TABAYYUN

TABAYYUN
.
.
Seorang Muslim sentiasa berhati-hati dan tidak terburu-buru menerima suatu khabar berita sekiranya ia datang dari sumber yang tidak boleh dipercayai; sebagaimana jika berita itu datang daripada orang fasik atau apatah lagi orang kafir.
.
.
Firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang FASIK membawa sesuatu berita, maka TABAYYUN (selidiklah kesahihannya), supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”
.
Surat Al-Hujurat: ayat 6
.
.
Bagaimana pula jika berita itu tidak diketahui sumbernya?
.
.
Layaklah berita itu diketepikan, jangan diterima dan jangan dipercayai.
.
Zaman sekarang adalah zaman fitnah; zaman dugaan dan cubaan.
.
Suatu gambar itu boleh di ‘edit’, ditukar dan diubah. Begitu juga dengan video dengan tujuan untuk mengelirukan orang ramai, membuatkan mereka bertindak atau untuk mendapatkan reaksi yang tertentu.
.
Maka orang yang bijak tidak akan mudah dipermainkan ataupun dipengaruhi. Apatah lagi mempercayai sesuatu yang tidak diketahui sejauh mana kebenarannya.
.
Barakallahu fikum
.
– Ustaz Idris Sulaiman (hafidzahullah) –
.
=======
.
Follow FB: www.facebook.com/idrissulaiman
.
[ ADMIN ]

Similar Posts