالِكُمْ (Muhammad itu bukanlah bapa bagi sesiapa daripada kalangan orang lelaki kamu) Surah Al-Ahzaab, ayat 40. Kata Imam Ibnu Kathir: “Allah melarang perbuatan mengatakan sesudah turunnya ayat ini: Zaid bin Muhammad (anak angkat Baginda). Yakni Baginda bukanlah…

  • |

    ULAMA TIDAK AKAN DAKWA DIRINYA ULAMA

    Lumrah jika orang jahil tidak tahu dirinya jahil disebabkan oleh kejahilan yang menyelubungi dirinya. Sedangkan orang yang berilmu akan tahu dirinya masih jahil kerana ilmu kesedaran yang dimilikinya. Sedangkan Allah ﷻ berfirman: وَٱللَّهُ أَخۡرَجَكُم مِّنۢ بُطُونِ أُمَّهَٰتِكُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ شَيۡئًا “Dan Allah mengeluarkan kalian dari perut ibu kalian dalam keadaan…

  • |

    CAKAP SEDIKIT

    Kata Imam al-Auzaie: “Orang beriman bercakap sedikit dan beramal banyak sedangkan orang munafik bercakap banyak tetapi beramal sedikit.” [al-Zahabi, al-Siyar, 7/125] Dr. Idris bin SulaimanGotong royong Ramadan12 Syaaban 1444H05 Mac 2023

  • |

    SYUKUR, SABAR & ISTIGHFAR

    Kata Syeikh Saleh al-Fauzan: Jika diberi bersyukur, jika diuji bersabar dan jika terbuat dosa beristighfar. Muslim perlu kepada ketiga-tiga perkara ini untuk bahagia. Kerana kebahagiaan hakiki itu bukan dengan harta dan anak, bukan dengan kuasa dan jawatan, dan bukan dengan mengisi keinginan nafsu dan syahwat. Sebaliknya kebahagiaan itu dengan bertakwa…

  • |

    MENERIMA SEGALA TAKDIR

    Apa yang Allah takdirkan untuk engkau jauh lebih bagus daripada apa yang engkau harapkan. Ini kerana Allah berfirman: وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡئا وَهُوَ خَيۡر لَّكُمۡۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡئا وَهُوَ شَرّ لَّكُمۡۚ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ. “Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan…