SOAL JAWAB iSDC

SOAL JAWAB iSDC

Soalan:
Apakah konteks yang betul dalam memahami sirah isteri Rasulullah, Aisyah yang menjadi sumber rujukan para sahabat baginda Nabi?

Istilah itu diguna pakai ramai para pendakwah terutama dalam bidang haraki atas maksud wanita sama peranannya dalam dakwah seperti lelaki.

Jawapan UIS:
Benar, para isteri Rasulullah berdakwah, tetapi dari rumah.

Jika ada yang datang bertanya, mereka menjawab dari balik pintu atau dari sebalik tirai. Demi menjaga hijab batas pergaulan seminima yang betul.

Isteri HARAM berinteraksi dengan lelaki ajnabi tanpa keperluan. Apatah lagi jika ditegah suami.

Dakwah sama sekali bukan alasan.

Secara prinsipnya, kaum lelaki yang ditugaskan untuk keluar rumah berdakwah. Bukan perempuan.

Adapun kaum wanita hari ini duduk di atas pentas di hadapan kaum lelaki, kononnya untuk dakwah, ini adalah fitnah akhir zaman.

Wallahul musta’an.
————————-
Jom sertai group whatsapp Soal Jawab Sahabat iSDC. PM ke no 019-664 7749.

[ Admin ]

Similar Posts

  • SOAL JAWAB iSDC

    SOAL JAWAB iSDC Soalan: Assalamualaikum Ustaz, Apa hukum seorang suami menegur isterinya dengan satu patah perkataan, lalu si isteri membalas dengan banyak perkataan? Jawapan UIS: Wa’alaikum salam Itu lumrah. Tapi jika suami tak suka, boleh sahaja diluahkan dalam suasana tenang dan harmoni. Berbincang, luah apa yang terbuku di hati; kedua-dua…