*SIAPA ITU MUSLIM YANG BENAR?*

*SIAPA ITU MUSLIM YANG BENAR?*
.
Dalam isu pemerintahan.
.
Dia mengajak kepada ketaatan, bukan pemberontakan.
.
Dia menolak hizbiyyah perpecahan, bukan bersekongkol bersama.
.
Mengundi parti bukan kerana parti.
.
Dia mengundi parti pemerintah semata-mata untuk menjaga kesatuan dan keamanan.
.
Dia membenci kemungkaran pemerintah, dalam masa yang sama, dia menanganinya dengan bijaksana. Sama sekali bukan dengan bersekongkol dengan anasir-anasir yang mahu menjatuhkan kerajaan. Apatah lagi musuh orang kafir atau muslim tali barut.
.
Dia menasihati, bukan provokasi.
.
Dia mengambil apa yang jelas, taat kepada pemerintah, menyeru kepada kesatuan, menjaga keamanan.
.
*BUKAN* terpalit membawa syubhah, kerajaan korup, 1mdb, pemerintah hanya Agong, PM bukan khalifah, PM hanya wakil, parlimen bubar tiada kerajaan, pilihan raya boleh tukar kerajaan, dalam pilihan raya kerajaan tidak bertanding, kerajaan membenarkan…
.
.
.
.
Akhirnya saudaraku, kebenaran itu *TERANG* dan *JELAS*.
.
Muslim itu bersaudara, pemerintah Muslim, taat selagi mana tiada kekufuran yang jelas pada pemerintah, tiada kerajaan yang sempurna, Umat Islam disuruh bersatu padu, bekerjasama dalam hal kebaikan, bantu bersama kerajaan, tolong menolong, tegur-menegur dengan cara terbaik, nasihat-menasihati…
.
Inilah ajaran Islam. Jelas lagi mudah. Semua boleh faham.
.
.
.
Mengapa mahu meninggalkan apa yang jelas dan mudah ini, lalu memilih apa yang *SAMAR-SAMAR*, berbantah-bantahan membawa *SYUBHAH-SYUBHAH* yang tiada kesudahannya?
.
Firman Allah,
.
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِلنَّاسِ مِنْ كُلِّ مَثَلٍ ۚ وَكَانَ الْإِنْسَانُ أَكْثَرَ شَيْءٍ جَدَلًا
.
“Dan sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara di dalam Al-Quran untuk umat manusia, daripada segala jenis contoh perbandingan; dan *SEMEMANGNYA MANUSIA ITU BANYAK SEKALI BANTAHANNYA*.”
.
[Surah Al-Kahf, 54]
.
Usah menjadi seperti kaum Yahudi, apabila datang perintah Agama mereka berkata, *”KAMI DENGAR DAN KAMI INGKAR.”*
.
Sebaliknya,
.
“Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh *ORANG-ORANG YANG BERIMAN* ketika mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: *KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT*. Dan merekalah orang-orang yang beroleh kejayaan.”
.
[Surah An-Nuur, 51]
.
Kepada Allah jua kita memohon petunjuk.

Similar Posts

  • TUHAN ADA DUA?

    TUHAN ADA DUA? MENTUHANKAN HAWA NAFSU: JENIS & HUKUMNYA Allah berfirman: أَفَرَءَیۡتَ مَنِ ٱتَّخَذَ إِلَـٰهَهُۥ هَوَىٰهُ وَأَضَلَّهُ ٱللَّهُ عَلَىٰ عِلۡمࣲ. Maksudnya: “Tidakkah engkau melihat orang yang menjadikan HAWA NAFSUNYA sebagai tuhan (sembahan) yang dipatuhinya, dan dia pula disesatkan oleh Allah dalam keadaan dia tahu.” Surah Al-Jathiyah, ayat 23. Ayat di…

  • BANK ISLAM

    BANK ISLAM Lampiran gambar mesej yang diterima melalui telefon bimbit hari ini tentang tawaran pembiayaan (baca PINJAMAN) peribadi sehingga RM300K dengan kadar terapung (floating rate) bermula daripada 4.42%. Berbeza dengan kadar tetap (fixed rate), kadar terapung merujuk kepada kadar faedah (baca RIBA) yang boleh berubah dari semasa ke semasa mengikut…

  • BIDAAH DALAM AGAMA

    BIDAAH DALAM AGAMA Firman Allah ﷻ, mafhumnya: “Dan Kami turunkan daripada Al-Quran apa yang menjadi PENAWAR serta rahmat buat sekelian alam.” [Surah al-Israa, ayat 82] Ayat di atas bersifat umum dan mutlak, tidak mengkhususkan mana-mana ayat yang tertentu. Tidak dinafikan bahawa dalam masa yang sama, terdapat hadis-hadis SAHIH yang menyebut…

  • SOLAT DI KUBUR

    SOLAT DI KUBUR Agama Islam MELARANG SOLAT di KUBUR. Tak kira di mana jua kubur itu berada. Nabi bersabda: لَعَنَ اللَّهُ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِد “ALLAH MELAKNAT orang-orang Yahudi dan Nasrani. Mereka menjadikan KUBUR nabi-nabi mereka sebagai MASJID.” Riwayat Bukhari dan Muslim. Apa maksud menjadikan ‘KUBUR SEBAGAI MASJID’?…

  • MEMPERBANYAKKAN SEDEKAH DI BULAN RAMADAN

    MEMPERBANYAKKAN SEDEKAH DI BULAN RAMADAN Hadis Ibnu Abbas RA, katanya: كَانَ رسول الله ﷺ أَجْوَدَ بِالخَيْرِ مِنَ ‌الرِّيحِ ‌المُرْسَلَةِ. “Sesungguhnya Rasulullah ﷺ lebih pantas mengerjakan kebaikan berbanding angin yang bertiup.” Hadis sahih. Riwayat Bukhari. INFO GAMBAR: Tertera tulisan “Beg plastik ini diagih-agihkan di sekitar jalan raya Arab Saudi ketika hampir…