nail clipper, manicure, metal
| | |

1 ZULHIJAH 1444H – LARANGAN POTONG RAMBUT & KUKU

Pengumuman Penyimpan Mohor semalam mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1444H ialah pada hari Selasa, 20 Jun 2023.

Maka Hari Raya Aidiladha 10 Zulhijah bagi negeri-negeri seluruh Malaysia adalah pada hari Khamis, 29 Jun 2023.

Bagi yang akan melaksanakan ibadah korban, Nabi ﷺ bersabda:

مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أَهَلَّ هِلَالُ ذِي الْحِجَّةِ فَلَا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّيَ.

“Barang siapa mempunyai haiwan korban yang hendak disembelihnya, sekiranya telah tampak anak bulan Zulhijah maka janganlah dia mengambil apa-apa daripada rambutnya ataupun kukunya sehingga dia berkorban.”

[Sahih. Riwayat Muslim]

Zahir perintah Nabi ﷺ membawa erti wajib manakala larangan baginda ﷺ bererti haram sedangkan tiada nas-nas lain yang dapat memalingkan perintah dan juga larangan yang terkandung dalam hadis di atas.

Oleh itu wajib atas sesiapa yang hendak menyembelih haiwan korban bagi dirinya supaya tidak memotong rambut, janggut, misai dan kukunya sehingga selesai disembelih haiwan korbannya.

Adapun golongan yang disembelih haiwan korban bagi pihak mereka seperti isteri, anak-anak dan ahli keluarga maka zahirnya suruhan dan larangan di atas tidak merangkumi mereka.

Sekalipun demikian, jika mereka menahan daripada memotong rambut dan kuku mereka maka itu adalah baik untuk keluar daripada khilaf memandangkan ramai ulama yang merangkumkan mereka dalam maksud hadis.

Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
30 Zulkaedah 1444H
19 Jun 2023

Similar Posts

  • | | |

    DOA AKHIR & AWAL TAHUN HIJRAH

    TIADA sebarang doa atau amalan yang sabit daripada Nabi ﷺ, para Sahabat atau para ulama muktabar bersempena dengan berakhirnya tahun Hijrah dan awalnya. Justeru segala apa dalam hal ini merupakan rekaan semata-mata serta tokok-tambah dalam Agama yang tidak diizinkan oleh Syariat. Sedangkan Nabi ﷺ bersabda: “Barangsiapa mengada-adakan sesuatu perkara baharu…

  • |

    TUTUP AURAT PAHAMU!

    Peha lelaki termasuk dalam aurat yang wajib ditutup bukan sahaja dalam solat malah apabila keluar dari rumah. Ini berdasarkan keterangan jelas dalam hadis-hadis Nabi ﷺ mengenai hal ini. Antaranya ialah sabda Nabi ﷺ: مَا ‌بَيْنَ ‌السُّرَّةِ ‌وَالرُّكْبَةِ ‌عَوْرَةٌ. “Antara pusat dan lutut ialah aurat.” [Hasan. Riwayat al-Daraqutni] Dalam hadis lain,…

  • | | | |

    DOA MELIHAT ANAK BULAN

    – Setiap awal bulan sepanjang tahun – Kias doa akhir & awal tahun Hijrah Telah sabit dalam hadis sahih doa yang dibaca oleh Nabi ﷺ apabila melihat anak bulan. Daripada Talhah bin Ubaidillah radiallahuanhu, bahawasanya apabila Nabi ﷺ melihat anak bulan, baginda ﷺ berdoa: اللّهُمَّ ‌أهِلْهُ ‌عَلَيْنَا ‌بِاليُمْنِ ‌وَالإيمَانَ وَالسَّلامَةَ…

  • | |

    PENGAKUAN JUJUR ASYAIRAH: MEREKA TIDAK TAHU DI MANA ALLAH

    Sebelum ini selalu dengar orang-orang Asyairah berkata “Allah tidak bertempat”, “Allah bukan di atas atau bawah, bukan di kanan atau kiri, bukan di depan atau belakang” dan “Allah wujud tanpa tempat.” Kenyataan sebegini tentu sahaja membingungkan kerana ia berbentuk penafian semata-mata, tidak menjawab secara tuntas persoalan di mana Allah. Dalam…

  • | |

    SAF PERTAMA MASJID: SIAPA DULU DIA DAPAT

    Muslim disuruh bersegera ke masjid bagi mendapatkan saf pertama di hadapan apabila mendengar azan berkumandang bagi meraih fadilat kebaikannya. Sabda Nabi ﷺ: ‌لَوْ ‌يَعْلَمُ ‌النَّاسُ ‌مَا ‌فِي ‌النِّدَاءِ ‌وَالصَّفِّ ‌الْأَوَّلِ، ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلَّا أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لَاسْتَهَمُوا، وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي التَّهْجِيرِ لَاسْتَبَقُوا إِلَيْهِ. “Seandainya manusia tahu (kebaikan) apa…