SAY NO TO VALENTINE’S DAY

SAY NO TO VALENTINE’S DAY

Orang Islam adalah Umat yang istimewa lagi mulia.

Mereka adalah kaum yang Allah beri kepada mereka hidayah petunjuk untuk menerima satu-satunya Agama yang benar di sisiNya.

Berbeza dengan manusia lain yang masih hidup dalam kegelapan, sama ada mereka terdiri daripada kalangan mereka yang mencari-cari cahaya keterangan, atau mereka terdiri daripada kalangan mereka yang lalai leka bergelumang dalam syirik, kufur dan kemaksiatan.

Masakan setelah diberi nikmat yang cukup besar untuk menerima Agama Islam; apakah masih ada yang mahu meniru dan merayakan sambutan orang-orang sesat lagi sengsara daripada kalangan Nasrani?

Sangat tidak wajar.

“Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik?”

Surah Al-Baqarah, ayat 61.

Jangan sekali-sekali. Kelak anda akan menyesal tanpa kesudahan.

Ya Allah:

“Tunjukkan kami Jalan yang Lurus; bukan jalan orang-orang yang dimurkai atau jalan orang-orang yang sesat.”

Surah Al-Fatihah, ayat 7.

Kata ulama tafsir, jalan yang dimurkai ialah jalan orang-orang Yahudi, manakala jalan yang sesat ialah jalan orang-orang Kristian.

Semoga Allah memberi kita taufik tunjuk arah kepada apa yang disukaiNya dan diredaiNya.

– Ustaz Abu Omar Idris Sulaiman (hafidzahullah) –
————————-
Sertai channel Telegram iSDC. Klik telegram.me/ilmusalafdotcom

[ Admin ]

Similar Posts