|

SELAMAT MENGHISAP ROKOK??

“SELAMAT MENGHISAP ROKOK”??

Jika anda merasakan kenyataan di atas pelik dan tidak wajar maka lebih pelik jika kita mendapati sebahagian ilmuwan dan ustaz membolehkan ucapan “selamat” sempena sambutan hari kelahiran anak tuhan (Krismas) atau apa jua perayaan kekufuran dan kesyirikan.

Jika merokok membahayakan kesihatan maka bukankah ucapan “selamat” dan “tahniah” sempena perayaan-perayaan kekufuran dan kesyirikan jauh lebih merbahaya kerana ia menggugat akidah seorang Muslim?

Sedangkan Nabi ﷺ berdoa kepada Allah supaya ditetapkan hatinya atas keimanan, masakan pula kita mahu mendabik dada merasa diri sudah selamat.

Dalam doanya Nabi ﷺ bersabda:

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ، ‌ثَبِّتْ ‌قَلْبِيَ عَلَى دِينِكَ

“Wahai Yang membolak-balikkan hati, TETAPKAN HATIKU ATAS AGAMAMU.”

Hadis sahih. Riwayat Tirmidzi.

Imam al-Qurtubi dalam kitab tafsirnya menegaskan bahawa meredai kekufuran adalah kekufuran.

Apa yang pasti, mengharuskan ucapan selamat dan tahniah sempena perayaan kekufuran dan kesyirikan bukanlah cara untuk menjaga akidah umat Islam dan mencegah kemurtadan. Malah kemungkinan besarnya akan membawa natijah yang sebaliknya.

Catatan:

Khabarnya ada ‘ustaz’ di negara selatan turut serta bersama orang Kristian dalam gereja hari ini sempena perayaan Krismas. Bagaimana? Bagus? Semangat toleransi katanya.

Jangan terkejut jika perkara ini dibiarkan maka akan berbondong-bondong sebahagian orang Islam ke rumah ibadat orang kafir pada hari perayaan mereka bagi menzahirkan keterbukaan dan kebersamaan. Nauzubillah.

Artikel berkaitan:

Hukum Mengucapkan ‘Merry Christmas’

#https://www.facebook.com/idrissulaiman/posts/10215374842316116

Daripada Allah jua kita memohon keselamatan dan perlindungan.

Idris bin Sulaiman
Kajang
Sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah ialah Islam
10 Jumadil Awal 1442H /
25 Disember 2020
http://www.facebook.com/idrissulaiman

Similar Posts

  • |

    PERNAHKAH NABI PANGGIL WAHAI KAFIR?

    Jawapannya, ya. Bahkan itu yang diperintahkan ke atas Nabi ﷺ oleh Allah ﷻ sebagaimana dalam firmanNya ﷻ: قُلۡ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلۡكَـٰفِرُونَ “Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir!” [Al-Quran, al-Kafirun, 109:1] Perintah atas Nabi ﷺ dan umatnya supaya menyatakan pendirian tegas mereka menyembah Allah ﷻ semata-mata tanpa menyekutukan denganNya apa jua sembahan…

  • | |

    #7 MENCARI TITIK HARMONI SUNNI-SYIAH?

    #7 MENCARI TITIK HARMONI SUNNI-SYIAH? Ni’matullah al-Jaza’iri (Ulama besar Syiah – mati 1701 Masihi): “Kita tidak bersama dengan Ahli Sunah dalam keyakinan kita terhadap Tuhan. Kita tidak sama dengan Ahli Sunah dari sudut Tuhan, Nabi ataupun imam kita. Ini kerana mereka mengatakan bahawa Tuhan mereka ialah Tuhan yang mengutus Muhammad…

  • |

    MENYEMBAH KUBUR

    MENYEMBAH KUBUR Meminta pertolongan daripada orang mati. Jika ini bukan SYIRIK, apa lagi? ALLAH menceritakan kenyataan orang-orang MUSYRIKIN MEKAH yang MENYEMBAH BERHALA dengan berkata: مَا نَعۡبُدُهُمۡ إِلَّا لِیُقَرِّبُونَاۤ إِلَى ٱللَّهِ زُلۡفَىٰۤ “Kami tidak MENYEMBAHNYA (dengan meminta pertolongan daripadanya) melainkan supaya mereka (berhala-berhala itu) dapat MENDEKATKAN kami kepada ALLAH sehampir-hampirnya.” Surah…

  • ASWAJA

    Mereka tolak Allah ﷻ di atas langit kerana akal mereka tidak dapat terima, tetapi percaya guru mereka boleh bertemu Rasulullah ﷺ secara Yaqazah (dalam keadaan jaga, bukan mimpi), tidak mustahil menurut akal, kata mereka. Ini bahana mendahulukan akal atas wahyu. Berikut dalil-dalil Al-Quran dan hadis bahawa Allah ﷻ di atas…

  • | |

    KAMI MEMANG PENYEMBAH KUBUR!

    Pengakuan terus terang bahawa mereka benar-benar penyembah kubur. Tinggal lagi mereka mahu membezakan antara kubur dan makam. Kubur atau Makam? https://www.facebook.com/idrissulaiman/posts/10224777357613122 Kononnya makam wali boleh disembah kerana ia mendekatkan diri kepada Allah ﷻ. Tidak seperti kubur-kubur lain. Kebatilan yang jelas. Sedangkan itulah alasan yang dikemukakan oleh kaum musyrikin Mekah. Firman…

  • | |

    #4 MENCARI TITIK HARMONI SUNNI-SYIAH?

    #4 MENCARI TITIK HARMONI SUNNI-SYIAH? Dr. Yusuf al-Qardawi (Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia): “Syiah telah mempermainkan saya dan ramai yang lain dengan seruan mereka kepada taqrib.” https://www.alarabiya.net/ar/arab-and-world/syria/2013/06/02/القرضاوي-الشيعة-خدعوني-وحزب-الله-كذبة-كبيرة-