HARI RAYA JATUH PADA HARI JUMAAT

HARI RAYA JATUH PADA HARI JUMAAT
.
Mazhab Syafie menetapkan bahawa diberi kelonggaran buat penduduk pedalaman yang telah solat Hari Raya untuk tidak solat Jumaat pada hari tersebut.
.
Imam Ibnu Qudamah menjelaskan bahawa Mazhab Imam Ahmad menegaskan bahawa barang siapa yang telah solat Hari Raya maka gugurlah baginya kewajipan solat Jumaat kecuali bagi imam; melainkan sekiranya jemaah tidak hadir untuk solat Jumaat.
.
Inilah pendapat yang benar dalam permasalahan ini bahawa barang siapa telah solat Hari Raya maka gugurlah baginya kewajipan solat Jumaat.
.
Hanya sahaja imam tetap perlu mendirikan solat Jumaat bagi membolehkan mereka yang hadir untuk melaksanakannya dan juga bagi mereka yang tidak solat Hari Raya.
.
Inilah ketetapan yang diambil daripada Rasulullah sallalahu alaihi wasallam dan para Sahabat.
.
Tidak diketahui bahawa mereka berselisih dalam hal ini.
.
.
Sabda Nabi:

قَدِ اجْتَمَعَ فِي يَوْمِكُمْ هَذَا عِيدَانِ، فَمَنْ شَاءَ أَجْزَأَهُ مِنَ الْجُمُعَةِ، وَإِنَّا مُجَمِّعُونَ

(Telah terhimpun bagi kamu pada hari ini dua perayaan; barang siapa yang ingin maka ia (solat Hari Raya) adalah cukup baginya daripada (solat) Jumaat. Adapun kami menghimpunkan (melakukan kedua-duanya)
.
Riwayat Abu Daud
.
.
Kata Syeikh Bin Baz rahimahullah:
.
“Wajib atas imam solat Jumaat dan khatibnya untuk mendirikan solat Jumaat dan hadir ke masjid bagi melaksanakannya untuk mereka yang hadir.
.
Nabi sallalahu alaihi wasallam mendirikannya pada Hari Raya; Baginda mengerjakan solat Hari Raya dan solat Jumaat.
.
Tetapi bagi mereka yang telah hadir solat Hari Raya, dibolehkan bagi mereka meninggalkan solat Jumaat. Dan dia hendaklah mengerjakan solat Zuhur di rumahnya bersendirian atau bersama beberapa saudaranya sekiranya mereka pun telah hadir solat Hari Raya.
.
Dan sekiranya dia solat Jumaat bersama orang-orang lain (di masjid) maka itu lebih afdal dan lebih sempurna.
.
Tetapi sekiranya dia meninggalkan solat Jumaat kerana dia telah mendirikan solat Hari Raya maka tiada halangan baginya. Cuma hendaklah dia menggantikannya dengan solat Zuhur lalu
didirikan secara bersendirian ataupun secara berjemaah.”
.
.
Barakallahu fikum.
.
.
– Ustaz Idris Sulaiman (hafidzahullah) –
.
=======
.
Follow Telegram Sahabat iSDC: t.me/ilmusalafdotcom
.
[ ADMIN ]

Similar Posts

  • KEMUNCAK ZIKIR SECARA KUAT & BERAMAI-RAMAI

    KEMUNCAK ZIKIR SECARA KUAT & BERAMAI-RAMAI Adakah ini ISLAM? Tidak sama sekali. Zikir menuntut kepada ketenangan, khusyuk, tawaduk, bersendirian, berzikir secara perlahan dengan tadabur dan muhasabah. Cara zikir seperti dalam video-video ini bertentangan sama sekali. Antara hikmah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), cara zikir mengikut Sunah Nabi dapat dihidupkan. Semoga kita…

  • BERDIAM & TIDAK BERBAHAS TENTANGNYA

    BERDIAM & TIDAK BERBAHAS TENTANGNYA # Apa yang tidak dibahaskan oleh Allah dan RasulNya # Kaedah-Kaedah Ilmiah # Kaedah 7 Segala permasalahan Agama terutamanya permasalahan akidah tidak boleh diputuskan tentangnya dengan cara menetapkannya ataupun menafikannya melainkan dengan dalil. Dalil itu ialah firman Allah ﷻ dan sabda Rasulullah ﷺ. Oleh yang…

  • NEGARA DIANCAM KUFFAR 2

    NEGARA DIANCAM KUFFAR 2 Hampir sahaja keadaan negara pada hari ini seperti yang disabdakan oleh Nabi salllalahu alaihi wasallam, يُوشِكُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمُ الْأُمَمُ كَمَا تَدَاعَى الْقَوْمُ إِلَى قَصْعَتِهِمْ. قَالَ: قِيلَ: مِنْ قِلَّةٍ؟ قَالَ: بَلْ أنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ، وَلَيَنْزَعَنَّ اللهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمْ المَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ…

  • PEMBERI PINJAM WANG YANG DIBENARKAN?

    PEMBERI PINJAM WANG YANG DIBENARKAN? # RIBA Haram Sekiranya hanya jumlah wang yang dipinjam sahaja yang perlu dibayar semula maka ia dibenarkan oleh syariat Islam. Adapun sekiranya jumlah wang yang perlu dibayar semula adalah melebihi jumlah wang yang dipinjamkan maka ia merupakan RIBA. Pinjaman wang menurut Islam adalah satu bentuk…

  • BANK RIBA vs ISLAMIC BANKING

    BANK RIBA vs ISLAMIC BANKING Situasi pertama: A menawarkan pinjaman RM50,000 kepada B dengan persetujuan B membayar semula kepada A sebanyak RM100,000 secara ansuran = BANK RIBA = HARAM. Situasi kedua: A menawarkan untuk membeli kereta dengan harga RM50,000 kepada B dengan persetujuan B membayar semula kepada A sebanyak RM100,000…