| |

I Follow Jesus???

“I Follow Jesus”???
.
.
.
Adakah seorang Muslim boleh mengucapkan perkataan-perkataan seperti ini?
.
.
.
Sekiranya diamati, kita tidak akan dapat lari daripada membuat kesimpulan bahawa perkataan ini adalah salah, atau paling tidak, seeloknya dielakkan kerana ia mengelirukan.
.
.
.
Ini kerana dalam sebuah peristiwa ketika mana Rasulullah SAW sallalahu alaihi wasallam melihat di tangan Umar Al-Khattab radhiallahu anhu lebaran-lebaran daripada kitab Taurat, ternyata Baginda merasa cukup marah lalu Baginda bersabda:
.
.
.
أَمُتَهَوِّكُونَ فِيهَا يَا ابْنَ الخَطَّابِ؟
.
.
.
“Apakah engkau masih ragu-ragu wahai anak Al-Khattab?”
.
.
.
“SEKIRANYA NABI MUSA MASIH HIDUP nescaya BELIAU tiada pilihan kecuali untuk MENGIKUTIKU” tambah Baginda.
.
.
.
Kita lihat dalam hadis ini bagaimana Nabi menjelaskan bahawa kita sebagai umat Islam disuruh untuk mengikut syariat Nabi Muhammad sallalahu alaihi wasallam semata-mata.
.
.
.
Sama sekali kita TIDAK DISURUH, bahkan kita TIDAK DIBENARKAN untuk mengikut mana-mana syariat SELAIN DARIPADA syariat Nabi Muhammad sallalahu alaihi wasallam. Malah syariat-syariat para rasul sebelum Baginda telah DIMANSUHKAN.
.
.
.
Demikian juga jika kita lihat dalam hadis yang menjelaskan tentang turunnya Nabi Isa alaihi as-salam di akhir zaman nanti, ketika mana baginda masuk ke dalam masjid tempat di mana tentera Islam bersama Imam Mahdi telah bersedia untuk mengerjakan solat Subuh, apabila Imam Mahdi melihat Nabi Isa, beliau menjemput baginda untuk mengimami solat Subuh, tetapi ternyata Nabi Isa menolaknya dan menjelaskan bahawa:
.
.
.
لَكَ أُقِيمَتْ
.
.
.
.
“Ianya (yakni solat Subuh itu) telah diiqamatkan buat engkau.”
.
.
.
Lalu Imam Mahdi pun ke hadapan dan mengimami solat Subuh tersebut manakala Nabi Isa menjadi makmum di belakangnya.
.
.
.
Hadis sahih riwayat Al-Baihaqi dan yang lain.
.
.
.
Para ulama dalam menjelaskan hadis ini mengatakan bahawa PERBUATAN NABI ISA MENOLAK UNTUK MENJADI IMAM merupakan isyarat bahawa apabila baginda turun di akhir zaman nanti, baginda sama sekali tidak akan membawa syariat baginda, sebaliknya NABI ISA AKAN MENGIKUT SYARIAT NABI MUHAMMAD sallalahu alaihi wasallam.
.
.
.
Ini semua menunjukkan bahawa ucapan seorang Muslim itu: “I follow Jesus” adalah TIDAK WAJAR, malah boleh membawa implikasi yang lebih berat kerana nas-nas Al-Quran dan hadis menyebut secara terang lagi jelas bahawa seorang Muslim itu diperintahkan untuk mengikut Nabi Muhammad sallalahu alahi wasallam SEMATA-MATA.
.
.
.
HANYA NABI MUHAMMAD seorang sahaja yang menjadi suri tauladan buat umat Islam.
.
.
.
Barangkali istilah “I follow Jesus” digunakan untuk MENARIK MINAT ORANG BUKAN ISLAM untuk bertanya tentang agama Islam. Pendek kata, niatnya baik.
.
.
.
NIAT, PERKATAAN & PERBUATAN; SEMUANYA PENTING
.
.
.
Perlu ditegaskan di sini bahawa agama Islam bukan sahaja melihat NIAT seseorang, malah PERKATAAN dan PERBUATAN juga perlu diberi perhatian yang sewajarnya.
.
.
.
Dalam sebuah peristiwa, ketika Nabi sallalahu alaihi wasallam sedang berkhutbah pada suatu hari, seorang lelaki bangkit lalu berkata:
.
.
.
مَا شَاءَ اللهُ وَشِئْتَ يَا رَسُولَ اللهِ
.
.
.
“Apa yang ALLAH DAN ENGKAU inginkan, wahai Rasulullah.”
.
.
.
Mendengar kenyataan lelaki itu ternyata muka Rasulullah berubah menjadi marah lalu Baginda bersabda:
.
.
.
أَجَعَلْتَنِي مَعَ اللهِ نِدًّا؟! لَا ، بَلْ مَا شَاءَ اللهُ وَحْدَهُ
.
.
.
“Apakah engkau telah menjadikan aku sekutu dengan Allah? Tidak. Sebaliknya katakanlah: Apa yang diinginkan oleh Allah semata-mata.”
.
.
.
Dalam satu riwayat, Baginda bersabda:
.
.
.
قُولُوا: مَا شَاءَ اللهُ ثُمَّ شِئْتَ.
.
.
.
“Katakan: Apa yang diinginkan oleh Allah, KEMUDIAN apa yang engkau, wahai Muhammad inginkan.”
.
.
.
Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad.
.
.
.
Kita lihat di sini bagaimana Nabi menegur ucapan lelaki itu dan memperbetulkan perkataannya, TANPA MEMBANGKITKAN SOAL SAMA ADA NIAT LELAKI ITU BENAR ATAU TIDAK.
.
.
.
Fokus Baginda ialah pada memperbetulkan perkataan lelaki itu.
.
.
.
NIAT PERLU BETUL, PERKATAAN YANG DIGUNAKAN JUGA PERLU BETUL
.
.
.
Ini kerana perkataan-perkataan yang salah ataupun paling tidak yang boleh mengelirukan, akan membuatkan orang yang mendengarnya salah faham, dan ini adalah satu perkara yang sewajarnya dielakkan oleh seorang Muslim.
.
.
.
Seperti mana kita perlu berusaha untuk menjaga niat kita, dalam masa yang sama kita juga perlu menjaga perkataan serta perbuatan kita.
.
.
.
Jangan sampai kita mengucapkan perkataan-perkataan yang boleh membawa salah faham atau mengelirukan orang sehingga membuatkan orang tersalah sangka dengan kita, atau menuduh kita perkara-perkara yang tidak sepatutnya.
.
.
.
Dalam sebuah hadis, Nabi sallalahu alaihi wasallam bersabda:
.
.
.
إيَّاكَ وَمَا يُعْتَذَرُ مِنْهُ
.
.
.
“HINDARILAH apa yang engkau terpaksa meminta maaf terhadapnya.”
.
.
.
Yakni engkau terpaksa menjelaskan maksudnya kemudian.
.
.
.
Dalam sebuah hadis sahih yang lain, Nabi sallalahu alaihi wasallam bersabda:
.
.
.
لَا تَتَكَلَّمَ بِكَلَامٍ تَعْتَذِرُ بِهِ عِنْدَ النَّاسِ
.
.
.
“JANGANLAH engkau berkata dengan perkataan yang engkau terpaksa perbetulkan kemudian.”
.
.
.
Yakni jangan kita menggunakan perkataan yang samar-samar, yang tidak jelas atau yang boleh menimbulkan kekeliruan sehingga memaksa kita memperbetulkannya kemudian.
.
.
.
Dengan kata lain, hendaklah kita menjaga tutur kata kita, dan menggunakan perkataan yang jelas, agar ia tidak menimbulkan salah faham atau kekeliruan.
.
.
.
Kepada Allah jua kita memohon petunjuk.
.
.
.
Ustaz Idris bin Sulaiman

