Space among stacks of books

ORANG AWAM TAK PERLU TAHU DALIL?

Kenyataan ini mengelirukan.

Benar orang awam tidak wajib mengetahui dalil kerana Allah ﷻ hanya membebankan hambaNya dengan apa yang mereka mampu sedangkan bukan semua orang mampu tahu dan faham dalil.

Tetapi ini sama sekali tidak bererti bahawa orang awam tidak patut diajar tentang dalil.

Bukankah mengetahui dalil akan menambahkan ilmu mereka?

Bukankah mengetahui dalil akan menambahkan keyakinan mereka dalam beramal?

Bukankah mengetahui dalil akan membuatkan mereka terus mendekat kepada Allah ﷻ?

Beramal tanpa mengetahui dalil dinamakan taklid sedangkan taklid sememangnya buta. Tiada taklid yang celik.

Berbeza dengan orang yang ittiba’ yakni orang yang beramal dengan berpandukan dalil Al-Quran dan hadis, orang yang bertaklid dikatakan jahil kerana dia tidak tahu dalil amalannya.

Kita semua bersetuju bahawa kejahilan bukanlah sesuatu untuk dibanggakan.

Seorang guru yang tidak melatih muridnya untuk belajar tentang dalil atau beranggapan bahawa dalil itu tidak penting untuk diketahui oleh si murid maka sedar atau tidak dia mahu supaya si murid terus hidup dalam kejahilan.

Jelas ini bukan sikap seorang guru yang baik.

Malah guru seperti ini perlu dijauhi.

Dikhuatiri guru ini hanya mahu menanam sikap taasub kepada guru dalam diri murid-muridnya.

Inilah realitinya.

Membudayakan taklid hanya akan membawa kepada sikap taasub lalu sikap taasub seperti inilah yang membawa kepada perpecahan lalu masyarakat terus menjauh daripada Al-Quran dan hadis.

Apabila masyarakat menjadikan guru sebagai sumber hukum, akhirnya apa yang halal ialah apa yang dihalalkan oleh si guru, dan apa yang haram ialah apa yang diharamkan olehnya.

Waktu itu jika ada suara yang mahu mengajak masyarakat supaya kembali kepada Al-Quran dan hadis maka akan kedengaran suara sumbang mengatakan “Oh, ini Wahabi!”

Similar Posts

  • ULAMA BERBEZA PENDAPAT

    ULAMA BERBEZA PENDAPAT – Isu khilafiah, perselisihan ulama “Ulama khilaf. Ini isu khilafiah. Jangan diperbesar-besarkan. Terpulanglah nak pilih pendapat mana. Mana yang dipilih itulah yang benar. Semua pendapat ini benar. Tiada sesiapa yang benar atau salah. Semuanya benar. Tiada paksaan. Kita perlu berlapang dada. Mereka yang memperbesarkan isu-isu khilafiah ialah…

  • |

    TERAPI AL-FATIHAH?

    – Hidupkan al-Sunah – Jauhi tokok tambah – ‘Doa Perlindungan Anak’ Ada ustazah menyarankan ‘Terapi al-Fatihah’ buat anak sebelum ke sekolah iaitu dengan cara menyapu muka anak dan memeluknya dengan membaca al-Fatihah. Hasil terapi ini menurut ustazah itu wajah anak akan berseri dan gembira ke sekolah di samping mendapat perlindungan…

  • |

    BIDAAH HASANAH

    – Dalil-dalil syubhah & jawapan SYUBHAH PERTAMA: Sabda Nabi ﷺ: مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً فَلَهُ أَجْرُهَا وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ وَمَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ…

  • Ibnu al-Qayyim merupakan seorang tokoh ulama yang disegani

    Dalam masa yang sama, kita mengakui bahawa setinggi mana pun seseorang tokoh itu pendapat dan ijtihad mereka tetap perlu ditimbang dengan neraca Al-Quran dan as-Sunah sebelum diterima atau ditolak. Dan ternyata bahawa kenyataan beliau “Ilmu itu adalah firman Allah, sabda Rasulullah dan kata-kata Sahabat” bertepatan dengan nas-nas Al-Quran dan as-Sunah….

  • |

    BUAT BIDAAH BERDOSA?

    – “Takkan Allah akan mengazab aku kerana berzikir dan berdoa?!” Dalam Musannaf Abdul Razak, ulama besar Tabiin, Saeed bin al-Musayyib melihat seorang lelaki memperbanyakkan solat sunat selepas terbit fajar maka beliau menegurnya. ——————- Tegahan Solat Sunat Lebih Dua Rakaat Sebelum Fardu Subuh: SOLAT SUNAT DUA RAKAAT SUBUH ——————- Lelaki itu…

  • PENDAPAT JUMHUR ULAMA ADALAH BENAR?

    # Pendapat majoriti tidak semestinya benar Sekiranya pendirian jumhur ulama adalah ukuran kebenaran maka ini bererti bahawa setiap pendapat minoriti adalah salah. Lalu setiap pandangan ulama yang menyalahi jumhur dalam apa jua permasalahan perlu disaring dan dianggap batil semata-mata kerana ia menyalahi pendirian jumhur ulama. Tiada mana-mana ulama yang berkata…