SAUDARA MARA MUSLIM DI PALESTIN

SAUDARA MARA MUSLIM DI PALESTIN

Umum mengetahui Umat Islam Palestin sekian lama telah dizalimi oleh kaum Yahudi yang dilaknat Allah. Mereka ditindas, dihina, dipukul, dipenjara bahkan ramai yang telah dibunuh.

Jika anda mempunyai saudara mara di sana, apakah tindakan anda?

Adakah anda akan:

1. Memberi kata-kata dorongan supaya mereka terus bersabar dan berjihad sekalipun berdepan dengan kemungkinan besar mati dibunuh ditembak oleh tentera Yahudi yang dilaknat.

Atau adakah anda akan:

2. Berusaha membantunya keluar menyelamatkan diri, demi menjaga Agamanya, nyawanya dan maruahnya?

Sebagaimana yang dilakukan oleh kaum Ansar terhadap kaum Muhajirin.

Jangan lupa, saudara mara kita itu boleh jadi bapa, anak atau abang adik kita.

Walau apapun, sesungguhnya Umat Islam itu bersaudara.

Saya maklum bahawa isu Palestin ini isu yang kompleks dan banyak komplikasinya. Tidak semudah yang disangka. Tambah pula ramai yang mengambil kesempatan untuk tujuan politik masing-masing.

Tulisan ini sekadar komen buat mereka yang melaungkan jihad buat Umat Islam di Palestin.

Semoga Allah membuka bumi Palestin daripada cengkaman Yahudi yang dilaknat dalam masa yang terdekat, sungguh Dialah Yang Maha Kuasa lagi Maha Mampu berbuat demikian.