Similar Posts

  • | |

    TULISAN SINGKATAN SELAWAT NABI (SAW) TIDAK WAJAR

    – Orang bakhil Umat Islam sangat dituntut supaya berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad ﷺ. Firman Allah ﷻ: إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَٰئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِيِّ يَٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا. “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat kepada Nabi, wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera…

  • |

    MASJID / SURAU / MUSALA / MADRASAH

    Boleh dikatakan bahawa masjid dan surau membawa maksud yang sama dari sudut syariat iaitu tempat yang diwakafkan untuk mendirikan solat fardu lima waktu secara berjemaah dengan hukum hakam serta adab-adab yang tertentu seperti tuntutan mengerjakan solat Tahiyat Masjid, beriktikaf di samping larangan berjual beli, mengumumkan barang hilang dan sebagainya. Adapun…

  • |

    HIKAYAT ‘STRAW’ & ‘PLASTIK’

    HIKAYAT ‘STRAW’ & ‘PLASTIK’ Rata-rata mungkin sudah tahu tentang kempen ‘jangan guna straw & plastik’ kerana ia menyumbang ke arah pencemaran alam dan sebagainya. Sedikit sebanyak ia menimbulkan kesulitan dan kepayahan kepada pengguna. Tetapi dalam masa yang sama, di sesetengah tempat pelanggan masih boleh meminta ‘straw’ jika mereka mahu. Dengan…

  • |

    KESELAMATAN TANAH SUCI MEKAH

    Arab Saudi mengambil serius isu keselamatan para jemaah haji di Tanah Suci dan sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang ancaman. Bayangkan, wujud dalam kalangan orang Islam yang menyokong Iran serta anasir-anasir yang menimbulkan ancaman terhadap negara Arab Saudi, para jemaah haji dan umrah; malah bergembira dengan setiap roket, dron dan bahaya…

  • |

    MUSLIM MUNAFIK

    MUSLIM MUNAFIK Seorang lelaki berkata kepada Abdullah bin Mas’ud r.a.: “Aku takut diriku seorang munafik!” Kata Abdullah bin Mas’ud r.a.: “Jika engkau seorang munafik nescaya engkau tidak akan rasa takut daripadanya”. – Hilyat al-Awliya’. Maksudnya, tidaklah yang rasa takut daripada sifat munafik melainkan orang beriman. Adapun orang munafik, mereka merasa…

  • |

    MAKSIAT DI ARAB SAUDI?

    MAKSIAT DI ARAB SAUDI? Muslim diperintahkan supaya menjauhi maksiat dan mencegahnya tidak kira di mana jua. Ini kerana maksiat mengundang dosa serta kemurkaan ALLAH ﷻ. Baru-baru ini ada pihak membangkitkan acara-acara maksiat yang berlaku di Arab Saudi lalu mengkritik negara berkenaan serta mempersalahkan para ulamanya. Kita bersetuju bahawa maksiat tetap…