|

MUSUH ZAHIR & MUSUH DALAM SELIMUT

MUSUH ZAHIR & MUSUH DALAM SELIMUT

Yang mana lebih bahaya?

Sebelum berdepan dengan musuh yang zahir; Yahudi dan Nasrani, musuh dalam selimut perlu ditangani terlebih dahulu.

Sepertimana kata ulama, peperangan dengan orang kafir ada masa mula dan tamatnya di medan perang.

Adapun peperangan dengan orang-orang munafik, musuh-musuh dalam selimut, ia adalah PEPERANGAN YANG BERTERUSAN – yang tiada kesudahannya.

Masakan barisan Umat Islam akan jadi kuat dan kental untuk berdepan dengan orang-orang kuffar dan musyrikin; musuh-musuh Islam, jika musuh-musuh dalam selimut; gunting dalam lipatan; terus dibiarkan bergerak bebas.

Masih berangan nak kalahkan musuh kuffar sedangkan musuh dalam selimut pun tidak dapat dikenal pasti??

Wallahul musta’an.

– Ustaz Abu Omar Idris Sulaiman (hafidzahullah) –
.
.
SHARE jika bermanfaat.
.
[ Admin ]
.
P. S. : Jemputan kuliah UIS, whatsapp Admin – www.wasap.my/60196647749

Similar Posts

  • |

    PENDEK AKAL PENDEMONSTARASI JALANAN

    PENDEK AKAL PENDEMONSTARASI JALANAN Mereka mengadakan demonstrasi jalanan kerana masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Persoalan di sini, adakah cara demonstrasi jalanan yang diambil dapat menyelesaikan masalah-masalah itu? Percayalah, jauh sekali. Bahkan demonstrasi jalanan seperti ini akan menambahkan lagi masalah masyarakat dan negara. Ibarat marahkan nyamuk bakar kelambu . Jangan biarkan…

  • |

    TIGA MAKAM IBADAH

    – Takut, berharap, cinta Pelaksanaan ibadah mempunyai tiga makam yang harus dihimpunkan supaya ibadah itu sah diterima Allah ﷻ. Tiga makam tersebut ialah takut (al-khauf’), berharap (al-rajaa’) dan cinta (al-mahabbah) kepada Allah ﷻ. Takut akan membuatkan orangnya menjauhi perkara-perkara yang dimurkai Allah ﷻ. Berharap pula akan membuatkan orangnya mendambakan rahmat…

  • |

    KEDUDUKAN HADIS SEBAGAI HUJAH

    Hadis menjadi hujah dengan sendirinya. Hadis sahih tidak perlu kepada sokongan daripada pendapat mana-mana ulama atau mazhab untuk diamalkan. Malah pendapat ulama dan mazhab itulah yang perlu kepada sokongan dalil daripada Al-Quran dan hadis. Kata Imam al-Syafie: وَيَجِبُ أنْ يُقْبَلَ الخَبَرُ فِي الوَقْتِ الَّذِي ثَبَتَ فِيهِ وَإنْ لمَ يَمْضَ عَمَلٌ…

  • |

    KRITIKAN KE ATAS BÍLL PAGAR TIDAK DIBENARKAN

    KRITIKAN KE ATAS BÍLL PAGAR TIDAK DIBENARKAN Baru mendapat amaran daripada Mukabuku kerana tulisan pagi tadi berkenaan ramalan Bĩll Pagar tentang pandemik cacar. Tulisan tersebut dipadamkan oleh Mukabuka kerana ia menyalahi standard komuniti tentang maklumat salah (Community Standards on misinformation). Sekadar mempersoalkan ramalan beliau dan mengkritiknya sudah dikira menyebarkan maklumat…