TADARUS MENGKHATAMKAN AL-QURAN

TADARUS MENGKHATAMKAN AL-QURAN

# Meluruskan salah faham

Sekiranya setiap ahli tadarus membaca seluruh 30 juzuk Al-Quran maka benar setiap mereka telah mengkhatamkan bacaan Al-Quran.

Adapun sekiranya setiap ahli hanya membaca bahagian tertentu daripada Al-Quran lalu mereka menganggap diri mereka telah mengkhatamkan bacaannya maka hakikatnya ini sedikit sebanyak menimbulkan kekeliruan.

Adalah mengelirukan jika dikatakan telah mengkhatamkan Al-Quran secara berjemaah sekiranya realitinya setiap ahli tadarus itu hanya telah membaca sebahagiannya sahaja.

Ini kerana tuntutan Syariat supaya mengkhatamkan bacaan Al-Quran ditujukan kepada individu; bukan secara berkumpulan.

Seperti mana halnya dengan tuntutan mengkhatamkan hafazan Al-Quran.

Tidak boleh dikatakan telah mengkhatamkan hafazan Al-Quran jika realitinya hanya telah menghafal sebahagiannya sahaja.

Walau apapun, Muslim dianjurkan supaya memperbanyakkan bacaan Al-Quran di bulan Ramadan. Jika dapat dikhatamkan maka ia sangat baik.

Membacanya secara tadarus pun sangat dianjurkan dengan seorang membaca manakala yang lain mendengar; secara bergilir-gilir atau hanya seorang yang membaca.

Adapun membaca Al-Quran secara beramai-ramai dengan serentak atau bersendirian tanpa sesiapa menyemak maka itu bukan tadarus.

Idris Sulaiman
Kajang
06 Ramadan 1442H/
18 April 2021
http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • HASUTAN KEBENCIAN KE ATAS ISTANA

    HASUTAN KEBENCIAN KE ATAS ISTANA # Pemikiran Sosialis Komunis Menghapuskan Sistem Raja Beginilah api kebencian ditimbulkan antara masyarakat awam dan Istana dengan diwujudkan persepsi kononnya terdapat ketidakadilan dalam pembahagian kekayaan negara. Masyarakat awam barangkali teruja dengan lakaran grafik dan retorik yang menzahirkan ketidakadilan tersebut kerana beranggapan bahawa itulah caranya mereka…

  • KELEBIHAN MEMBERI PINJAMAN (TANPA RIBA)

    KELEBIHAN MEMBERI PINJAMAN (TANPA RIBA) . . . Memberi pinjaman ikhlas tanpa mengenakan riba, dan tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada manusia menjanjikan pahala ganjaran yang berlipat kali ganda daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala. . . . Firman Allah: . . . مَنْ ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ…

  • APA YANG BENAR TETAP BENAR

    APA YANG BENAR TETAP BENAR #Kaedah-Kaedah Ilmiah #Kaedah 4 Kebenaran akan diterima daripada sesiapa jua. Ini kerana kebenaran ialah apa yang menepati dalil. Justeru persoalan siapa yang mengungkapkan kebenaran itu tidak timbul. Ia tiada kaitan dengan sejauh mana orangnya diterima atau ditolak. Kerana itu Ahli Sunah mengakui kebenaran yang ada…

  • NIKMAT SYURGA

    NIKMAT SYURGA ISTERI BERSAMA SUAMINYA ATAU BOLEH MEMILIH SUAMI LAIN? Syurga merupakan tempat nikmat yang sempurna yang Allah ﷻ sediakan buat para hambaNya yang soleh dan bertakwa. Nikmat-nikmat yang Allah sediakan dalam syurga tidak terkata dan melangkaui khayalan manusia berdasarkan firman Allah ﷻ: “Maka tidak ada seorang pun yang mengetahui…

  • KAU SAHAJA YANG BETUL, ORANG LAIN SEMUA SALAH!

    KAU SAHAJA YANG BETUL, ORANG LAIN SEMUA SALAH! Begitulah barangkali sindiran yang diungkapkan oleh sebahagian mereka yang tidak faham hakikat dakwah Salaf As-Soleh. Selagi mana kita tak faham ajaran Agama seperti mana yang dibawa oleh Nabi sallalahu alaihi wassalam, maka selagi itulah kita akan terus ragu-ragu, hilang arah dan terus…

  • UNIVERSITI ISLAM MADINAH

    UNIVERSITI ISLAM MADINAH Seorang ustaz mencela Universiti ini kononnya ia mengajar para pelajarnya akidah sesat sehingga menjadi ekstrem mengkafirkan ibu bapa mereka. Subhanallah, ini dusta dan bohong. Universiti ini sudah lama ditubuhkan, berapa ramai pelajarnya yang jadi begitu? Di Malaysia ada? Tunjukkan di mana jika anda berkata benar. Jawapannya tidak…