|

PERARAKAN PRO-LGBT DI IBU NEGARA

PERARAKAN PRO-LGBT DI IBU NEGARA

Perarakan pro-LGBT di ibu negara semalam hanyalah permulaan. Dengan bantuan dana, strategi dan sokongan, golongan perosak ini tidak akan berhenti sehingga cita-cita mereka tercapai.

Di negara-negara Barat, proses menormalisasikan golongan LGBT dalam masyarakat sudah lama bermula, dan sebahagian negara telah pun membenarkan perkahwinan sejenis. Adakah ini bererti bahawa misi mereka di sana sudah selesai? Tidak sama sekali.

Malah di sana akronim LGBT itu sendiri semakin bertambah. Pada mulanya LGBT, kemudian LGBTQ. Setelah itu ia bertambah menjadi LGBTIQCAPGNGFNBA, dan ternyata ia terus bertambah.

Sesudah mendapat pengiktirafan buat golongan LGBT, di Barat pada hari ini sudah kedengaran tuntutan supaya dibenarkan pula amalan sumbang mahram (incest) dan pedofilia (seks dengan kanak-kanak).

https://www.lifesitenews.com/blogs/pedophiles-put-themselves-under-the-lgbt-umbrella-in-rebranding-effort

Gerakan kerosakan ini perlu diperangi dan dibanteras habis-habisan. Jangan sampai bumi kita Allah turunkan bala dengan segala macam musibah, bencana alam, banjir, tanah runtuh, kemarau, wabak penyakit, kemiskinan, inflasi harga barang, atau diterbalikkan sama sekali bumi negara sebagaimana yang berlaku atas kaum Lut. Nauzubillah.

Catatan:

Sebahagian mungkin berkerut dahi melihat slogan-slogan dan istilah-istilah yang digunakan dalam perarakan pro-LGBT di ibu negara semalam. Perkataan-perkataan seperti feminist, bigotry, toxic masculinity, patriarchy, homophobic…

Ini semua perkataan-perkataan yang digunakan oleh golongan pro-LGBT di Barat yang dipinjam oleh peserta-peserta semalam yang ‘bankrap idea’ tidak mampu berfikir sendiri. Ibarat lembu yang dicucuk hidungnya. Tidak lebih daripada itu.

Jelas ia slogan-slogan yang di ‘copy paste’ atau ditalkinkan kepada mereka oleh pihak-pihak tertentu.

Apa yang pasti, peserta-peserta perarakan pro-LGBT ini dipergunakan oleh pihak-pihak berkepentingan yang sedang rancak mahu menormalisasikan LGBT dalam negara kita.

Kemungkaran wajib dibasmikan.

Kepada Allah jua kita memohon perlindungan.

Similar Posts

  • |

    ARAB SAUDI MEMANSUHKAN PENJARAKAN SOSIAL

    ARAB SAUDI MEMANSUHKAN PENJARAKAN SOSIAL Alhmadulillah, kerajaan Arab Saudi melalui Kementerian Luarnya baru-baru ini memansuhkan arahan penjarakan sosial di tempat-tempat awam termasuklah masjid, restoran, pengangkutan awam dan sebagainya. Seorang pekerja sedang menanggalkan stiker penjarakan saf di Masjidil Haram: Imam Masjidil Haram (sebentar tadi selepas setahun setengah): Lurus, rapat dan penuhkan…

  • |

    ORANG YANG SELAMAT DARI AZAB

    – Keutamaan istighfar Allah ﷻ mengkhabarkan bahawa Dia tidak akan menurunkan azabNya ke atas mereka yang beristighfar. Firman Allah ﷻ: وَمَا كَانَ ٱللَّهُ مُعَذِّبَهُمۡ وَهُمۡ يَسۡتَغۡفِرُونَ. “Dan Allah tidak akan menyeksa mereka ketika mana mereka sedang beristighfar.” [Al-Quran, al-Anfaal, 8:33] Dalam ayat di atas Allah ﷻ mengkhabarkan bahawa Dia tidak…

  • |

    MENJAUHI FITNAH AKHIR ZAMAN

    Fitnah dengan erti cubaan dan ujian serta keburukan dan bencana. Sabda Nabi ﷺ: سَتَكُونُ ‌فِتَنٌ، ‌الْقَاعِدُ فِيهَا خَيْرٌ مِنَ الْقَائِمِ، وَالْقَائِمُ فِيهَا خَيْرٌ مِنَ الْمَاشِي، وَالْمَاشِي فِيهَا خَيْرٌ مِنَ السَّاعِي، مَنْ تَشَرَّفَ لَهَا تَسْتَشْرِفْهُ، فَمَنْ وَجَدَ فِيهَا مَلْجَأً أَوْ مَعَاذًا فَلْيَعُذْ بِهِ. “Akan berlaku fitnah, orang yang duduk lebih baik…

  • |

    JAUHI PERKARA SYUBHAH

    Sabda Nabi ﷺ: إِنَّ الحَلالَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَات لاَ يَعْلَمُهُنَّ كَثِيْرٌ مِنَ النَّاس،ِ فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرأَ لِدِيْنِهِ وعِرْضِه، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الحَرَامِ. “Apa yang halal itu jelas dan apa yang haram itu jelas, dan di antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara syubhah yang…

  • IMAM HANAFI, MALIKI & SYAFIE BERMAZHAB ASYA’IRAH?

    Asya’irah adalah nisbah kepada Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari, wafat pada tahun 324H. Imam Hanafi wafat pada tahun 150H, manakala Imam Malik dan Imam Syafie rahimahumullah masing-masing wafat pada tahun 179H dan 204H. Apa masalahnya? Masalahnya ialah ketiga-tiga mereka hidup LEBIH SERATUS TAHUN SEBELUM Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari. ——————- Akidah Asya’irah…