|

KESEDERHANAAN DALAM DUNIA

KESEDERHANAAN DALAM DUNIA

Kata Syeikh al-Albani rahimahullah:

“Tidak syak bahawa KECUKUPAN itu bergantung kepada individu, zaman dan keadaan.

Dan seseorang yang berakal perlu sentiasa memastikan agar dia dapat MEREALISASIKAN KESEDERHANAAN yang sesuai untuk dirinya supaya dia tidak ditimpa kesusahan yang disebabkan oleh KEMISKINAN.

Dalam masa yang sama, hendaklah dia JANGAN sampai MENGEJAR KEMEWAHAN yang akan membawa kepada KEMEGAHAN.

Kerana JARANG SEKALI seseorang itu terselamat daripada KELALAIAN mengumpulkan harta kebendaan – lebih-lebih lagi pada zaman sekarang yang penuh dengan godaan dan tarikan.”

Sumber:

Buku Silsilah al-Ahaadith as-Sahihah oleh Syeikh al-Albani, 1/254.

Kecukupan yakni mempunyai apa yang diperlukan, tidak kekurangan (Kamus Dewan).

Dalam bahasa Arab disebut al-kafaf / الكفاف iaitu apa yang menepati sekadar mana yang diperlukan tanpa berlebih-lebihan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
10 Jamadil Akhir 1441H / 04 Februari 2020
https://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • |

    JANGAN MUDAH ‘KOYAK’

    Jika anda menyibukkan diri memikirkan tentang orang yang telah menyakitimu maka anda juga bersekongkol dengannya dalam menyakiti dirimu. Abaikan sahaja. Jangan dilayan cercaan orang-orang yang jahil. Firman Allah ﷻ: وَعِبَادُ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلَّذِينَ يَمۡشُونَ عَلَى ٱلۡأَرۡضِ هَوۡنٗا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ ٱلۡجَٰهِلُونَ قَالُواْ سَلَٰمٗا “Dan para hamba Allah ialah mereka yang berjalan di…

  • |

    ‘IHTISAB’ DALAM MENGHADAPI KESUSAHAN

    ‘IHTISAB’ DALAM MENGHADAPI KESUSAHAN Antara sifat kasih ALLAH ﷻ buat para hambaNYA yang beriman ialah dengan menimbulkan dalam hati mereka rasa ‘ihtisab’ iaitu mengharapkan ganjaran pahala atas kesusahan yang menimpa sehingga meringankan beban kesusahan yang dihadapi. Dunia merupakan tempat ujian manakala akhirat tempat diberi ganjaran. Manusia yang berjaya ialah mereka…

  • |

    KESELAMATAN TANAH SUCI MEKAH

    Arab Saudi mengambil serius isu keselamatan para jemaah haji di Tanah Suci dan sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang ancaman. Bayangkan, wujud dalam kalangan orang Islam yang menyokong Iran serta anasir-anasir yang menimbulkan ancaman terhadap negara Arab Saudi, para jemaah haji dan umrah; malah bergembira dengan setiap roket, dron dan bahaya…

  • |

    MAKAN GUNA SUDU

    Makan guna sudu hukumnya harus tetapi jangan sampai rasa bangga menganggapnya lebih bagus, ‘beretika’ dan ‘bersih’ berbanding makan guna tangan. Perlu ditegaskan bahawa makan guna tangan termasuk dalam sunah Nabi ﷺ. Kata Kaab bin Malik: رَأَيْتُ رسولَ اللَّه ﷺ يَأْكُلُ بِثلاثِ أَصابِعَ فَإِذا فَرغَ لَعِقَها. “Aku melihat Rasulullah ﷺ makan…

  • |

    GELARAN NAMA ABU

    Gelaran ‘Abu’ pada pangkal nama seseorang disebut kun’yah dalam bahasa Arab. Amalan ini sudah bermula sejak awal pada zaman Rasulullah ﷺ. Kun’yah Nabi ﷺ ialah Abu al-Qasim. Ramai mungkin tidak tahu bahawa nama Abu Bakar al-Siddiq ialah kun’yah beliau sedangkan nama sebenarnya ialah Abdullah bin Abi Quhafah. Demikian sahabat bernama…